Jul 28, 2013

Seminggu di bumi kenyalang

20 Julai Sabtu 4.50pm

Sebaik sahaja keluar dari pesawat aku terus melangkah pantas dengan perasaan teruja menuju ke balai ketibaan.  Hijau yang kulihat sebelum pesawat mendarat tadi membuatkan aku cukup untuk berasa syukur atas perjalanan selamat ke bumi kenyalang ini, sekali gus lengkap 14 buah negeri telah aku jejaki. Selepas mengambil bagasi aku terus mengheret ke pintu depan menunggu cik tunang Zue dan kakaknya Manjawati bersama heronya Ikhwan yang hensem datang menjemput.

Jam sudah menunjukkan 5.10 pm, agak sunyi juga airport Kuching ni, orang pun dah tak ramai dan berhampiranku seorang wanita lingkungan 50an bersama seorang ibu asyik memegang anaknya yang kelihatan nakal sedang berbual dalam dialek melayu Sarawak berhampiran tempat aku duduk, sambil itu pemandu pemandu teksi menanyakan destinasi. "Ohh tak apa, terima kasih" aku menjawab dengan slanga yang agak baku.

Petang itu kami berbuka di rumah kak Nor - "sungkei" dalam istilah Sarawak. Segan juga sebab kali pertama berjumpa dengan bakal kakak ipar dan abang ipar serta anak anak buah, semua nya mesra dan bertambah segan apabila mereka menggelarkan aku paksu hehe..

21 Julai Ahad

Seperti yang telah dirancangkan hari ini kami akan pergi ke Serikin, sebuah desa Indonesia yang bersempadan dengan daerah Bau Sarawak boleh dikatakan Serikin seperti di Wang Klian atau Padang Besar di semenanjung cuma disini tidak memerlukan pasport atau sebarang pemeriksaan. Teruja sungguh sebab aku dilantik sebagai pemandu, untuk membawa avanza sejauh 60KM ke sana dengan terdapat beberapa lokasi dimana struktur jalan agak kurang baik, hampr 2 jam juga baru tiba.. - Thrill ~

Hari hari lain berlalu seperti biasa, sebaik azan maghrib berkumandang jam 6.54 petang kami berbuka, suasana bandaraya Kuching tidak banyak bezanya seperti di bandar bandar utama semenanjung cuma mungkin pertengahan bulan jadi tak ramai yang keluar bersiar siar. Cuma sesekali terasa macam berada di negara indochina bila melaui tempat tempat tertentu, mungkin kerana cara pemakaian dan budaya disana. Melayu Sarawak pun tak kurang manis dan comelnya, mujur diri sudah berpunya hehehe.. Hmmm memandangkan perut lapar badan pun cepat letih dengan jarak yang agak jauh serta cuaca yang panas jadi banyak tempat yang tak sempat aku lawati seperti muzium dan taman budaya dan lain lain. Walaubagaimanapun aku sempat ke waterfront, iaitu suatu taman di tebing sungai yang merupakan salah satu tarikan pelancong disini. Sebelum balik aku sempat membeli kain pua kumbu yang dipesan oleh mak dan batik sarawak...

Tak mengapa ada rezeki boleh datang lagi. Apa apa pun benarlah orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Pasti ada sesuatu yang baru kita belajar dari setiap langkah kita. ^^


PS: Gunakan hati untuk melihat, ia lebih jelas dari pandangan mata.

No comments:

Post a Comment