May 26, 2011

Sebenarnye masalah tak pernah selesai..

Semalam, pepagi dah kuar ke jerantut, aku bercadang nak pegi usya usya rumah sewa dan nk kompom kan surat tawaran aku. lebih kurang jam 11 pagi aku sampai kat DBD jumpa dengan kak Ti (C.C kat situ) kemudian Encik Li sebagai penolong pegawai untuk bincang pasal persediaan yang aku kena buat. Sedikit penerangan pasal kerja. so aku pon amik kesempatan bertanya tentang rumah sewa atau kuarters jika boleh disediakan, dengan pantas beliau menelefon seorang anak buahnya yang dipanggil bob.. bob pun masuk (mmg bob sungguh dengan badan yang 2,3 kali ganda aku kaki pulak berbalut terhincut hincut..encik li perkenalkan aku kepada bob dan meminta bantuan bob untuk benarkan aku duduk kat kuarters dia.

Selesai urusan surat tawaran aku dan bob keluar menuju ke dewan makan tempat yang aku akan bertugas, ada sedikit perkara yang kurang menyenangkan. Katanya ketua tukang masak disini agak laser.. erm mak cik yang dah separuh abad mungkin sebaya dengan mak aku.. gasak lah macam aku tak biasa dengan orang macam tu. Kemudian aku dia bawa oleh bob pusing pusing sekitar kawasan then kami menuju ke kuarters.. Agak bersepah. maklulmlah bujang kata bob. takde hal pun bagi aku, teringat pulak aku kat Zali budak yang aku jumpa masa interview dulu, pun perlukan housemate tapi aku lupa lak nak amik contact dia. Takpe lah buat sementara ni baik aku bersama bob yang comel ni je..

Tiba dirumah lebih kurang jam 5 petang. Uhhh penat gile! kemudian telefon berbunyi "DBD jerantut" Tak sangka zali yang telefon aku, katanya dia dah kemas kemas rumah tapi dia dapat tau aku akan duduk dengan bob, nada macam kecewa. '' alamak  camne ni aku takde nombor ko nak contact, malas lak nak berharap tak sangka boleh duduk kuarters.. oklah takpe nanti aku bincang dengan bob..'' sampai saat ini aku tak call bob lagi sebab tak tau nak explain cmne (_._!)

May 24, 2011

Helaian baru..

Melihat pada raut wajahnya memang meletakkan harapan tinggi, daripada kata katanya membuatkan aku lebih bersemangat namun situasi itu masih belum dapat menutup dilema dan konflik yang aku hadapi. Masih terbayang dalam jangka waktu lebih kurang 6 bulan yang lalu, tatkala menggalas takdir dan dugaan ilahi, seolah tiada harapan lagi bagi hamba yang kerdil ini hanya sabar yang mampu ku ucapkan. Hari ini wajah itu sudah jauh berbeza walaupun masih belum sembuh sepenuhnya tapi kekerasan dan ketabahan hatinya itu yang membuatkan dia kuat untuk sembuh sambil diiringi doa dan ikhtiar.

8 hari lagi, berat rasanya untuk meninggalkan rumah ni bersendirian untuk dihuni oleh dua orang tua yang sudah separuh abad ni, tapi panggilan telefon semalam membuka pintu untuk aku membuka langkah baru. Dalam perancangan aku hanya bercadang untuk memulakan langkah dalam sebulan dua lagi tapi nampaknya takdir menyatakan aku harus mulakan sedikit awal. Destinasi kali ini ialah Jerantut, tak banyak yang aku tahu tentang bandar ini kerana cuma sekali saja aku pernah berkunjung ke sini itu pun kira kira 10 tahun yang lalu. bandar yang letaknya kira kira 58KM dari temerloh dan 80KM dari Maran ini bagi ku tidaklah jauh sangat tetapi disini tiada sesiapa yang mengenali aku. Selepas ini aku akan kembali bercinta dengan kuali dan pinggan mangkuk, lembaran baru hidup aku bermula 1 haribulan Jun 2011 ialah berbakti kepada golongan yang kurang bernasib baik & terbiar yang terdiri dari bekas2 pengemis dan kutu rayau, sebagai tukang masak di Desa Bina Diri Jerantut dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semoga dipermudahkan.. ameeeeen  =)

May 23, 2011

Bukan cobaan ini betul-betul

Hari ini isnin, mcm biasa bangun tapi pagi ni target nak siapkan resume sebelum emel kan kepada company resort yang aku cakap bebaru ni. Rileks dulu lah, awal lagi.. duduk mengadap laptop teringat plak nak tengok result match BPL terakhir semalam dah la tak dapat tengok game Chelsea, klik je livescore.com keluar lah result2 terkini. "Damn!!! aduiiii.." tu jelah boleh aku cakap. (Kalah dengan Everton 1-0) Dalam hati plak '' Mesti senyap sunyi group pagi ni ".. Sebaik aku buka je muka buku, aku terbaca satu statement '' Official news confirm, Carlo ancheloti removed from Chelsea '' aiseymen nampaknya Roman Abramovic memang kurang sabar untuk kali ke 7 dalam masa 2 tahun.

Hilang mood.. aku pon pergi ke dapur, untuk breakfast.. tetiba henfon berbunyi.... (erm tak tau nak wat bunyi henpon cmne kih3 ) aku pon berlari menuju ke bilik sepantas Watson Nyambek untuk mendapatkan henfon ku yang terselit dicelah celah bantal, selesai berbual aku terkedu seketika dan hinggalah saat ini aku masih tak percaya, bagaikan mimpi......



...to be continue

May 21, 2011

SANTAI: Blues untuk aku (edisi terhad)

Dalam kegelapan malam yang sunyi, tanpa bulan dan bintang yang kelihatan cuma warna biru gelap kehitaman namun suasana ini cukup tenang, ku buka pintu berandar dan membenarkan cahaya lampu neon menerjah bersama angin malam yang ada kalan dinginnya mencuit tulangku. Begitulah gambaran suasana disudut aku berpijak ini setelah sedikit rahmat bercucuran di sebelah petang tadi. Kemudian aku termenung sejenak, telingaku melayan lagu lagu yang dinyanyikan dalam erti yang susah untuk difahami oleh manusia, lagu yang tiada bait, tiada lirik namun tidak pernah terhenti. "apakah yang dikatakan oleh cengkerik2 itu?'' tiada siapa yang memahami melainkan Dia.

Aku melangkah menuju berandar sempit itu, ku hirup udara nyaman sambil memegang secawan kopi yang masih lagi hangat sambil memejamkan mata ku bayangkan suatu tempat yang indah bakal menjadi destinasi ku, bakal menjadi tempat aku berbakti sebagai sumber pendapatan ku, sebagai ibadah ku, sebagai jihad ku dan sebagai penentu masa depan ku. Dua kekosongan di dua resort dan daerah yang berbeza bakal membuka peluang untuk aku kembali ke bidang yang selayaknya aku terajui, mula bermain main di benak ku. " aku akan cuba, ada rezeki takkan kemana.." dari panorama dan pemandangan yang kulihat melalui carian google lokasi resort tersebut memang menjadi idaman semenjak berada di kolej lagi, jauh dari hiruk pikuk kota namun memiliki kemudahan talian infastruktur yang moden termasuklah akses internet, ini bermakna tidak ada masalah perhubungan yang mana ada kala boleh mengganggu prestasi kerja. Cukup! itu sahaja yang   harus aku fikirkan yang lainnya berserah sahaja pada yang maha Esa ~ ameeeen..

SANTAI: Blues untuk aku episod II

Seperti biasa pagi ini setelah selesai solat subuh aku berbaring baring di tilam yang empuk dan bantal nan busuk, hari ni pulak sabtu dan takde kerja kerja katering, takde perancangan kemana mana, tiada jemputan kenduri kawin, tiada jemputan perasmian pecah tanah, tiada urusan pejabat, bank mahupun keluar berfoya foya dengan anak Pak Abu..dan mood hari ni ialah aktiviti bermalasan sahaja. Tetapi mata tak mau lelap pulak jam ku lihat sudah hampir lapan tepat, lalu ku bangun membasuhbasuh muka then mengadap laptop yang tak shut down dari malam tadi untuk mengonlinekan diri, lebih kurang setengah jam aku mengadap laptop sambil menyantap roti bakar, tiba tiba kedengaran henpon buruk ku berbunyi tanda mesej masuk. Sapa la pulak hantar mesej pepagi ni? bisik hati nurani ku ( hehe =P ) '' Nama kita suma naik soratkabar RK hari ni beli jangan tak beli" - Apek Gunners.. Alamak! aku punya kredit s- payet plak, ah! takpelah harap beliau memahami..( heran sebenarnye, sbb aku takde komen ape ape discussion pon untuk minggu ni) Lebih kurang jam 9 aku bersiap siap keluar sambil sambil nak beli pape yang patut tapi rupanya ayah aku dah keluar dulu.. hmm dah balik dah pun.. ( Sejak dah boleh bawak kete semula ni, pepagi buta abah dah kuar hehe) emm so aku keluar jelah semata mata nk beli kosmo!

Dengan menaiki motor kriss edisi raya 1999 berkaler hitam, aku bagaikan azroy nak mengurat suzie memfeelingkan diri dengan deruman injin yang masih lagi dara menuju ke kedai..setiba sahaja di kedai aku menyambar senaskah dan membelek belek bahagian dalamnya, ahh jap lagi lah baca '' Tokey!! kosmo satu.." sambil menhulurkan not seringgit yang dah konyok maklumlah xsempat nak iron pepagi buta ni.. lepas meronda ronda dua blok bangunan di bandar koboi moden ni, aku terus pulang ke rumah..

Selesai menghatamkan kosmo pagi ni aku kembali ke arena fesbuk melayan semula rakan rakan yang sudi menemani hari ku..hari ni seorang lagi sahabat menayangkan foto bersama T-Shirt rembat kosmo nya, aku punya bila nk sampai ni emm hari isnin kot..
sebentar kemudian, tatkala aku sedang mengarang blog utk hari ini..
vroomm vroomm!! pinn!! pinn!!
Hah!! ade plak posmen dtg hari sabtu ni, fenomena yang jarang jarang berlaku dlm hidupku..
Tak sangka memang di jamin sampai hari ni..

Thanks Rembat Kosmo! Especially Brader Muhammad Rizal Hashim
Thanks geng2 OLKART!!



p/s: Foto nya nti akan patik upload..

May 18, 2011

SANTAI: Blues untuk aku

Kenapa lah aku malas sangat nak update blog ni??? even seminggu sekali pun susah, aku dah malas nak menaip agaknye sebab sekarang aku rasa aku banyak membaca. Macam macam la aku baca asalkan boleh tambah ilmu di dada, kepada yang membelek blog aku hari ni atau terbuka blog ni, hari ni xde ape la sangat entri nye juz sembang2 kosong jelah.. (Dah macam talk show plak) hahaha =P .. Acttually mood aku sejak kebelakangan ni agak sentimental sikit, ntah la mungkin sebab sejak akhir akhir ini aku banyak melayan lagu lagu Brorey Marantika dan Francisca Peter kat You Tube. Hari ni pon mood aku masih sentimental lagi, aku memfillingkan diri aku kadang kadang aku rasa rindu kat seseorang, tapi aku pun tak tahu siapa kah yang aku rindu ni atau mungkin sudah tiba masanya hati ku berpenghuni? Arggh! sapa lah yang sudi ni hmm lagipun banyak perkara yang aku mesti dahulukan malas nak serabutkan kepala, tapi... nak tak nak kena fikir jugak la.. Untuk mendapatkan pasangan idaman bukannya senang, terlalu banyak ciri cirinya, bukannya cerewet tapi ni soal hati dan perasaan, kalau silap beli kereta boleh jual balik, tapi kalau silap pilih pasangan kita yang merana.. btw nak tanya la jugak korang pernah tak rasa rasa sesuatu perasaan yang lain yang sukar ditafsir pada member2 atau sesiapa yang korang kenal? Dalam banyak banyak kawan yang kita ada mungkin ada sorang dua yang buat kita happy sangat, ataupun dia ni banyak mengambil berat kat kita, takpun kita rasa senang dan selesa bila bercakap atau kuar lepak lepak dengan dia. Kadang tu ada timbul satu perasaan yang pelik? Anyway bagi aku itu semua anugerah, sebab ternyata perkara macam tu sangat membahagiakan sesiapa saahaja walaupun ada sedikit konflik dalaman, itulah perasaan kasih, dan kadang menjelma rindu.. pergh! ayat aku hari ni memang takleh blah.. hehe, rindu jugak kat insan insan yang pernah membahagiakan aku satu ketika dulu..semoga mereka semua bahagia.. amin  =)

May 11, 2011

Memandu amalan yang ekstrem

12.30 am Aku baru je sampai dari Temerloh, minggu ni 2 kali aku balik lewat, Ahad lalu aku memandu ke kuantan, pertama kali join group Chelsea supporters (Pahang) di Tanjung Lumpur,...dah lama tak kuar lepak memalam tengok bola ramai ramai, walaupun tak lah ramai mana tapi enjoi.

Hari ni aku memandu ke Temerloh sebab urusan bisnes, hahaha bisnes apa la tu.. aku baru nak berjinak jinak dalam perniagaan so aku pergi ke pejabat Majlis daerah untuk bertanya tentang lesen dan sebagainya, kemudian memandu ke pejabat tekun nasional. Sekarang aku tahu apa yang kurang dan apa yang perlu sebelum memulakan perniagaan ni, bukan senang walaupun kita ada asas dan tahu untuk menguruskan produk kita tapi masalah tapak memang satu perkara yang besar, lagipun kita tak boleh suka suka nak berniaga tanpa permit atau berniaga di kawasan mengikut suka hati kita sahaja, silap silap kena angkut dengan majlis, melainkan korang ni gamble macam sesetengah orang buat. Selesai bab ni aku pergi melepak kat rumah fahmie, lepas asar kitaorang gerak kuar minum kat bandar lama Temerloh. Dah lama sebenarnya tak memandu ronda ronda bandar Temerloh, sebelah malamnya dapat jugak aku jumpa dengan iela, secara kebetulan dia berkursus untuk seminggu..lebih kurang jam 10 iela bertolak balik ke hostel, aku dan fahmie lepak kat warung berhampiran rumah fahmie sambil borak borak kosong sambil pekena kupi, sebelum memandu pulang..

May 6, 2011

Aiman banyak kisah episod 2

Ada sebuah kampung orang melayu yang jauh terpencil, kisahnya bermula dalam tahun 1970an juga. seorang lelaki yang sudah mencecah usia 50an baru pulang menoreh getah, dalam perjalanan dia terserempak dengan dua anak muda yang merupakan kutu dikampung itu. Seorang daripada mereka menegur orang tua itu '' Pak cik baru balik noreh keee? " dia menjawab dengan nada yang agak keras, iyelah bukan macam awak orang kehulu kehilir tak buat apa apa.. '' sekarang ni susah nak cari keje pakcik hehehe kata yang seorang lagi ''

" Eh pakcik kami ni baru lepas minum kat kedai kat tepi jalan nak ke bandar tadi, makan mee dengan garfu.. sedap pakcik.. anak muda itu cuba mengubah tajuk (Kebetulan ada sebuah gerai baru di buka berhampiran dengan kampung tersebut oleh seorang peniaga dari bandar)

'' Makan dengan garfu?? kebetulan aku penat dan lapar ni teringain jugak nak cuba makan kat sana lah.'' kata pakcik tu, dia pun mengayuh basikal menuju ke gerai meninggalkan dua anak muda itu..
Sesampai aje kat gerai itu pakcik tu pun berkata...
Teh tarik satu!!!  Mee goreng satu!!! letak garfu banyak banyak...

Aiman banyak kisah episod 1

Tahun sekitar 1980an

Kisahnya bermula ketika Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang baru bertugas cuba memantau masalah yang dihadapi berikutan laporan oleh seorang Tok Batin yang ditemani anak buahnya di pejabat JHEOA. Pegawai tersebut bersama seorang pemandu menaiki Land Rover bersama sama Tok batin dan anak buahnya menuju ke sebuah perkampungan orang asli. Hampir setengah jam melaui jalan yang tidak beturap dan berdebu lalu pegawai tersebut bertanya kepada tok batin

Pegawai: Berapa jam boleh sampai ke kampung ni Tok?
Tok Batin: (Sambil menjenguk ke bahagian tangan pegawai) ada 2 jam saja inchik..satu inchik, satu pemandu.. 
Pegawai: Bukan... maksud saya waktunya pukul berapa kita boleh sampai ke kampung Tok ni?
Tok Batin: Shekarang pukul berapa inchik?
Pegawai: 3.35 petang
Tok Batin: Oooh nanti shudah shampai kampung inchik tengok la waktunya berapa..

Pegawai terus mendiamkan diri sambil kedengaran tawa kecil oleh si pemandu.. :)


p/s: Orang asli zaman sekarang dah maju dan faham maksud dan istilah yang biasa kita gunakan.

May 5, 2011

Kisah yang takkan berakhir..

Dah lama tak update blog, so malam ni nak update la..
jeng jeng jeng..

yeah! aku telah meng-update-kan blog aku.. yes!!!