Dec 16, 2013

Semoga Allah memberkati kami

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, semuanya telah selesai selepas melalui pelbagai dugaan hingga ke saat akhir sebelum bermula acara ijab qabul pada malam jumaat 25 muharam 1435 Hijriah bersamaan 28 november 2013. Bukan senang kahwin ni.. nak pulak jodoh aku dengan orang jauh maka banyaklah juga ragam yang harus aku hadapi. Rasanya tak perlulah diceritakan biar diri dan Allah sahaja yang tahu. Itulah lumrah hidup ini, ujian sentiasa hadir, dipermulaan yang tegang akan berakhir dengan tenang jika kita sentiasa yakin akan bantuan dari Allah.

Ramai juga yang bertanyakan macam mana boleh berkenalan dengan isteri, orang kelantan yang menetap di Sarawak..Nak jawapan pendek ke panjang? Kalau pendek aku jawab Facebook, jawapan panjang Kalau sudah jodoh. Sedikit nak berpesan disini, Rezeki, Jodoh dan Ajal itu semua dah ditentukan oleh Allah. Jika rezeki itu meliputi pelbagai aspek begitu juga jodoh boleh ditentukan Allah dengan pelbagai cara. Ajal juga tiada bezanya. Tiga perkara yang tak dpat lari dalam hidup kita. Kerja keras tak semestinya kaya raya, bercinta tak semestinya memiliki dan hidup beriman tak bermakna mati juga dalam iman tapi kita diberi peluang untuk mencari apa yang kita mahu. Qada' Qadar tetap ditangan Allah SWT dan wajib kita mensyukuri.






PS:- Nukilan terkilan