Jul 28, 2013

Seminggu di bumi kenyalang

20 Julai Sabtu 4.50pm

Sebaik sahaja keluar dari pesawat aku terus melangkah pantas dengan perasaan teruja menuju ke balai ketibaan.  Hijau yang kulihat sebelum pesawat mendarat tadi membuatkan aku cukup untuk berasa syukur atas perjalanan selamat ke bumi kenyalang ini, sekali gus lengkap 14 buah negeri telah aku jejaki. Selepas mengambil bagasi aku terus mengheret ke pintu depan menunggu cik tunang Zue dan kakaknya Manjawati bersama heronya Ikhwan yang hensem datang menjemput.

Jam sudah menunjukkan 5.10 pm, agak sunyi juga airport Kuching ni, orang pun dah tak ramai dan berhampiranku seorang wanita lingkungan 50an bersama seorang ibu asyik memegang anaknya yang kelihatan nakal sedang berbual dalam dialek melayu Sarawak berhampiran tempat aku duduk, sambil itu pemandu pemandu teksi menanyakan destinasi. "Ohh tak apa, terima kasih" aku menjawab dengan slanga yang agak baku.

Petang itu kami berbuka di rumah kak Nor - "sungkei" dalam istilah Sarawak. Segan juga sebab kali pertama berjumpa dengan bakal kakak ipar dan abang ipar serta anak anak buah, semua nya mesra dan bertambah segan apabila mereka menggelarkan aku paksu hehe..

21 Julai Ahad

Seperti yang telah dirancangkan hari ini kami akan pergi ke Serikin, sebuah desa Indonesia yang bersempadan dengan daerah Bau Sarawak boleh dikatakan Serikin seperti di Wang Klian atau Padang Besar di semenanjung cuma disini tidak memerlukan pasport atau sebarang pemeriksaan. Teruja sungguh sebab aku dilantik sebagai pemandu, untuk membawa avanza sejauh 60KM ke sana dengan terdapat beberapa lokasi dimana struktur jalan agak kurang baik, hampr 2 jam juga baru tiba.. - Thrill ~

Hari hari lain berlalu seperti biasa, sebaik azan maghrib berkumandang jam 6.54 petang kami berbuka, suasana bandaraya Kuching tidak banyak bezanya seperti di bandar bandar utama semenanjung cuma mungkin pertengahan bulan jadi tak ramai yang keluar bersiar siar. Cuma sesekali terasa macam berada di negara indochina bila melaui tempat tempat tertentu, mungkin kerana cara pemakaian dan budaya disana. Melayu Sarawak pun tak kurang manis dan comelnya, mujur diri sudah berpunya hehehe.. Hmmm memandangkan perut lapar badan pun cepat letih dengan jarak yang agak jauh serta cuaca yang panas jadi banyak tempat yang tak sempat aku lawati seperti muzium dan taman budaya dan lain lain. Walaubagaimanapun aku sempat ke waterfront, iaitu suatu taman di tebing sungai yang merupakan salah satu tarikan pelancong disini. Sebelum balik aku sempat membeli kain pua kumbu yang dipesan oleh mak dan batik sarawak...

Tak mengapa ada rezeki boleh datang lagi. Apa apa pun benarlah orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Pasti ada sesuatu yang baru kita belajar dari setiap langkah kita. ^^


PS: Gunakan hati untuk melihat, ia lebih jelas dari pandangan mata.

Jul 19, 2013

Kembali sebentar ke kota batu

Hari ni awal awal pagi lagi dah bersiap ke Temerloh, Terima kasih mak kerana hantarkan. Tak payah naik bas henti henti dengan beg besar kemudian heret pula ke terminal untuk naik bas KL. Mula mula ingat nak bawak si gagak hitam je kemudian tu parking je kat stesen LRT tapi bila difikirkan balik, seminggu tu agak lama.

Sebenarnya aku nak bermusafir ke Kuching, Sarawak. Melengkapkan penjejakkan kaki negeri ke 14 pada usia ini. Esok fligt akan berlepas jam 3.35 petang dan selewat lewatnya jam 2 aku mesti berada di LCCT airport. Sampai KL lebih kurang jam 11 tadi, Bob pulak dah 2 hari demam. Perkara paling excited nak tahu pasal kejadian pecah masuk rumah bidi beberapa hari lepas. Siapa lagi kalau bukan karlos punya angkara..hmm ntah lah apa nak jadi. Moga moga dibuka pintu hidayah untuk dia..

Jul 13, 2013

Epilog persaraan seorang guru

Hari ini 12 Julai dengan rasminya mak bersara sebagai seorang  pendidik di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tajau. Semalamnya aku membantu memerah idea untuk mengarang teks ucapan untuk majlis itu. Sayang tak dapat hadir majlis tu sebab terpaksa bersiap di rumah menunggu kehadiran rombongan dari sekolah itu yang dikhabarkan mahu berarak ke rumah selepas waktu sekolah.

Lebih kurang jam 12 tengahari mak pun pulang sendirian dengan kereta myvi putihnya dan dihiasi riben dan ropol ropol..

Aku " Aik mak balik sorang je? "
Mak " Diorang tak jadi datang.."
Aku " Owh mungkin sebab hari ni Jumaat kot.."
Mak " Hehe.. "

Selepas aku mengangkat segala hadiah dan sempat mengambil gambar mak disisi kereta berhiasnya, aku pun sibuk membelek hadiah dan kad kad ucapan budak budak sekolah ini, kelihatan agak lucu dan selekeh sebab ada yang balut sendiri namun disebalik hal itu tersirat 1001 tanggapan dan perasaan dihati seorang pendidik melihat betapa anak anak kecil itu begitu mahu menilai jasa seorang guru. Dengam kertas yang lusuh.. tali ikatan yang entah di ambil dari mana...jenis hadiah yang boleh dikata sekadar ada namun semua itu memiliki nilai yang cukup sentimental.

Mak " Kat mana lah bdk2 ni ambik hadiah ni ? "

Dia tahu kebiasaan pelajar tidak mampu untuk membeli hadiah akan tetapi inisiatif mereka untuk mengadakan pemberian itu cukup untuk membuat air matanya mengalir..berbeza dengan segelintir pelajar yang mungkin mendapat sokongan baik dari penjaga untuk membeli hadiah dan balutan yang baik

Murid 1 " Ustazah.. saya xde hadiah.. bagi kad je boleh ? "
Murid 2 " Ustazah.. saya bagi tasbih boleh ke? "
Murid 3 " Ustazah.. jangan la pindah

Mak berkata kepada aku, " budak budak ni dia tengok kawan bagi hadiah dia pun nak bagi jugak last last minit pun jadi. Tu yang tak prepair ape ape tu.. kesian tengok  "


Jawapan mak " Ustazah bukan nak hadiah awak tu cukuplah dengan ucapan dan janji untuk belajar sungguh sungguh "  - sambil memeluk erat dan mengucup dahi mereka ( adegan yang aku terlepas )

Abah balik beberapa minit selepas itu dan beberapa gambar sempat aku upload sebelum ke masjid, abah menyampuk ketika kami bersembang, " Abah dulu sebelum pindah ke PPD Maran ni dapat surat petisyen dari budak budak siap dengan tanda tangan satu kelas darjah 3 tak bagi abah pindah. "

seraya kami tergelak..

#Alhamdulillah, aku melihat sesuatu yang positif berbanding apa yang aku lihat di suatu pihak itu pula. Kehidupan yang mewah tidak bermakna apa apa jika tiada keberkatan. Semoga Allah terus memberkati kami sekeluarga.

Ramadhan... dengarkan aku

Seperti yang umum tahu Ramadhan adalah bulan yang penuh barokah, kehadirannya cuma 30 hari dalam setahun dan hanya memiliki 1 malam yang cukup istimewa dikenali sebagai lailatul qadr. Sungguhpun begitu kita sebagai manusia sering terleka dalam memilih yang mana lebih penting diantara fadhilat Ramadhan mahupun nikmat dan kepuasan serta kesibukkan rutin seharian kita.

Sebelum umat islam menyambut kehadiran Ramadhan seluruh dunia islam dikejutkan dengan penyingkiran pemimpin negara Mesir, Dr Mohamed Mursi dari tampuk pimpinan beliau. Kesannya, pintu rafah yang menghubungkan mesir dan palestin sudah ditutup menyebabkan jutaan penduduk gaza tidak lagi bebas memasuki sempadan itu untuk mndapatkan bekalan makanan.

Rakyat mesir juga ditindas sedemikian rupa sehingga ada yang memberontak, walaupun jumlah penyokong morsi ramai namun campur tangan barat dan agen yahudi cukup untuk melemahkan psikologi rakyat jelata. Selepas penyingkiran itu, Abdul Fattah Al Sisi yang merupakan orang kuat Morsi rupanya menjadi dalang agenda itu mengambil alih tampuk pimpinan sementara. Dengan hal itu serta merta dunia barat mengumumkan dana untuk negara tersebut yang kononnya membantu rakyat mesir.

Lihat lah agenda politik kotor cap barat dan yahudi yang melaga lagakan ahli sunnah wal jamaah untuk memecah belahkan umat islam.

Di Malaysia pula lain ceritanya, seperti yang kita selalu lihat sedar atau tidak, kelemahan umat islam di Malaysia adalah pada hiburan dan keseronokan. Perasan atau tidak bola sepak ialah medium utama yang sedang menjadi kanser dalam masyarakat kita. Tak perlu berkedut muka, inilah realitinya. Sebagai peminat pasukan Chelsea FC pastinya aku kecewa apabila siri penjelajahan ke Kuala Lumpur kerap kali jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia. Maka beralih lah tumpuan anak anak muda dewasa atau sesiapa sahaja yang berasa teruja dengan kehadiran Jose Mourinho & c.o hingga terlupa fadhilat Ramadhan.

Kehadiran pasukan Chelsea FC 21 Julai 2013 ini juga boleh dilihat sebagai gangguan kepada kita dan taktik menjatuhkan ummat islam dengan cara halus. Sedarlah, kita kerap diperbodohkan sebab mental kita sudah diracuni hiburan yang seumpama itu.

Cukup lah dengan hiburan sepanjang tahun mu itu, berilah tumpuan dan tekad kan azam untuk mendapat hadiah istimewa daripada Si pencipta dunia. Bukan aku cuba berkhutbah apalagi menunjuk alim tetapi inginkan perubahan dalam diri dan mahu berkongsi nikmat dan rasa dalam hati supaya kita mampu menjadi umat yang cemerlang suatu hari nanti.

Jul 9, 2013

Rahsia ada sebabnya

Tanggal 1 jun 2013 merupakan antara hari yang bermakna dalam hidup ku, dengan restu mak dan abah aku selamat diterima sebagai tunangan dengan kekasih hati oleh pihak keluarga. Upacara pertunangan yang serba ringkas itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat termasuk mak ngah dan ayah ngah. Kepada rakan rakan yang mungkin tidak tahu atau bberasa was was tentang status seperti di FB kami harap sudah jelas. Maaf lah memang sengaja tidak di hebahkan berita mengenai pertunangan ini menurut hadis riwayat Ahmad " rahsiakan pertunangan dan maklumkan pernikahan "

Hikmah nya sangat banyak, dengan medium yang banyak gunakanlah ia untuk menimba ilmu selain bertanya dengan para pendita. In sha Allah rakan rakan sekalian akan dijemput pada majlis yang telah ditetapkan hujung november ini :)

Dan aku melangkah masuk

Dan aku melangkah masuk

Aku disambut dengan harapan, tawa, dan sinis
aku bingung adakah ianya milik aku
aku cuba sedaya termampu
aku kecewa menangis tak berlagu
aku bangkit dengan semangat jitu
aku terpedaya 1001 janji palsu
aku hilang arah penetu
aku kuat kembali minda ku
aku rasa sudah cukup tepu
jangka waktu bukanlah penentu
tapi sejauh mana aku diperlu
selama mana aku harus tunggu
kala teraniaya diam membisu
hanya pada tuhan aku mengadu
suara ku diterima pilu
pada sahabat mangsa adu
itukah pengalaman dilalui perlu
saat hati hilang menderu
sampai masa aku berlalu
mencari sesuatu yang baru..

Bahagiakanlah mereka

Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam hidup kita, bagaimana mereka mencorak hidup kita bukan lah persoalannya akan tetapi kita dianugerahkan akal dan minda untuk menilai setiap perkara samada baik atau buruk. Tidak sesekali kita perlu menyalahkan mereka sekiranya apa yang terjadi pada kita sekarang. Sedarlah siapa kita, jika semalam mereka tidak menyuapkan susu kemulut kita yang menangis kelaparan mungkin hari ini kita tidak dapat melihat dunia. Sebesar mana pun kesilapan kita ibu bapa tetap menerima kita jauh disudut hati mereka walaupun kelihatan amarah pada zahirnya. Tiada keberkatan tanpa restu dan senyum dari batin mereka.

Berusahalah membahagiakan hati mereka

Jul 7, 2013

Boikot boikot boikot !!!

Hari ini 7 julai 2013, nampaknya syaban sudah hampir melabuhkan tirainya untuk memberi laluan kepada Ramadhan Al mubarak. Bercakap tentang Ramadhan memang tak boleh dipisahkan dengan buah kurma dan sejak akhir akhir ini pula ada pula isu berkaitan boikot barangan iran termasuk lah produk kurma. Puncanya disebabkan oleh pengaliran keuntungan ini yang disalurkan ke puak syiah. Cuba kita berbalik kedalam ruang yang kecil sebelum kita fokus kepada perkara yang sudah jauh dari jangkauan kita.

Cuba lihat ada berapa produk makanan yang diusahakan oleh syarikat 100% ISLAM mendapat tempat dihati kita ?

Cuba lihat siapa yang bertelagah kerana tidak dapat slot untuk berniaga di bazar Ramadhan kali ini ?

Cuba lihat siapa yang menguasai pasaran bahan mentah dari kilang, pemborong dan pekedai seperti gula, tepung dll ?

Cuba lihat siapa yang hantar jin kat kedai sebelah supaya bisnes mereka yang maju kini lingkup ?

Cuba lihat deteran restoran mamak yang francais itu dikunjungi oleh siapa dalam tempoh 24 jam untuk minum " teh o kelat melekat kat tekak" yang beharga RM 1.70 ? di sebuah kampung tu cuma 80c teh o wangi...

Sebenarnya kita memang telah dikuasai oleh "mereka" disebabkan sikap dan hasil kerja kita sendiri dan mentaliti kita yang "asal dah senang" itulah merantai kita dari tidak mahu berganjak.

Sejauh mana artis berkarya.. sebenarnya...

Jika zaman dahulu pengubah lirik dan lagu mencipta lagu berdasarkan pengamatan terhadap sesuatu dan dikaitkan dengan sesuatu lebih lebih lagi jika puisi berunsurkan cinta. Selalunya ia ditujukan kepada dua perkara yang berbeza membuatkan lirik dan bait bait itu menjadi evergreen sehingga sekarang. Pernah terdengar satu ceramah tapi dah lupa siapa penyampainya, dimana beliau mengatakan bahawa Allahyarham P Ramlee menyanyikan lagu bukan dengan gaya tersendiri akan tetapi ianya merupakan daripada lagu lagu Al Quran yang mempunyai pelbagai bentuk. Sebab itu lagu beliau sehingga sekarang tetap malar segar, akan tetapi penyanyi zaman sekarang yang cuba membawa dengan cara sendiri tanpa sedar telah merosakkan irama itu sendiri. Pada hakikatnya juga mereka tidak mampu mendendangkan sebaik P Ramlee apatah lagi dengan penciptaan lirik yang langsung tidak mengangkat bahasa ibunda kita.

Di sini adalah sebuah lirik lagu kekasih yang dicipta oleh kopratasa


Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidur mu
Akan ku tenun awan-gemawan
Menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malam mu
Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluhi rindu
Akan ku rebahkan matahari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madu mu
Kekasih Hitunglah mimpi Yang membunuh realiti
Dari syurga ilusi. - kekasih

Jul 3, 2013

Kiyoshi kembali

Bidang kewartawanan memang cukup membuatkan rutin harian aku sedikit terganggu, lebih lebih lagi melibatkan bidang penyiaran. Ia cukup berbeza dengan wartawan penulisan akhbar dan majalah. Selepas setahun sebulan 10 hari aku di Silversports ini, maka bersawanglah blog kiyoshi, sepi tanpa intipati terkini untuk dikongsi. Bukan tiada tetapi aku lebih berasa senang untuk hanya menulis di laman sosial Facebook dengan gaya ringkas dan padat. In sha Allah pada bulan Ramadhan yang mulia ini syarikat memberikan cuti selama sebulan memandangkan tiada liputan berkaian sukan yang menjadi komitmen pasukan kami. Jika ada kelapangan yang diberikan mungin aku akan kembali berkarya disini. Penulisan sukan dan sastera sangat jauh berbeza kerana sukan bermain dengan fakta manakala idea kiyoshi ini sebenarnya lebih kepada pengolahan ayat yang lebih puitis dan kreatif. Walaupun beberapa entri sebelum ini turut menjurus kepada fakta sukan akan tetapi aku berharap dapat menyusun idea untuk menulis sebuah cerita pendek atau cerpen mengenai sesuatu yang menarik tentang kehidupan.