Jan 30, 2012
Dan bila esok
Maaf aku dah delete entri yg sebelum ni, no idea utk mengarang cerita. Cyg kata cuba buat cerita tentang diri sendiri, tp bila difikirkan balik aku malas nak mengenangkan memori silam, aku nak pandang kehadapan walaupun langkah selalu tersekat sekat, aku redha. Mungkin ujian ini belum sampai kemuncaknya. Hidup memang selalu mesti tabah, dalam gelak tawa seharian kita juga mesti selalu muhasabah diri.Tatkala ada sesuatu yang datang dan kita harus memilih, susahnya membuat pilihan kerana apa yang kita pilih itu menentukan apa yang terjadi esoknya secara logik.
Nov 13, 2011
Argghh.. uhhhh.. ermmm
Dah lebih seminggu rasa bosan tak tau nak tulis/komen/cakap ape... sejak akhir akhir ni lebih banyak diam dari bercakap tapi otak asyik memikirkan sesuatu..sesuatu yg aku tak pasti.. sesuatu yang aku berharap sangat...moga moga dimakbulkan. amiiiin ~
p/s: Kasut sukan dah jahit, mls nk beli baru sayang sgt cz byk kenangan.. minggu depan dah bleh start..
p/s: Kasut sukan dah jahit, mls nk beli baru sayang sgt cz byk kenangan.. minggu depan dah bleh start..
Oct 23, 2011
:)
Hidup ini penuh dengan liku.. tapi Allah maha mengetahui disaat kita merancang Dia mengaturkan perjalanan kita mengikut urutan yang mana lebih perlu. Sebagai manusia normal kita mempunyai keinginan cinta, kerjaya dan keinginan untuk memiliki sesuatu. Kita juga ingin jadi yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan, tapi kadang kadang terasa semua itu mustahil. Cuba lihat diri kita, tanpa melihat orang dan benda benda disebelah kita, di depan kita atau di belakang kita, itulah kita yang sebenarnya. Ramai orang kurang muhasabah diri, menyebabkan mereka tidak boleh hidup tanpa itu semua, padahal apa yang mereka ada dah pun cukup sebenarnya untuk menjadikan mereka gembira (Bersyukurlah). Hari ini mungkin aku kurang berjaya dari segi materialistik, tapi Dia kurniakan aku cinta yang merubah tanggapan aku terhadap cinta. Walaupun aku belum memiliki sepenuhnya tapi jika aku yakin aku pasti akan memiliki. Sekarang aku gembira dengan kehidupan sederhana, dengan kerja yg tidak terlalu membebankan fizikal dan mental, semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)