Sep 22, 2015

Menyelak tabir usia



Semalam adalah hari kelahiranku, pejam celik dah pun menjangkau 31 tahun usia dan tubuh ini. Melihat kepada jasad yang kurus dan kecil ini tiada siapa sangka aku sudah berada dalam kelompok 3 series. Itulah hakikatnya selepas hampir 2 tahun menjadi suami orang, masih banyak benda yang aku perlu belajar dan terus belajar untuk memperbaiki kehidupan dari segi rohano dan jasmani. Memang tidak dinafikan adakala kita terleka ketika berjalan hingga tersepak batu, bucu meja, kerusi dan pintu tak kurang juga adakala terhantuk dilantai ketika hendak berbaring, terhantuk di dinding tatkala mahu menyandar tapi aku tetap kuatkan semangat. Apa jua yang aku lankukan hanyalah untuk insan insan tersayang yang berada jauh dari jasad ini namun mereka ku bawa dalam hati. Sejenak aku termenung melihat depan ku dan ku tinggalkan belakangku menjadi memori indah dalam hidup. Back pass selalunya akan membunuh diri seperti Hantaran kebelakang Gerrard ketika menentang Chelsea musim lepas. Tak mudah berkata tentang jihad kerana terselit banyak makna, tak semestinya angkat senjata, yang penting tak putus usaha dan doa.

# Semoga Allah menjaga dan memberi petunjuk untuk aku dan keluargaku dalam menempuh cabaran dunia hari ini.