Apr 20, 2015

Hujan sepi di sudut hati

1 April 2015 yang lalu tatkala warga kota dan seluruh Malaysia bersiap sedia menghadapi satu cabaran baru dalam hidup iaitu GST , aku memulakan langkah kembali ke kotaraya untuk mencari sesuap nasi. Sungguh tidak disangka rezeki datang, walaupun dengan berat hati meninggalkan isteri tercinta jauh di desa namun aku tega untuk meneruskan sisa sisa hidup.

Setiap insan ada ceritanya, ada jatuh bangunnya, yang penting kita redha tanpa rasa dendam dan terus melangkah kerana hidup ini adalah perjuangan. Orang lain boleh katakan apa sahaja kerana gerabak kita tak sama dan melalui liku liku yang berbeza.

Buat isteri ku, semoga kita tabah dalam menghadapi ujian yang maha berat ini. Ingatlah ada insan yang lebih besar dugaannya. Niat kita tetap sama jika berjaya sampai keatas jangan lupa pimpin yang dibawah.

Insyaallah

Ya Allah, berkatilah kami dan keluarga kami pada bulan rejab hingga syaban temukanlah kami pada Ramadhan. Semoga kami terlindung dari sebarang fitnah dunia dan akhirat.

Salam rejab