Sep 2, 2012

Doa ku..


Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok hari..
Tiada siapa yang tahu melainkan Allah..
Kerana itu adalah keajaiban dalam islam..
Iaitu TAWAKKAL.. ianya membuat kita jadi hebat..
Hati yang penuh penyerahan kepadaNYA pasti lebih indah
Ya Allah dengan rahmatMU aku minta pertolongan
Perbaikilah segala urusanku
Janganlah Engkau serahkan diriku ini
kepada diriku sendiri..
Walaupun sekelip mata..

Sekadar pengisian

Assalamualaikum wbt


15 syawal 1433H - Kita baru sahaja selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, sangat sangat baru yakni belum pun sampai sebulan. Kita juga telah menyambut hari kemenangan 1 syawal atau dengan kata yang lebih mudah difahami Hari Raya Aidilfitri, kemudian 2 hari lepas kita telah menyambut hari kemerdekaan.

Namun setakat mana yang kita faham tentang sambutan sambutan ini dan apa pengisian ang kita perolehi. Hakikatnya umat di negara kita (Malaysia) sangat sinonim dengan bunyi bunyian, nyanyian sebagai satu cara untuk meraikan sesuatu. Sepatutnya bila sambut hari raya kita bertakbir dan bertahmid manakala ketika menyambut hari kemerdekaan kita cuba lihat adakah kita betul betul bebas dan merdeka, cuba faham dan dalami situasi kita dan genersi muda sekarang dengan zaman nenek moyang kita. Bagi aku, tidak mengibarkan bendera bukan bermakna tidak patriotik. Tiada ertinya melaung Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! sedangkan pemikirannku masih dijajah. Ibarat solat tidak baca Fatihah, sudah pasti tidak sah. Zahirnya nampak positif batinnya negatif.

*Tiada guna menulis panjang berjela dan berbunga, cuma ambil isi renung dan muhasabah diri