Mar 25, 2011

FOOTBALL MANIA : Kelayakan EURO 2012 - The Oranje

Dah lama tak layan match team Oranje.. awal pagi esok Nederland bakal bertemu Hungary di Budapest Hungary untuk aksi kelayakan Piala Eropah (EURO 2012)  tapi malangnya hero pujaan aku Arjen Robben tak dapat diturunkan akibat kecedaeraan begitu juga Huntelaar, Jansen dan Bommel. Namun tempat mereka bakal di ambil alih oleh pemain muda Jeremain Lens, Luuk de Jong dan juga senior The Oranje yang masih gagah dan berbisa iaitu Ruud van Nistelrooy..





Ruud Van Nistelrooy


Rudd Van Nistelrooy bakal merebut peluang aksi ke 69 bersama Oranje sejak 1998 dan disishkan ketika skuad di bawah bimbingan Marco Van Basten sekitar tahun 2004-2008

Mar 24, 2011

SANTAI: Kartun Dulu - Dulu

Tengah lepak lepak sambil tunggu lunch hari ni, sempat lagi aku mengimbas kenangan lama iaitu tatkala aku kecik kecik dulu suka sangat tengok kartun, sampai tika dan saat ini pun aku masih layan kartun terutamanya kartun animasi jepun. Dulu dulu punye kartun selalu main petang petang start pukul 5 petang, tapi selalu jugak aku tak dapat tengok sebab aku sekolah sessi petang dari darjah 1 sampai darjah 3 so kalau aku demam boleh la aku layan kartun kartun ni kurang kurang seminggu..memang aku kalau demam lama jugak hehe :p


GANBARE KICKERS

Ganbare kickers, kartun ni mengisahkan pasukan bola sepak yang sentiasa berusaha untuk memenangi saingan musuh tradisi mereka iaitu kelab Nan-yo. Kartun ni penuh aksi membuatkan aku selalu rasa nak ponteng sekolah, malang nya tak berjaya so aku layan time time cuti jelah..

THUNDERCATS

Ni kartun omputih, selalu tayang waktu malam so aku boleh layan arr.. kisah nye ketua dia ni nama lion-o ad sebilah pisau yang boleh bertukar jadi pedang bile dia sebut Thunder!! Thunder!! thundercats Hooo!!! geng geng dia sume sebangsa dengan kucing seperti, cheetara(Cheetah), Tigera (rimau belang), pastu ade sekor rimau kumbang aku tak ingat plak nama nye hehe..



DORAEMON

Yang ni sape tak tau.. kartun alih bahasa jepun yang sangat popular dikalangan kanak kanak..antara kartun yang paling lama bertapak di Malaysia sejak kemasukannya sekitar hujung tahun 80an, mengisahkan robot dari masa akan datang yang pintar dan mempuyai poket ajaib selalu membantu Nobita seorang budak yang lemah dan malas. Sampai sekarang pon aku masih layan jugak kartun ni sekadar suka suka..



ROBOTECH

Kartun ni ialah antara kartun aksi perang yang popular dimana manusia boleh bergabung dengan mesin dan menjadi robot, ni cite ala ala iron man la cuma kartun ni dalam suasana peperangan. Watak watak kartun ni aku dah tak ingat


JUDO BOY

Ni kartun yang mengisahkan pengembaraan seorang budak bernama San Shiro, beliau ni memang handal bertarung apa lagi kalau dapat pakai baju Judo kaler merah tu otomatik jadi kuat, memang tiada sapa mampu melawan keperkasaan beliau sampai aku pun pernah terikut ikut aksi beliau yang ala ala ninja..



NINJA TURTLES
Ni lagi satu pengaruh yang kuat terhadap industri hiburan kanak kanak, sampai aku pernah nangis nangi nak beli mainan 4 ekor kura kura mutasi yang asalnya remaja yang terkena sumpahan kalau tak silap aku, kartun ni memang punyai pengaruh kuat sampaikan aku sering menyuruh ibuku membeli susu nespray padahal aku tak penah minum pun melainkan milo. Semua tu semata mata nak kumpul koleksi komik yang ditulis dalam bahasa inggeris dan sah sah aku pun tak paham sepatah haram juz tengok gambar je.. 


p/s: Banyak lagi kartun yang pastinya tak muat nak disenaraikan antaranya seperti Moespeda, G.I Joe, Transformers, Rambo, Blue Blink, My daddy long legs, Tomatoman, etc..

Mar 23, 2011

SANTAI: Rock kan diri anda

Anda nak ROCK??????
Yeah!!!!


Itulah pembuka bicara ketika konsert rock yang pernah aku dengar dalam sebuah tape, tapi aku tak ingat pulak apa tajuk konsert tersebut.. Kedengaran ribuan peminat bersorak, biasanya konsert zaman tu berlangsung seperti di stadium dan ada juga di tempat tempat terbuka atau pun fun fair.. Apa yang aku nak cite hari ni ialah lagu lagu rock dulu dulu iaitu sekitar zaman 80-90an. iaitu pada zaman tu band band rock kapak berseluar ketat dan berambut panjang macam puntianak memang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Biarpun nampak tak senonoh tapi banyak lagu lagu mereka lebih kepada memperjuangkan bangsa dan ada juga yang bersifat ketuhanan. Biarpun zaman itu aku masih kanak kanak tetapi mengikut cerita otai otai yang kini ramai yang beranak cucu so aku juz mampu mengimaginasikan dan berkongsi, kerana banyak band band yang kurang dikenali pada masa sekarang.


Berikut adalah band band yang pernah mengganas di pentas ROCK! tanah air



SYUHADA



MAY



SEARCH




BUMIPUTRA ROCKERS



SYJ / SOFEA



MELISSA


HIDAYU


Lain lain Band seperti Desire, CRK, Krabat, Rockers, Helter Skelter, Get, Rusty Blade, Handy Black, Massa, korang boleh cari untuk dengar lagu lagu dan band band yang korang tak pernah tau..




p/s: Mungkin ada yang pelik akan sebahagian nama mereka silap haribulan ada seperti nama adik,kakak,mak,nenek atau awek awek anda.. yang tu aku tak tahu kenapa juz kongsi terang sama korang, tapi itu lah rock zaman dulu dulu.. seacrh la kat You Tube dengar la lagu lagu they all.. 
Not bad.. enjoi it!!

Mar 21, 2011

Cantik tertarik memang cun!!

Lepas hantar abah pegi keje aku balik sambung lelapkan mata, ngantuk semalam tidur lewat + penat, dua hari berturut berulang ke temerloh, aku rasa macam tak ukup tidur je.. dapat lah 1jam lebih, kemudian bangun macam biasa rutin aku mengadap internet huhu.. aku baca komen komen dan tengok pic2 yang di upload oleh budak2 MBA, meriah betol.. aku ntah bila dapat join dorg buat gathering macam tu atau sekadar angan angan je.. Sepatutnye hari ni aku jumpe tokey tapi sebab ngantk tadi + kepala pon sakit ni so aku batalkan aje..

Lebih kurang jam 11 pagi kedengaran bunyi hon Piiinnn piiiiinn!!Aku jenguk keluar rupenye brader posmen, hari sampai depan pintu dia parking  rupa rupanya yang aku tunggu dah pon sampai 2 helai jersi yang aku kirim dari kawan ku telah pun sampai ke tangan ku..bertambah lagi lah koleksi jersi aku yang tak banyak mana pun tapi aku puas hehe.. sehelai jc Chelsea away kaler hitam+oren dan sehelai jc Valencia away Oren+ hitam memang cun..


p/s: Jersi Malaysia aku tak beli lagi keh3 :p

Mar 20, 2011

Haruan..

Baru balik lepas hantar mak pegi klinik pagi tadi, aku bawak abah pegi umah mak ngah kt Temerloh sebab nak ambik ikan haruan, hempedu ikan tu dikatakan boleh buat ubat, melancarkan perjalanan darah.. tak pulak pernah aku tau selalu aku makan bedal je goreng atau buat 3 rasa.. sejam lebih gak nak sampai ke umah mak ngah ni kena plak cuaca panas terik adehh.. sampai umah aku letak 4 ekor ikan haruan tu yang masih hidup kat dapur mujur sekali dengan bekas polystrine tu.. tup tup melompat plak yang besar tu.. mcm mn la nak siang tu kang... (-_-!)



p/s: Penat nak tido plak..

UEFA CHAMPIONS LEAGUE : QUARTER FINAL

Undian telah dilangsungkan jumaat lalu, so entri baru nak masuk hari ni sebab cari info sikit berikut ialah keputusan undian yang dicabut oleh Gary Lineker.


Inter Milan - Schalke 04
Barcelona - Shakhtar Donetsk
Chelsea - Manchester United
Real Madrid - Tottenham Hotspur

Separuh Akhir

Real Madrid/Tottenham Hotspur -Barcelona/Shakhtar Donetsk
Inter Milan/Schalke 04 - Chelsea/Manchester United



p/s: 1 tiket separuh akhir sudah pasti milik kelab EPL, tapi undian Chelsea v MU mmg bikn gempak..

Mar 19, 2011

MOOD: Excited sangat so, angkat dua sekaligus..

8:45 Malam game EPL dah start tapi aku tak dapat tengok sebab abah tengok berita, so aku tengok bulan yang mengambang penuh, Subhanallah.. memang luar biasa besarnya padan lah digelar "SUPER MOON" sebenarnye aku tak sabar tunggu 2 helai jersi yang aku kirim kat seorang rakan facebook, huh! tak tidur malam aku tunggu ni.. esok baru beliau nak pos..

p/s: Dah tengok jersi tu.. memang cun..

Mar 18, 2011

INTERNET: Keperluan dan hak kita

Sejak akhir akhir ini aku asyik dengar keluhan pengguna internet di Malaysia mengalami gangguan khususnya bagi penggemar laman sosial Facebook. Ditambah lagi dengan kebarangkalian gangguan itu semakin ketara berikutan kejadian gemba bumi di utara Jepun baru baru ini. Sebenarnya ada kemungkinan sebabnya, kerana perkara begini pernah terjadi kerika gempa bumi di Indonesia sebelum ini yang turut mengganggu sistem kabel bawah tanah yang menghubungkan jaringan internet. Nak cakap panjang aku kurang arif bab ni tetapi kadang2 heran jugak aku negara maju macam Malaysia sebernya sering mengalami masalah internet ni tak kira masa. Tak tau lah mungkin ada pihak yang ambil sikap sambil lewa dalam tugas servis ni, sebab aku pernah dapat e-mel yang menunjukkan bukti pekerja servis customer sbuah syarikat yang mengamblalih urusan ini semua tidur nyenyak..lebih kurang camtu la. Aku nak cakap lebih aku tak tau banyak bab ni tapi ini sebahagian dari masalah yang dianggap remeh padahal untuk satu broadband sekurang kurangnya RM38 sebulan kadar yang dikenakan oleh syarikat komunikasi.. kalau sejuta penduduk pakai pakej ni dah RM 38 juta. Terkini ada pakej baru unifi ke ape ntah tapi kadar mencecah ratusan ringgit sebulan, tahap boleh bayar loan bulanan kete dah tu, macam tak berbaloi untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana.. Jangan ssekadar nak untung je. Fikir fikirkanlah..

p/s: Jangan suka aniaya orang lain

Mar 17, 2011

SINGKAP TABIR KENANGAN: Sukan menjalin persahabatan

10:30 PM
Tiba tiba telefon berbunyi.. nama seseorang berkelip kelip pada skrin fon aku, bila aku menjawab terus putus pulak, nak call balik tapi kredit ade 4 sen je nih, malas la nak kuar pegi 7 E memalam buta ni. 5 minit kemudian dapat sms " Lu kat mana Bai? " sms aku tak dapat balas. Selama ni aku call engange, hantar mesej pun tak berbalas.. hidup lagi mamat sekor ni, rindu kat aku lah tu, lama tak jumpa. Baru sebentar tadi jam 4:30 PM, orang yang sama call aku dapat la bersembang kejap. Dia lah seorang kawan, ketika aku menghabiskan sisa sisa hidup aku di bandar Kuantan dulu, kenal tak lama cuma 5 bulan je tapi berkat aku bawak dia tinggal sebilik dengan ku berkongsi susah senang, sampai hari ni dia ingat kat aku.. tetiap hujung minggu lepak kedai mamak tak pun layan skrin besar kat tanjung api, tengok bola sama sama, aku rasa itu lah yang membuatkan kami serasi. Sampai jam tiga pagi boleh lepak sembang pasal bola, kenangan yang aku tak dapat lupakan, mamat kedah ni memang otai, pernah 1 hari kat kedai mamak yang merupakan pot fan M.U kebetulan xde game team setan merah tu so kitorang layan Aston Villa vs Spurs. Game memang rancak, tetiba mapley tu pegi alih channel drama apelagi member aku sorang ni psssstt! panggil mapley tu.. " bai lu alih balik tu bola tadi '' mapley tu cakap, '' MU tak main tu game tak best ooo.'' member aku pangkah balik, '' Lu tak tau pasal bola lu jangan cakap banyak, ade 3,4 orang brader dan pakcik pakcik otai kat situ pon beckup kita orang.. start hari tu, mapley tu respek kat kita orang.. Jam 3 pagi nak layan Bundesliga pon takde hal.. time tu korang cari la memane pot bola yang ade tayang selain BPL melain kan Zam zam corner jalan Teluk Cempedak je hahaha.. It's a life about football.. Hari ini aku dapat contact FB brader ni tak sangka plak dia adalah freind ke 500 aku.. Tabik spring untuk hang!! walaupon hang tak nampak.. keh3



p/s: Dah lama tak ber live screening..

UCL : " Singa biru " simpan kuku

2 Gol ditempat lawan dah cukup selesa buat Chelsea melangkah ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah. Tapi yang mengcewakan skuad kesayangan aku ni gagal menambah perencah apabila seri tanpa jaringan dengan FC Kobenhavn di laman sendiri. Ntah la kekadang naik muak pulak aku, apakah ini satu taktikal yang direncanakan walhal lebih 20 percubaan tersasar.. malas nak cakap lebih lebih, pendekkan cerita match ni takde nyawa. Aku lebih teruja tengok match Bayern Munich semalam. Aksi gabungan 2 pemain sayap yang digelar Robbery memang menghidupkan suasana biarpun tewas.


Papepun aku harap anjakkan paradikma dilakukan oleh otai2 The Blues


p/s: Rasa nak lempang lelaju bile ade yang tak mahu mengaku kelemahan.

Mar 16, 2011

MOOD: Bosan Giler.. Ceria Giler

Hari ni bosan giler, sama giler dengan hari hari yang giler.. Sampai tengahari aku tak tau nak kerjakan ape.. Jam dah pukul 1 tengahari, aku pun start kete nak pegi ambik ayah aku balik rehat tiba tiba Dutduttddudttt!!! bunyi motor EX5 kaler merah berhenti depan umah aku, ...aku cek tengok bil astro jiran aku tapi di letakkan dalam peti surat rumah aku, kemudian ade sepucuk surat aku tengok cop pada setem dari mana, dah sah.. aku tau dah ape isi nye hehehe, beruntungnye ade kawan yang selalu ingat kawan..tapi jangan sering salah anggap, berdiam diri tak bermakna lupakan kawan kawan, perkara paling baik dari kawan untuk kawan ialah DOA tak kira tinggi mana status dan darjat kita, bangsa apakah kita, jarak yang memisahkan kita, agama.. apatah lagi jika kita seorang muslim, kerana doa adalah senjata, ya! senjata orang mukmin. Selagi hati kita terpahat nama sahabat kita selagi itulah silaturrahim takkan putus cuma adakala kita terperangkap dalam faktor jarak, masa, keperluan dan tanggungjawab. Buat kawan lama ku Buwwa Ebuanie, thanks for your gift..hari yang bosan menggiler bertukar ceria..YEAH!!! kalau boleh aku nak gantung dalam kereta tapi tengok dia punye kain berbulu bulu halus takut pulak nanti pudar dan reput di mamah hari, maklum lah kete kan terdedah dengan keadaan cuaca yang berubah ubah, bukan duk dalam peti kedap udara..






p/s: Cantik bhaa..daripada aku yang tak reti menjahit huhu... sebab kamera takde so tak dpt upload pic..

Mar 15, 2011

KELAB PILIHAN (Serie A) : Udinese Calcio


logo
Logo Udinese

Udinese Calcio ialah antara sebuah kelab yang menggalas cabaran di Serie A. kelab ini bertapak di Udine, Friuli- Venezia Giulia dan merupakan kelab kedua tertua di dalam kancah Serie A selepas Genoa C.F.C.semenjak ditubuhkn pada 1896. Jersi tradisi pasukan ini ialah belang hitam putih, maka mereka lebih dikenali sebagai zebrette iaitu little zebras, dalam bahasa Itali hitam putih di sebut Bianconerri begitu juga dengan pasukan Juventus. Udinese menjadi tuan rumah di Stadio Friuli, Udine yang berkapasiti 41,652 biarpun kapasiti tertinggi semasa cuma 30, 667. Biarpun kapasiti tidak seluas mana namun seperti yang umum sedia maklum fans di kancah Serie A lebih fanatik dan mampu menenggelamkan sorakan penuh bagi sesetengah fan di liga yang lebih popular seperti BPL. Secara personaly aku meminati Udinese bermula akhir season  2010, apa yang menariknya kelab ini memiliki pemain pemain yang bukan berprofil tinggi namun kemudian dibentuk dalam membariskan sebuah pasukan yang mampu memberi challenge kepada pasukan yang berprofil tinggi seperti AC Milan, Internazionale, Juventus, AS Roma dan beberapa kelab yang kini mula mengukir nama dalam saingan Kejuaraan Eropah. Maka pastinya kini ramai mula tertarik dengan penampilan Alexis Sanchez dan rakan senegaranya Mauricio Isla, begitu jugak dengan kuda tua yang kini menjangkau usia bertengahan 30an iaitu Antonio de Natale, pasti membuka ruang bagi pngendali skuad kebangsaan Itali apabila kini mendahului carta Serie A dengan 24 gol. Dengan berbekalkan 53 points kini setelah 29 perlawanan, Udinese menduduki carta ke-4 ia merupakan satu pencapaian terbaik setakat ini dan masih segar dengan rekod membenam Palermo 7-0 minggu lalu dan dalam perlawanan ke 29 udinese telah melakar kemenangan bergaya keatas Cagliari. Setakat ini antara pemain yang pernah mengukir nama di Udinese ialah Vincenzo laquinta (Juventus), Asamoah gyan (Sunderland),Dino Zoff (Retired), Oliver Bierhoff (Retired), Zico (Retired) Skuad bimbingan Francisco Guidolin ini pernah dilatih oleh nama nama besar seperti, Luciano Spalletti, Alberto Zacherroni, Bora Multinovic, Luigi Di Canio dan Roy Hodgson.
File:Udinese2008.jpg
Isla & Sanchez


Sejarah pencapaian:

UEFA intertoto Cup 2000
Mitropa Cup 1980
Copa Italia primavera 1993
Campionato Nazionale Primavera 1981
Angilo-Italian cup 1978


p/s: Udinese juga mempunyai rekod beraksi di UCL sekitar tahun 2004/05  dan 2008/09.

Mar 14, 2011

MOOD: Saja saja nak hepi

Hari ni aku nak share kegemaran lain aku selain bola sepak, hehe.. sebenarnye aku ade beberapa minat lain yang ramai orang tak tau sebab aku xsuka orang tau, malu la nak cerita beria ia sangat kan sebab aku ni low profile heheh.. Sebernarnye aku minat bermain muzik bagi jelah ape ape jenis alat muzik macam gitar, keyboard, drum, hatta trumpet sekalipun mesti jadi punye.. nak kata expert tu tak lah tapi setakat nak main lagu lagu biasa tu boleh la.. Ini semua adalah bakat semula jadi yang dianugerahkan tuhan kepada aku dari kecik dan sejak di bangku sekolah pulak kan, ada pendidikan muzik so aku belajar not la pulak, tapi sekarang dah lupe la nak camne  nak baca not, huhu.. Alat muzik pertama yang pernah aku ade ialah keyboard pasar malam.. haha mesti ade yang tergelak ni, tapi itu la mulanye bapak aku beli untuk suka suka je aku main, tapi entah macam mana lagu lagu rakyat seperti lenggang kangkung ape sume tu aku boleh main waktu aku tadika lagi.. then bila dah masuk sekolah kena beli rekoder la pulak, erm macam macam lagu la jadi, yang takde dalam silibus pun aku main. Kat sekolah plak kalau ade pertunjukan main rekoder mesti aku nak join. Bila kat rumah tin biskut dan tin Milo aku jadikan drum, susun baik punye... ala ala konsert Double Trouble tu.. penutup tin tu plak aku lapis dua buat simbal. Haha tu sume time aku kecik kecik tu, kekadang mak aku naik angin marah marah, sebab bising tapi aku insaf kejap je, esoknye aku buat lagi hahaha.. Gendang tarian singa pun aku boleh main tau siap ajar adik aku lagi, kat sekolah selalu kena rotan sebab bergendang atas meja.. erm, bila dah besar besar ni aku tak buat dah benda benda ni, tapi aku tetap minat muzik, habis sekolah aku dapatkan sebijik gitar tong brand Rose kaler biru huhu.. bising jugak parents aku ingat aku nak jadi artis kot.. xdelah saje suka suka je. sebelum ni aku tengok je orang main, aku belajar sikit sikit je, bila dah ade gitar sendiri apa lagi aku tibai la puas puas sampai pecah dan bengkak jari aku, huh! susah jugak nak tekan kod ni, lupa kod satu hal, jari pun dah liat macam macam.. kod pacak la ape la antara istilah yang aku belajar dengan kawan kawan aku dulu.. 2,3 bulan selepas tu dah boleh main sendiri. Bila dah bekerja makin luas la pergaulan macam kawan jumpa so tak mustahil jumpe yang mempunyai sama minat dengan aku, aku dah mula masuk studio berjinak jinak dengan gitar elektrik atau bahasa pasarnye gitar karan, Drum dan Bass.. mula mula kekok jugak dah lama oklah susah jugak sebab gitar karan ni kena setting dengan tepat kalau tak dia punye sumbang sangatlah ketara, tu belum masuk cara cara guna gadget, ade macam macam bunyi sound efect.. aku pun tak habis study pasal benda alah ni huh! Selain alat muzik moden aku boleh main alat tradisional sperti kompang dan gendang silat. gendang silat ni mulanya adalah pusaka nenek moyang keluarga aku, so sebagai pewaris dan pelapis aku rasa aku mesti tau main gendang ni sekurang kurangnya 1 lagu. Tapi ade jugak sepupu aku yang tak reti reti, adik adik aku dan sepupu yang lahir tahun 90an ni pun ramai yang tak amik tau hal ni setengah tu bukan takde bakat tapi tak minat. Biasanye gendang silat ni kami main dalam majlis kenduri kawin, kalau sebelah keluarga ni mesti kena bergendang sambil diiringi pencak silat. Apa  yang seronoknye main muzik ni ialah dia akan bagi kite sedikit kepuasan, bagi yang kurang berbakat aku rasa minat tu lebih penting sebab benda ni boleh belajar..


p/s: 5 tahun dah berlalu rindu plak nak jamming dengan budak budak Virus Pumpkin  ^^

Mar 13, 2011

Tsunami melanda lagi

11 Mac 2011 telah berlakunya gempa bumi di negara jepun pada 8.8 skala ritchter, lebih kurang pukul 3 petang waktu tempatan (Jepun) berapa kuat gegaran aku pun tak pasti, tapi berdasarkan klip amateur menara tertinggi di Jepun dilihat bergoyang cuma apa yang biasanya berlaku selepas pergerakan plat tektonik pastinya disusuli dengan gelombang ombak besar atau lebih dikenali sebagai Tsunami, masuk hari kedua, iaitu semalam berikutan terputusnya bekalan elektrik dan menyebabkan logi nuklear tidak dapat disejukkan lantas berlaku kebocoran gas nuklear Daichi di Fukushima. ( Aku pun xpasti sebelah mana dan setakat mana kesahihannya) Apa yang membimbangkan ialah effect radiasi nuklear ni tersebar di ruang udara, jangan  fikir Malaysia berada jauh bermakna selamat. Jangan fikir Jepun mempunyai teknologi canggih masalah ini boleh diselesaikan 100%. Nuklear boleh mengganggu sistem saraf otak manusia biarpun sedikit. Aku bukan pakar dalam hal ini tapi aku kecewa, masih ada segelintir manusia yang kurang peka dalam hal ini. Semalam aku terbaca di beberapa status facebook rakan rakan seolah tidak mempunyai naluri kemanusiaan, memang Jepun terkenal dengan watak watak hero seperti Ultraman dan sebagainya, mungkin kita disini ketawa bersukaria sebab perkara itu belum kena pada batang hidung kita, lebih malang di salah satu page yang merangkumkan info bolasepak mengupdatekan statusnya dengan mengatakan apa yang berlaku ini semuanya kerana hukum alam, dan cuba memperlekeh umat islam yang mengatakan ia berlaku dengan kuasa Allah. Aku tak pasti samada creator page tersebut islam atau tidak, ataupun islam hanya pada nama. Sebagai umat islam aku cuma mahu mengingatkan, bukan mahu menunjuk alim, mahu bercakap ada caranya, mahu bergurau ada batasnya selagi perkara itu tidak menyentuh sensitiviti orang lain, selalulah bermuhasabah diri. Ingatlah ! kita semua berdiri di atas muka bumi yang sama, sekali Allah turunkan bala' takkan mengira di mana kita berada.

Lihat sini untuk video bencana tsunami: http://www.youtube.com/watch?v=BsRd7WQuBHc

p/s: Berdoa demi kesejahteraan kita, bukan bersenda atas kesusahan mereka..

Mar 12, 2011

Tukar tukar dan tukar lagi..

Buat kesekian kalinya.. so secara ringkasnya KIYOSHI ni sebenarnye nama aku dalam bahasa jepun yang bermaksud asli, pior, neutral.. lebih kurang macam tu la mengikut satu application facebook yang pernah aku try dulu dan secara x langsung nama ni banyak pernah aku gunakan sebagai nickname, nama pasukan dalam game kesukaan dan bagi apa saje yang memerlukan aku meletakkan satu satu nama malah  akaun facebook aku sendiri pun pernah gunakan nama ni. so aku harap takde lah tukar tukar dah..nanti pening pulak follower aku walaupun tak ramai mana mungkin ade yang follow secara senyap.. aku harap bila dah yakin nanti barulah aku nak share kan secara terbuka blog aku ni, bukan apa aku masih baru, bukan lah baru sangat tapi aku sekadar acuh tak acuh je dengan widget dan setting blog ni, jelas terlalu banyak benda yang aku tak paham, walaupun aku dah baca tutorial dan bertanya dengan orang yang lebih arif, xpelah lama lama nanti pandai lah jugak insyaallah.. lagi pun aku cuma gunakan medium ini sebagai perkongsian dan sekadar pelepas rasa.. Apalah ada pada nama tapi seeloknya ianya mempunyai makna samada jelas tersurat mahupun tersirat.



p/s: - bukan tiada pendrian tapi mencari pengukuhan sebagai pemangkin keyakinan.
      - Pelik, tak dapat feed back e-mel dari Nuff nang, dah lama register tapi xde pape pun..

Mar 11, 2011

3 malam tanpa entri

3 Hari tanpa entri selepas pertembungan berat sebelah antara Barcelona dengan Arsenal di Nou Camp dan kemudian AC Milan disingkirkan Tottennham Hotspurs selaku pendatang baru Liga Juara Juara Eropah. Bagi kelayakaan Olimpik skuad Malaysia bawah 23 melepasi pusingan pertama dengan mengekalkan agregat 2-0 selepas seri 0-0 dengan Pakistan di Lahore biarpun dibayangi kekalutan apabila berlakunya serangan bom 200KM dari kem Malaysia. Hal itu amat mengecewakan jutaan peminat sukan bola sepak negara apabila tiada siaran langsung berikutan masalah teknikal satelit. So aku nak cerita ativiti aku semalam lah..
Semalam bersamaan 10 hb Mac bertempat di Masjid As-Syakirin Maran Pahang berlangsung sambutan Maulidurrasul peringkat daerah dan aku di lantik menjadi urusetia bagi pertandingan pidato, ni kes tolong ayah aku ler sebab penganjur sibuk dan malas nak cari orang so ustaz Yusof cadangkan kat ayah aku supaya ambik aku je untuk memudahkan kerja. Bermula jam 8 pagi aku dan ayah ku bertolak ke masjid sementara sebahagian mereka yang terlibat dalam acara perarakkan dan sepanduk berada di lokasi yang ditetapkan 1km dari masjid. Acara pertama selepas perasmian dari Dato' Seri Orang Kaya Pahlawan Pahang ( lupa plak nama) ialah bacaan Al quran oleh jemputan Imam Besar Masjid Kuantan, penyampaian hadiah perarakan dan sepanduk, kemudian ceramah, nasyid dan qasidah, marhaban dan berzanji. lebih kurang jam 1130 barulah acara pidato bermula aku yang dilantik sebagai jurukira memang merupakan satu tanggungajawab dan tugas besar, tapi apa yang lebih aku teruja dapat melihat bakat bakat adik adik yang berada di sekolah menengah berpidato. Macam macam gaya ditonjolkan tak kurang jugak yang lupa isi atau perkataan yang harus di ucapkan lebih lebih lagi kalau ada yang mencelahkan  pantun dan lagu. Kalau suruh aku berpidato mau tergagap gagap haha.. teringat pulak ketika zaman sekolah dulu aku bersajak sempena minggu Bahasa Melayu melucukan so aku xnak la cerita biarlah aku gelak sorang2 hahaha.. Samung balik cerita, selesai sahaja acara, selepas solat zohor aku menyertai kursus jenazah yang bermula 2 sessi. Sessi kedua pulak bermula selepas asar, sebelah malam ada bacaan yassin dan bacaan kitab tapi aku pulang awal kerana penat dan mengantuk maklumlah kurang tidur malam sebelum  tu pulak layan bola. Tapi alhamdulillah sedikit sebanyak bertambah juga ilmu aku dapat dan aku pun memang suka aktiviti seperti ini..


p/s: Pentingnya kamera walaupun "cap pinjam". Meminjam perkataan seorang sahabat tanpa kebenaran. :D

Mar 7, 2011

Nani oh nani..

Liverpool 3 - 1 Man United


3 gol jaringan Dirk Kuyt meranapkan ego United malam tadi. sebagai pemerhti bolasepak aku mengklasifikasikan perlawanan semalam adalah antara yang paling sengit biarpun di cemari beberapa insiden tolak menolak yan membuatkan reffree Phil Dowd melayangkan 5 kad kuning dan 2 daripadanya boleh di caj sepatutnya merah. Di tambah pula aksi pelakon terbaik United iaitu Nani yang sangat gemarkan aski jatuhan olok olok nya itu mengalami kecederaan yang agak serius, selepas dikasari Jamie Carrager. Sangat malang Nani kerana sebelum itu dia melakukan kesilapan apabila menanduk bola ke belakang dan Kuyt berjaya mencuri peluang untuk gol kedua Liverpool. Selepas ini Nani, pemain sayap Man United dan Portugal yang mewarisi kelincahan jatuhan olok olok rakan senegara Christiano Ronaldo bakal di rehatkan selama beberapa minggu nyata menggembirakan seteru United.

p/s: Padan muka ko..

Mar 5, 2011

Super Safee Sali





Safee Sali berjaya memulakan target 1 gol untuk setiap perlawanan Liga Super Indonesia apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan Pelita Jaya 1-0 menentang Sriwijaya FC lewat petang tadi. Safee memang layak diberikan gelaran penyerang terbaik Asean memandangkan corak dan gerakkan serangan balasnya kerap mengucar kacirkan pertahanan lawan, begitulah aksi Safee Sali yang memakai jersi 55 untuk klab barunya Pelita Jaya.

Mar 4, 2011

Aku dan padang bola


Ini ialah gambar Kompleks Sukan keningau Sabah, ia di rasmikan oleh Dato seri Anuar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai menteri belia dan sukan Malaysia pada tahun 1981. 3 tahun selepas itu aku dilahirkan ( bukan kat padang ni, di hospital lah ) Aku mula menjejakkan kaki di kompleks sukan ini ketika berusia 7 tahun di mana sukan tahunan sekolah ku di adakan disini. Aku tak pasti tahun bila gambar diatas tapi tak banyak beza ketika aku di Keningau dulu. Petang petang selalu lah jugak abah aku bawak jogging kat sini, cuma malangnya selama aku bersekolah disini aku belom pernah terpilih menjadi atlet, apatah lagi beraksi sebagai pemain bolasepak, cuma sekadar menyeratai perbarisaan je..


Yang keduanye staduim Temerloh, macam macam dah acara aku tonton kat stadium ni selain bolasepak, yang melibatkan Kelab Shahzan Muda, aku pernah menjadi urusetia sempena majlis sambutan hari kebangsaan peringkat negeri pada tahun 2004 kat sini maaf gambar tak dapat nak upload ( akan diusahakan )





Ini atas ni pulak Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang. first time aku menjejakkan kaki disini ialah pada tahun 2005 ketika itu aku sebagai urusetia Sukan Remaja Pahang. Aku berjaya menjejakkan kaki disini pun pada hari terakhir ketika berlangsungnya acara final bolasepak antara Kuantan menentang Pekan. Sebab aku urusetia acara silat yang berlangsung di dewan TUDM batu 10. Asrama pulak ditempatkan di Sekolah Panglima Perang kat Indera Mahkota..sikit punye jauh. Lepas acara ni selesai dan bila aku pun dah habis kontrak dengan Kementerian belia dan sukan so aku tak pernah masuk dah stadium ni walaupun aku study kat kuantan mula tahun 2006 sehinggalah aku dah mula bekerja semula dan duduk di kuantan pada tahun 2008. Masa tu aku datang dengan pakcik aku menonton perlawanan Liga M dimana Pahang selaku tuan rumah di sini, tapi agak jarang jarang la sebab kadang kadang balik kerja match dah habis..

Dok pikir pikir..

Sebelum ni aku letak tajuk blog jersi no 7 sebab lebih berkisar tentang bola.. kemudian aku bertukar keada teropong ajaib dan samai hari ini tajuk blog ini aku rasa kurang sesuai dan kurang so aku pakai nama aku Muzri sebagai tajuk blog buat sementara waktu, sehimggalah aku mendapat satu nama yang lebih sempoi dan kira ok lah...

Mar 2, 2011

Resam si Setan Merah

Pertemuan seteru utama BPL awal pagi tadi memang sangat memberi makna, kemenangan CHELSEA 2-1 keatas Man U memang merobek segala keegoan dan boleh diibaratkan meludah kelangit bagi Sir Alex Ferguson.. Ini semua gara gara kes Wayne Rooney iaItu pemain kebanggaan Red Devil dan Three Lions menyiku pemain Wigan dalam pertemuan sabtu lepas. Rooney masih bernasib baik kerana tidak digantung perlawanan menentang Chelsea gara gara tindakannya itu. Paling membuatkan tekak ku loya apabila Ferguson memberi komen tentang tindakan Rooney yang berbunyi " ITU ADALAH CABARAN BIASA DALAM BOLASEPAK DAN BOLASEPAK ITU MERUPAKAN SUKAN FIZIKAL"  namun berlainan pula dengan ulasan si tua tu pagi tadi apabila mengatakan " IA MUSTAHIL APABILA PENGADIL IDAK MELAYANGKAN KAD KUNING KEDUA KEPADA DAVI LUIZ ATAS CABARAN KEPADA ROONEY" - LOL

p/s: Heran dengan sikap segelintir penyokong tegar SETAN MERAH yang turut mengikut perangai SI TUA