Dec 6, 2010

Harimau Oh Harimau..

Melihat aksi longlai skuad negara, mula timbullah cadangan untuk menambah baik dan memantapkan pasukan melalui pendekatan yang dilakukan seperti skuad Singapura dan Filipina. Pelbagai reaksi dari peminat bola sepak tempatan tidak kurang ada yang mendesak supaya mengambil pemain import untuk menyertai skuad negara. Namun lebih baik rasanya jika kita berfikir dengan lebih rasional, akan peluang anak anak tempatan mungkin tertutup disebabkan pengambilan tenaga asing di bidang sukan. Jika di teliti di peringkat liga sewaktu penggunaan tenaga import ramai bakat bakat muda diketepikan kerana gagal mendapat tempat dalam skuad utama. Ini jelas sekali mencantas program pembangunan yang dalam masa yang sama sedang kita bangunkan. Apalah salahnya jika pihak FAM mencari bakat baru yang benar benar berkebolehan bermain bola sepak, dengan cara yang lebih telus tanpa ada pengaruh dari mana mana unsur politik. Kita sedia maklum ada beberapa pelatih pelatih negara sedang berkhidmat dengan kelab kelab divisyen di eropah contohnya Titus james Palani yang bermain di liga divisyen 3 Perancis. Persoalannya mengapakah FAM menutup mata dan bersikap lepas tangan dalam usaha menarik pemain ini beraksi untuk negara. Dari sudut pembangunan bola sepak kita pernah membuat program pencarian bakat seperti Soccer Star dan My Team. Apakah ini belum cukup membukikan bahawa kita masih belum ketandusan bakat? Apa sebenarnya yang bermain difikiran orang orang besar FAM sehingga kebanyakkan bakat bakat tadi hilang begitu sahaja? seperti tiada tindakan susulan, dan akhirnya mengharapkan pemain pemain yang popular sahaja membarisi kesebelasan utama dan apabila berlakunya kecederaan, barulah melatah menggelabah mencari pengganti dan sudahnya kita boleh lihat pada aksi di piala AFF 2010. Walaupun masih ada satu perlawanan menentang Laos tetapi dari persembahan nyata mengecewakan. Tiada lagi kata kata pujian yang menjulang maruah seperti mana yang berkumandang di sukan Asia Ghuangzhou China sebelum itu.

p/s: Kalau nak seribu daya.. :)

Dec 5, 2010

Taring tak cukup tajam, gading tak cukup panjang

malaysia sekadar seri tanpa jaringan menetang thailand dalam Piala AFF baru baru ini. Biarpuon rombakan dibuat besar besaran melibatkan bahagian benteng namun masih jelas Harimau Malaya kekurangan idea untuk mengasak pertahanan Gajah Putih. Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia lebih banyak bertahan menyerap asakan penyerang Thailand yang diketuai Sorayot Sutee. Thailand yang dibimbing bekas midfilder England Bryan Robson meletakkan sasaran 3 mata dalam pertemuan itu. Secara peribadi pada mengamatan aku melihat Malaysia memberikan sedikit peningkatan dengan memperkemaskan hantaran dan kawalan bola namun dari sudut jentera serangan masih tumpul kerana banyak mensia siakan beberapa peluang lebih lebih lagi pada 20 minit terakhir masa kedua. Kelihatan jentera serangan kurang bersedia menerima hantaran dari sebelah kanan yang direncanakan oleh Shahrul Idlan Talaha setelah beberapa kali berjaya memperdaya pertahanan Thailand.

p/s: Tak garang macam Harimau pun

Harimau disambar garuda

Asrarudin Putra Omar

5-1 itulah keputusan yang harus diterima walaupun pedih. Hakikatnya apabila skuad Harimau mempamerkan aksi longlai ketiru baru ini.ketika menentang Indonesia dalan kejohanna AFF suzuki baru baru ini. Biarpun berjaya membolosi gawang indonesia seawal minit ke 17 oleh penyerang Norshahrul Idlan Talaha
namun Malaysia dihukum dengan jaringan sendiri Asrarudin Putra tidak habis disitu pada separu masa kedua Asra nampak bermasalah kerana bayak membiarkan dan melepaskan bola seolah olah tidak bermaya. secara peribadi aku melihat Asrarudin tidak bermain bersungguh sungguh begitu juga dengan beberapa pemain lain. Kesebelasan yang diturunkan kebanyakkannya bukan pilihan utama apabila Sharbinee yang lebih sebulan tak beraksi diturunnkan menggalas tugas selaku penjaga gawang. Apa punca yang mendorong Rajagopal bertindak sedemikian mengundang seribu satu persoalan difikiranku tambahan lagi berkaitan pemilihan yang melibatkan 6 pemain Selangor. Yang boleh dikatakan kurang telus. Tak tau nak cakap apa lagi, haruskah terima sahaja kekalahan tak bermaruah itu.

p/s: Ketawa kecil bila teringat ada yang kata skuad Harimau setanding dengan China, Korea selatan dan Jepun

Bila buku bertemu ruas

El classico sekali lagi mencipta sejarah dan kejutan apabila kelab pimmpinan Josep Guardiola iaitu Barcelona menumpaskan musuh tradisi mereka Real Madrid di Nou Camp. Anak anak buah pimpinan Jose Mourinho berputih mata apabila dibelasah 5-0. Real nyata longlai apabila gagal disemua posisi yang turut mencabar kewibawaan Cristiano Ronaldo selaku pemain termahal dunia, sebaliknya nyata berbeza bagi Lionel Messi, penyerang sayap lincah Argentina yang banyak mencorakkan serangan Barca yang membuahkan hasil dengan lima kali Casilas dibolosi. Dalam perlawanan yang agak tegang apabila
insiden Ronaldo gagal mengawal emosi menolak Josep Guardiola di tepi padang kerana mengacah bola lontaran kedalam yang mahu diambil oleh Ronaldo. Jelas sekali pasukan yang rata rata dibarisi pemain termahal untuk edisi Galaticos kali ini seolah olah ketandusan idea untuk membalas serangan ataupun mengekang pihak lawan. Apa lagi yang mampu dikatakan oleh Jose Mourinho selain mengakui sahaja kehebatan Barca yang sebilangannya dibentuk dari Akademi La Masia menguasai permainan dengan corak total football yang diasaskan oleh lagenda bolasepak Belanda yang pernah bermain untuk Barca dan juga sebagai jurulatih. Bagi aku kekecewaan adalah kerana kegagalan Real menyaingi kemantapan barca dan pertarungan sengit yang diharapkan lebih malang perlawanan itu turut dihiasi dengan 12 kad kuning beserta 1 kad merah yang diterima Sergio Ramos pada minit akhir masa tambahan. Ini juga merupakan kekalahan pertama dan aksi terburuk bagi skuad galaticos sehinggakan ramai pemerhati melabelkan Jose Mourinho bukan lagi The Special One sebagai mana gelaran yang diketahui umum sebelum ini. Apa tindakan seterusnya harus bertongkat kepada Jose yang mahu menggilap kembali rekod yang calar pada pertemuan dengan Valencia akan datang dan CR7 pula seharusnya belajar cara merendah diri.



p/s : Pemain termahal dunia perangai macam budak sekolah

El Classico

 Awal pagi ni 30/11/2010 pertembungan El classico akan berlangsung di Nou Camp. bagi peminat bola sepak pastinya tahu El Classico merupakan salah satu pertembungan terhebat bagi 2 kelab gergasi Sepanyol. Barcelona pastinya akan mempertaruhkan penyerang lincah mereka iaitu Lionel Messi sambil dibantu kuatrtet Juara Piala Dunia itu antaranya David Villa, Iniesta, Xavi dan Sergio. Namun segalanya
pasti sudah maklum dengan corak permainan "Total Football" yang diterapkan Johan Cryuff ketika beliau bermain dan juga pernah menjadi pengurus suatu ketika dahulu terus di amalkan di akademi La Masia sehingga ke peringkat senior. Bagi coach Pep Guardiola beliau pastinyaoptimis memenangi pertembungan itu meskipun tahu cabaran yang bakal diberikan oleh anak anak buah Jose Mourinho yang akan mempertaruhkan pemain2 yang bernilai Jutaan Pound mereka disamping kecekapan taktikal yang bakal dicorakkan oleh Jose berdasarkan prestasi semasa dimana Cristiano yang menerajui junlah jaringan gol dalam La Liga setakat ini mengatasi Messi. Menurut pundit melalui perbincangan di rancangan sukan
dan pendapat umum rata ratanya membuat prediction bahawa pertembungan ini akan menjadi kekalahan pertama bagi anak anak buah Jose Mourinho. walaubagaimanapun diharap pertemuan yang dianggap buku dengan ruas ini akan menyajikan aksi sengit dan menarik.