Feb 28, 2011

Cahaya disebalik kabus

Aku membilang hari hari yang suram, masih ketandusan, masih kegersangan, buntu, adakala aku merenung akan punca dan sebab segalanya berlaku namun yang nyata semuanya terjadi tanpa dirancang. Aku menghitung sisa sisa yang tinggal dalam hidup apakah aku masih mampu untuk melakukan anjakan paradikma disaat aku bagaikan terlempar di tengah tengah keadaan yang cukup menyesakkan dan adakala aku terasa bagaikan tersungkur rebah. Namun ku tetap kuatkan semangat. tekad ku genggam erat, keyakinanku cukup bulat untuk dilontar dan melantun kembali pada pelontar. Aku pasti akan terbuka jalan jalan kejayaan buat ku. Apa yang penting aku mesti tabahkan hati dan kosongkan fikiran ku, agar tidak berlaku pemberontakkan dan reformasi perasaan keatas dugaan yang Maha Esa, sesungguhnya aku hanya khalifah Nya di bumi ini, paling penting setiap nafas ini menandakan bahawasanya Allah masih sayang pada hambanya. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan tidak sesekali akan aku pertikaikan malah aku lebih bersyukur atas segalanya..

Feb 27, 2011

Semalam bersama ULTRAS

ULTRAS, dipendekkan cerita merupakan sebuah pertubuhan yang terdiri dari penyokong penyokong tegar bola sepak. mengikut sesetengah fakta mengatakan ULTRAS ini bermula di negara seperti Greece, Turki dan Italy kemudian berkembang ke negara negara lain dan pada tahun 2010 barulah ia menapak di bumi Malaysia. ULTRAS merupakan satu fenomena baru di negara kita semenjak kemenangan Malaysia di Kejohanan
AFF Cup 2010, kini terdapat ULTRAS bagi penyokong penyokong kelab bola sepak dan negeri bagi memeriahkan suasana Liga Malaysia. Apa yang diperlu dilakukan  oleh ULTRAS ialah menyanyikan lagu mengikut bait bait atau "Chant" yang telah di ubah suai dari lagu lagu rakyat atau apa saja lagu yang boleh dikatakan popular dalam sesuatu masyarakat. Kemudian mereka akan membuat forrmasi seperti ombak dan membakar flare iaitu sejenis bahan seperti bunga api serta mengibarkan bendera dan menggantung banner dan melaungkan kata kata semangat kepada pemain. Malam tadi aku dapat merasakan keseronokkan ULTRAS dengan secara tidak langsung terlibat ketika menyaksikan pasukan Pahang menentang Perak di Stadium Darul makmur. Sebelum ini aku sudah melihatnya namun sekadar berada sebagai penonton biasa, tetapi pengalaman malam tadi sedikit sebanyak ada pro dan kontranya, paling menyeronokkan ULTRAS Pahang atau lebih dikenali Elephant Army Ultras (EAU) yang kebanyakkannya terdiri dari golongan student di ibu kota sanggup melakukan semua ini demi sokongan mereka, apa lagi ketika pemain pemain kedua dua pasukan mahu berangkat pulang kami EAU menyerbu ke kawasan Ultras Perak yang menggelarkan diri mereka Silver Ultras Curve dan melaungkkan ucapan terima kasih dan selamat jalan sambil bersorak dan berpelukan tanpa mengira status negeri kerana bagi mana mana ULTRAS mereka tetap berpijak pada tanah Tumpahnya Darahku iaitu Malaysia dan mereka juga terdiri dari pecahan ULTRAS MALAYA yang menyokong aksi Harimau Malaya di pentas antarabangsa.Biarpun kalah 2-0 aku sentiasa sedar semangat perpaduan itu sebenarnya lebih penting namun masih ramai yang mengabaikannya.


p/s: Tak perlu nak bakar bakar flare.. cukup ade gaint flag dan banner..sangat meriah..

Feb 26, 2011

Impian ku genggam

Semua orang ada cita cita dan impian, aku pun macam tu jugak.. Hari ni aku nak kongsi dan luahkan impian yang pernah aku cipta suatu ketika dulu. Tak lari dari topik yang selalu aku post kat blog ni ia berkisarkan tentang bola sepak. Bola sepak banyak mengajar membuatkan aku tentang kepuassan, semua bermula ketika aku menonton aku World Cup 1994 USA. Final menemukan Italy dan Brazil ketika itu cukup membuatkan semangat aku untuk bermain bola masih kuat sehingga hari ini. Dari situlah tertanamnya cita cita untuk menjadi pemain bola sepak, tapi bila cikgu tanya "awak besar nanti nak jadi ape?" aku jawab juruterbang, Askar dan paling tak boleh aku lupa aku pernah kata nak jadi pemandu keretapi. Hahaha biasalah zaman kanak kanak.. Aku ingat lagi semasa liga bolasepak di anjurkan di sekolah, ketika itu aku berumur 13 tahun, nak kata pandai main tu tak lah tapi semangat aku tetap ada, masa aku umur 15 tahun teringin aku nak join kelab bolasepak sekolah tapi mesti mak aku tak bagi. sape nak hantar aku trainning tiap tiap hari sabtu? dah la rumah aku jauh, takde transport, jadi aku main jelah kt padang awam dengan kengkawan, kalau tak pon aku timbang bola kat rumah sambil membuli adik adik aku.. Hahaha.. tamat sekolah aku masuk tingkatan 6 dan aku ditempatkan di asrama, fuh benda pertama aku tengok kat asrama aku ialah padang bola.. Apa lagi sessi orentasi kami pelajar baru diadakan perlawanan bola sepak, kaki yang dah lama keras terpaksalah di lembut lembutkan untuk mendapatkan lebih kawalan dalam permainan. Macam biasa posisi kegemaran aku pertahanan kiri atau kanan atau posisi tepi menyerang, mana mana pon boleh asalkan tepi. Memang aku tak berapa reti untuk posisi tengah, kerana agak kaget, setiap kali berjaya mengekang asakan lawan di bahagian kiri aku terus melulu seperti Roberto Carlos untuk membuat over lapping.. huh! sangat puas bila brjaya melakukan hantaran silang kearah pintu gol lawan dan kalau aku malas aku buat hantaran jauh je..( Ini kalau main kerbau diamana sebelah team sampai 20 orang, biasa main petang petang ) Tamat sekolah bola sepak aku tinggalkan. Aku bertumpu pada pekerjaan, hampir 3 tahun aku tak beraksi di padang walaupun dah masuk kolej tapi sebab xde "Gu" aku jadi malas nak bersukan. Tamat belajar dalam jurusan masak masak aku kembali ke alam pekerjaan dan di sana lah aku kembali menyarung kasut sukan unuk berjogging dan bermain bola sepak cuma vanue nya bukan lagi di padang tetapi sudah beralih ke gelanggang futsal. tidak kita samada hari bekerja apatah lagi hari bercuti aku tetap akan mengerah kudrat ku untuk bermain futsal. Kadang kadang imaginasi ku sampai ke tahap yang agak tidak logik untuk aku impikan bergelar pemain bola sepak, namun semua kerana semangat aku tetap fikir aku masih ada peluang, mungkin menyertai mana mana kelab bola sepak atau futsal sekalipun aku terima. Namun apakan daya semua itu nyata impian yang takkan mungkin menjadi realiti, tapi aku tetap gembira dengan impian yang pernah ku bawa hingga ke saat ini masih belum padam.


p/s: Teringin nak manage sebuah kelab. pernah berkira kira untuk mengambil kursus kejurulatihan.. :)

Feb 22, 2011

Teropong

Awal pagi esok pusingan kedua UEFA Champion League, Chelsea bakal bertandang ke laman FC Kobenhavn Denmark. Harap sesuatu dapat dilakukan oleh pengendali pasukan Carlo Anchelotti dan anak anak buahnya untuk memenangi perlawanan itu setelah gagal dalam sainga domestik, FA Cup menentang Everton. Chelsea yang belum pernah memenangi gelaran UCL tersebut amat diharap olehh peminat dan penyokong macam aku settelah lebih 10 tahun berjiwa dan semangat The Blues. Apa pun jangan di lupa Skuad Olimpik negara bimbingan Ong Kim Swee bakal berdepan Pakistan malam esok. Harap Olimpik HM akan menruskan kecemerlangan skuad senior Harimau Malaya..

p/s: Berjiwa biru bermangat harimau..

Feb 16, 2011

Valencia vs Schalke 04

FT result: : 1-1
Gol Valencia Roberto Soldado dan Raul untuk Schalke.. kelemahan pertahanan valencia terserlah, selalu bolos saat saat akhir perlawanan hingga tak mampu mengejar semula.. harap perlawanan timbal balik di german nanti merubah dalam keadaan yang lebih selesa

p/s: Viva la valencianistas!!!

Feb 15, 2011

Valencia CF

Valencia Cf Logo original.png




Nama kelab  : Valencia Club de Futbol
Gelaran         : Los Che, Els toranja,Valencianistars
Di tubuhkan  : 18 Mac 1919
Padang         : Mestalla Stadium (55,000)
Pengerusi      : Manuel Llorente
Manager       : Unai Emery
Liga              : La Liga 


Spain Domestic competitions

  • Copa del Rey
    • Winners (7): 1940–41, 1948–49, 1953–54, 1966–67, 1978–79, 1998–992007–08.
    • Runners-up (10): 1933–34, 1936–37, 1943–44, 1944–45, 1945–46, 1951–52, 1969–70, 1970–71, 1971–72, 1994–95.

[edit]Europe Major European competitions


Senarai pemain:


1. Cesar Sanchez (GK)
2. Bruno Saltor (D)
3. Hedwiges maduro (D)
4. David Navarro (D) -vice captain-
5. Mehmet Topal (M)
6. David Abelda (M)
7. Joaquin Sanchez (M)
8. Chori Dominguez (M)
9. Roberto Soldado (F)
10. Juan Mata (M)
11. Aritz Aduritz (F)
12.Nacho Gonzalez (M)
13. Vicente Guiata (GK)
14. Vicente Rodriguez (M) - Captain -
15. Angel Dealbert (D)
17. Marius Stankevicius (D) - loan from sampdoria
18. Jonas (F)
19.Pablo Hernandez (M)
20. Ricardo costa (D)
21. Ever Banega (M)
22. Jeremy Mathieu (D)
23. Miguel Monteiro (D)
24. Tino Costa (M)
25.Angel Moya (GK)
28. Jordi Alba (M)


p/s: Aku follow The Orange ni sejak David Villa main untuk team ni tahun 2005 dalam masa yang sama juga aku minat Barcelona yang lebih menyerlah di La Liga

Fulham vs Chelsea

Format 4-2-2 atau 4-3-2-1 kali ini ditaruhkan Carlo, Drogba selaku sub kepada Torres namun hasilnya sekadar seri tanpa jaringan.. malah hampir hampir kalah apabila tindakan Mike Dean menghadiahkan sepakkan penalti yang diambil oleh Clint Dempsey pada masa kecederaan. Namun ketangkasan Petr Cech menafikan sepakkan itu sangat melegakan..

p/s: Perlukan pemain tengah yang mempunyai keupayaan untuk merembat dari jarah jauh..

Feb 14, 2011

KTBFFH !

Semalam bosan tak tau nak buat ape, macam biasa lah online FB lagi sambil layan lagu kat You Tube. Chatting box THOCFC menyala nyala ada seorang member menyampaikan berita yang agak meengjutkan, tapi membuatkan hati aku gembira teramat sangat. " Aku dapat e-mail dari sepupu aku kat London, dia kata transfer season musim panas nanti Drogba bakal dijual.. begitu juga dengan Malouda, Bosingwa, Anelka dan Feriera." Argh! habis tu sape pulak yang nak main dengan Chelsea lepas tu?  Kaka' dan  Neymar bakal bermain di SB lepas ni, cuma Neymar mungkin mngalami kesukaran sedikit berikutan tak cukup kaps skuad senior Brazil untuk EU. Aku pun tak faham sangat syarat untuk EU dan apa EU tu sebenarnya lupa pulak nak tanya tapi yang pastinya Chelsea FC bakal berwajah baru musim depan. Romelu Lukaku, Loic Remy juga turut dalam senarai Roman Abramovic..

p/s: Tak sure pulak sepupu dia keje ape kat London tu.

Feb 13, 2011

Minggu lepas adalah minggu yang suram buat seorang peminat " The Blues ", semuanya gara-gara kekalahan tipis 1-0 kepada Liverpool. Walau apa corak yang diterapkan oleh King Kenny aku tetap tidak dapat menerima aksi buruk yang dipamerkan malah kekecewaan melihat John Obi Mikel diletakkan sebagai first line-up bergandingan dengan Essien dan Lampard di bahagian tengah. Ramai yang mengatakan punca kekalahan adaah di sebabkan sedikit salah fahan antara Cech dan Ivan, begitu juga faktor kurang keserasian antara Drogba dan Torres yang mendapatkan debut pertamanya bersama Chelsea. Bengap!! ZERO Idea!! & ZERO Tactical!! itu je aku nak kata kepada penngendali Chelsea Carlo Anceloti. Kenapa mesti menurunkan pemain yang under perform sedangkan Chelsea amat memerlukan 3 mata di Stamford Bridge?? Mikel & Drogba sepatutnya direhatkan je dalam match tu.. sebaliknya Malouda & McEachran atau Ramires sepatutnya beraksi.. Awal pagi selasa ni pertemuan setempat dengan Fulham bakal menetukan kedudukan Blues dalam kelayakan UCL tahun depan..Harap format yang lebih baik digunakan Don Carlo

p/s: Kalau aku jadi manager.. 50 Juta tu aku rebuild balik kelab kesayangan aku.. KTBFFH!

Feb 5, 2011

31 Januari 2011.. Transfer window dah nak tutup dalam beberapa jam lagi, tapi Chelsea masih belum mendapatkan seorang pun pemain. Aku masih menunggu, berita terhangat ialah Fernando Torres. Namun tetapan harga 50 juta pound itu mcm tak masuk akal. Seharian bersembang dengan rakan rakan Fan Chelsea di laman sosial Facebook dan macam macam rumours yang keluar.. sehinggalah jam 2 pagi aku dah tak larat nak tunggu. Penantian suatu penyiksaan! ahh.. tidur lah. Esok pagi selepas subuh terus aku menghadap laptop cari berita Official site Chelsea tapi tiada pengeshan tentang jual beli pemian, Kemudian aku buka facebook pulak.. 10 minit kemudian "Fernando Torresld confirm transfer to Chelsea with 50millions pound"  Huh! memang giler gembira sangat tapi agak tak berapa setuju dengan harga yang diletakkan Liverpool itu. Seterusnya, "David Luiz confirm transfer to chelsea" satu lagi status salah seorang rakan fan Chelsea. Sungguh tak ku sangka Chelsea berjaya mendapatkan David Luiz. Hmm mungkin ramai yang tak kenal, pemain pertahanan Benfica berusia 23 tahun ini telah memperolehi caps seterusnya bersama skuad senior Brasil dan bakal menentang Perancis 9 Februari ini setelah beraksi cemerlang ketika menentang Argentina sebelum ini. Cuma apa yang mencacatkan ialah fan The Reds yang tak pus hati dengan penghijrahan Torres ke Stamford Bridge sehingga membakar repilka jersi no 9 yang tertera nama Torres, tak kurang kata kata kesat yang dilemparkan seolah olah lupa jasa bakti Torres di Anfield sejak 2003 apabila dibeli dari Atletico Madrid ketik berusia 19 tahun..

P/s : Menantikan gandingan mantap Tito+El nino+Anelka

Feb 3, 2011

Hidup umpama bola.. bola itu sfera

Bulan Januari sudah berlalu.. lama tak up-date blog ni atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan. Apa lagi idea dan mood untuk mengarang pun takde.. Percutian ke Langkawi 13 hb Disember 2010 menjadi ingatan untuk kami sekeluarga apabila abah tiba tiba jatuh sakit. Sehari sebelum aku dan 2 adik lelaki telah sampai ke Jeti Kuala Perlis, kami disambut adik perempuanku yang memang berkerja di Perlis bersama adik angkatku. jam menunjukkan pukul 8 pagi Ahad bersamaan 12hb Disember 2010. Feri bertolak menuju ke jeti Langkawi perjalanan memakan masa lebih kurang 1 1/2 Jam, inilah kali pertama aku menaiki feri cuaca yang agak mendung ditambah pula penghawadingin yang kuat memang menggigil aku dibuatnya. Sampai sahaja di Jeti Langkawi kami terus mencari ''pot'' untuk meletakkan beg dan mengisi perut yang lapar "giler".. KFC la apa lagi hahaha... kemudian kami berjalan menuju ke dataran helang. di situ semua pakat pakat jadi model, dah macam sakai pun ade..ekeke.. tak pe lah, bukn selalu lagi pun aku jarang dapt jumpa dengan adik perempuan ku. ebih kurang jam 12 kmi balik mengambil bag dan menyewa teksi (van) untuk ke hotel yng telah di tempah. ( Hotel bajet je.. sebab bajet dah lari untuk aktiviti lain :p ) Malam tu kami ronda pekan Kuah, kedai coklat jadi sasaran. Peh, memang murah habis la RM30 untuk coklat je. Pagi esoknya, selepas subuh adik cuba menghubungi mak tapi tiada jawapan. Sejam kemudian mak menghantar sms mengatakan mereka berda di hospital Alor Setar, aku yang masih mamai lantas bangun, terkejut tak kira lah. Bila dapat tahu abah kena tahan di wad kecemasan sebab darah tinggi dan disahkan strok sebelah badan (kanan). Kami cancel semua aktiviti yang telah pun di rencanakan pada hari itu. kereta sewa yang bakal digunakan untuk traveling kami hari itu menjadi kenderaan untuk menghantar kami ke jeti segera mungkin. Resah, gelisah semuanya hanya mampu berdiam diri. Lebih kurang jam 2 Petang barulah kami sampai ke Hospital Sultanh Bahiyah Alor Setar. Seminggu disana, masing masing bergilir menjaga abah. Tiada lagi bola.. Piala AFF suzuki yang sudah sampai kemuncaknya hanya mampu ditonton dengan hati yang resah. Kemenangan keatas Vietnam 3-0 bagi pusingan pertama tidak begitu terasa. Abah lebih penting dlm situasi sekarang. sebaik dibenarkan pulng, kami dibawa oleh Cikgu Hamzan Chin bekas rakan sejawatan abah semasa di SMK SFX. Beliau yang kini menetap di Pendang sudi menghantar kami pulng ke kmpung mak di Pengkalan Hulu Perak. Selama seminggu pula kami di sana, mujurlh sepupu ada kenalan yang pandai mengurut penyakit strok. Alhamdulillah abah sedikit pulih. Sekembali ke kmi ke rumah aku mengambil tugas menjaga abah dan kerja kerja rumah memandangkan adik2 terpaksa kembali ke universiti, mak pula bekerja sebagai guru sekolah rendah, dan kini hampir 2 bulan abah sudah boleh berjalan, dan sudah pun masuk bekerja walaupun belum cukup kuat dan perlu dibantu untuk memakai pakaian dan beberapa perkara lagi. Mujurlah abah hanya berdepan dengn kertas dan fail2 sahaja dan tugas penyeliaan juga boleh dibantu oleh rakan rakan pejabatnya. Aku kini boleh berkira-kira untnk mencari kerja part-time

- setiap yang berlaku itu ada hikmah nya -  =)