Jul 23, 2012

Ramadhan tiba lagi

Jumaat 20 Julai 2012 - Hari terakhir kat opis sbb dah boleh mula bercuti sampai raya..wahhh seronoknya tapi on call.... adoi lak..

Aku yang baru balik dari majlis perasmian penutup MASUM dan pelancaran sukan IPT (SUKIPT) di batu Pahat bebaru ini, seronoknya malam tu (khamis). Datangnya Ramadhan kali ini memang memberi kelainan sebab boleh puasa kat umah, kebetulan 2 adik lelaki juga ada balik masing masing bercuti semester, dan cuti sempena Terengganu menjadi juara SUKMA. First day puasa memang sedikit meletihkan sbb bergerak balik dari "pent house" jam 8.30 pagi, sampai kat Pekeliling sekitar jam 9, bas bertolak jam 10.30 ke Temerloh sebelum tiba lebih kurang jam 12.30 T/hari. Biasanya kalau balik singgah makan kat KFC takpun Happy Chicken ini dah puasa jadinya merayau rayau la kejap sebelum balik ke Maran. Nak masuk hari ke3 berpuasa, steady..apapun aku harap Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan secukupnya.

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA
Jangan membazir, Ramadhan bulan ibadah bukan bulan utk pesta makan.

Jul 9, 2012

Sedikit perkongsian buat rakan rakan

Assalamualaikum..

Dah lama nampaknya blog ini terbiar..

Diceritakan bahawasanya bermula 22hb Mei yang lalu, bersamaan hari jadi mak, satu langkah yang agak drastik telah aku ambil. Tawaran menjadi wartawan sukan daripada seorang wartawan sukan tanah air terkenal melalui laman sembang Facebook adalah sesuatu yang tak pernah ku jangka.
Ia adalah satu peluang dimana tak semua orang akan mendapatkannya, inikan pula aku yang langsung tiada pengalaman dan segulung kelulusan sijil, diploma apatah lagi ijazah dalam bidang yang agak popular pada zaman sekarang. Berbekalkan sedikit kebolehan dalam penulisan itu yang membuatkan aku yakin, hampir seminggu juga lah aku dok termenung berfikir untuk buat keputusan yang bakal menentukan arah tuju hidup ku ini. Mak dan abah pun was was juga pada mulanya tambahan pula diorang tak kenal siapa Muhammad Rizal Hashim, aku dah tunjuk gambar dan program tv di astro arena pun diorang masih bimbang. lagipun ini lah langkah pertama aku untuk mencari sesuap nasi di kotaraya Kuala Lumpur walaupun hampir 28 tahun menghirup udara kurniaan Tuhan ini.
 Memandangkan abah pun dah semakin sihat sejak diserang angin ahmar pada penghujung 2010 yang lalu, itu yang aku berani membuka langkah ni, kalau tak susah hati juga tiada orang nak jenguk jengukkan..

Sekali menjejakkan kaki di ofis Silversports nampak macam biasa biasa sahaja, rupanya disinilah tempatnya seorang pengulas sukan terkenal Shauki Kahar menjalankan tugasnya. Disini juga aku diperkenalkan dengan beberapa lagi nama nama hebat dalam bidang penyiaran dan sukan seperti Jalil Mat Dom ( Editor skrip, Pembaca berita Radio RTM ), Rahim Affandi ( Penerbit rancangan sukan - dahulunya bekerja dengan TV3 ), Abdullah Sani ( Wartawan, penulis skrip, penerbit sukan TV3 ) Abang Afifi ( suaranya selalu digunakan dalam pelbagai program TV ) dan paling tak sangka, Nik Maihan Mohammad ( Penyampai berita/sukan TV3)

Bercakap tentang saudara Rizal Hashim pula, bagi aku dia seorang yang sangat peramah, walaupun jarang dapat bersua muka kerana urusan beliau dalam program program seperti Granstand di astro arena dan sebagai pengacara jemputan bagi program EURO 2012 yang sedang berlangsung. Aku pula sibuk dengan Piala Frenz.. fuhhhh banyak yang aku dapat pelajari disini, banyak pengalaman yang aku dapat seolah olah aku sedang menunut di sebuah institusi dalam bidang kewartawanan pula.

Alhamdulillah sekarang baru sahaja selesai 1 program iaitu Kejohanan Piala Frenz 2012 yang berakhir pada 1 julai yang lalu. Kejohanan bolasepak bawah 14 tahun ini ada 9 episod yang ditayangkan laporannya pada setiap hari ahad jam 9 pagi hanya di astro arena 801. Pengacaranya Azura Zainal. Mula mula dahulu setiap malam jumaat aku kena ikut Encik Rahim ke TV3 untuk buat recording compare, tapi semenjak aku ditugaskan untuk membantu bahagaian penulisan skrip dan editing match, banyak masa habis di ofis sajerrrrr... .malam sabtu memang memenatkan selain pergi ke stadium untuk membuat laporan perlawanan aku juga terpaksa bersengkang mata sampai ke subuh, dan kekadang terus insomnia ( hahahahaha ) untuk membantu dan pastikan fakta dan maklumat dalam skrip betul, video editing xde typo.. yelah memalam buta ni mata editor pun dah rabak so kena lah 2,3 orang tolong tengok tengokkan sebelu proses terakhir dan dihantar oleh En Mat Nor ke astro arena sebelum jam 6 setiap sabtu. Pada hari ahad seawal jam 8.30pagi aku dah standby depan tv untuk menyaksikan hasil kerja kami untuk minggu itu.

Bila dah habis program ni, tamatlah kontrak yang dipersetujui so aku bercadang untuk pulang ke kampung jika tiada apa apa job, tapi alhamdulillah walaupun sedikit kecewa sebab tak dapat pergi ke SUKMA yang sedang berlangsung di Kuantan atas masalah teknikal, aku telah ditawarkan sebagai wartawan percubaan selama 2,3 bulan ini mengikut prestai, sebelum aku ditawarkan pula sebagai pekerja tetap di sini.Bila abah dan mak dapat tahu mereka pun merestui, "teruskanlah selagi ada peluang" katanya.

 Apa apa pun terima kasih semua atas peluang ini terutamanya En Rizal Hashim dan En Shauki Kahar serta rakan rakan bersekutu di Silversports yang banyak membantu tak lupa juga En Mat Nor yang banyak berceloteh tentang budaya hidup orang kota dan berkongsi pengalaman tentang selok belok jalan dan ikhtiar hidup sebagai anak kota metropolitan ini serta semua kawan kawan yang telah memberi semangat samada secara langsung atau tertunda.



* Ps: Gambar gambar tak banyak dan kurang menarik utk dikongsikan sebab saya agak pemalu nak bergambar dengan individu individu popular ni, tapi akan diusahakan kelak sebagai saksi..atau anda boleh pergi ke FB saya dan geledah la album R&P siversports hehe =P