Oct 23, 2011

:)

Hidup ini penuh dengan liku.. tapi Allah maha mengetahui disaat kita merancang Dia mengaturkan perjalanan kita mengikut urutan yang mana lebih perlu. Sebagai manusia normal kita mempunyai keinginan cinta, kerjaya dan keinginan untuk memiliki sesuatu. Kita juga ingin jadi yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan, tapi kadang kadang terasa semua itu mustahil. Cuba lihat diri kita, tanpa melihat orang dan benda benda disebelah kita, di depan kita atau di belakang kita, itulah kita yang sebenarnya. Ramai orang kurang muhasabah diri, menyebabkan mereka tidak boleh hidup tanpa itu semua, padahal apa yang mereka ada dah pun cukup sebenarnya untuk menjadikan mereka gembira (Bersyukurlah). Hari ini mungkin aku kurang berjaya dari segi materialistik, tapi Dia kurniakan aku cinta yang merubah tanggapan aku terhadap cinta. Walaupun aku belum memiliki sepenuhnya tapi jika aku yakin aku pasti akan memiliki. Sekarang aku gembira dengan kehidupan sederhana, dengan kerja yg tidak terlalu membebankan fizikal dan mental, semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

DBD dan kisah benar dalam lipatan kehidupan

3 bulan disini..
hanya 3 bulan sahaja aku diizinkn berkhidmat disini, memang harapan untuk terus kekal selama yang boleh tapi itu semua kerana kertas aggrement yang aku tandatangan hanya mahu 3 bulan sahaja. Aku tahu sejak awal lagi, atas kerana mahu mencuba ditambah pula aku tiada pilihan waktu itu jadi ku teruskan juga. cara bekerja yang rushing disitu tiada masalah bagi ku namun suasana yang sangat berbeza menjadikan aku terasa diri berbeza dari sebelum ini. sebaik sahaja ramadhan berakhir, kontrak aku juga turut berakhir tanpa ada tindakan susulan. Duit peruntukan takde.. kata kerani dan pegawai disitu, tapi bagi aku tu semua sebab tindakan lembab pentadbiran disitu. Takpe lah mungkin sampai sini je rezeki aku kat DBD ni. Menjelang syawal seminggu awal, aku dah balik rumah dah fresh kan minda tanggungjawab kat situ dah selesai. Tapi dah mula berkira2 untuk cari kerja baru.. aahh bairlah dulu. 2 hari sebelum raya aku turun kuantan shooping sakan. hahahaha.. raya kali memang seronok sebab dah ada orang sayang kita lebih. Aku pon tak tau camne semua tu berlaku yang aku tahu semua nya bermula dari sebuah persahabatan.. :)