Apr 20, 2015

Hujan sepi di sudut hati

1 April 2015 yang lalu tatkala warga kota dan seluruh Malaysia bersiap sedia menghadapi satu cabaran baru dalam hidup iaitu GST , aku memulakan langkah kembali ke kotaraya untuk mencari sesuap nasi. Sungguh tidak disangka rezeki datang, walaupun dengan berat hati meninggalkan isteri tercinta jauh di desa namun aku tega untuk meneruskan sisa sisa hidup.

Setiap insan ada ceritanya, ada jatuh bangunnya, yang penting kita redha tanpa rasa dendam dan terus melangkah kerana hidup ini adalah perjuangan. Orang lain boleh katakan apa sahaja kerana gerabak kita tak sama dan melalui liku liku yang berbeza.

Buat isteri ku, semoga kita tabah dalam menghadapi ujian yang maha berat ini. Ingatlah ada insan yang lebih besar dugaannya. Niat kita tetap sama jika berjaya sampai keatas jangan lupa pimpin yang dibawah.

Insyaallah

Ya Allah, berkatilah kami dan keluarga kami pada bulan rejab hingga syaban temukanlah kami pada Ramadhan. Semoga kami terlindung dari sebarang fitnah dunia dan akhirat.

Salam rejab

Dec 16, 2013

Semoga Allah memberkati kami

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, semuanya telah selesai selepas melalui pelbagai dugaan hingga ke saat akhir sebelum bermula acara ijab qabul pada malam jumaat 25 muharam 1435 Hijriah bersamaan 28 november 2013. Bukan senang kahwin ni.. nak pulak jodoh aku dengan orang jauh maka banyaklah juga ragam yang harus aku hadapi. Rasanya tak perlulah diceritakan biar diri dan Allah sahaja yang tahu. Itulah lumrah hidup ini, ujian sentiasa hadir, dipermulaan yang tegang akan berakhir dengan tenang jika kita sentiasa yakin akan bantuan dari Allah.

Ramai juga yang bertanyakan macam mana boleh berkenalan dengan isteri, orang kelantan yang menetap di Sarawak..Nak jawapan pendek ke panjang? Kalau pendek aku jawab Facebook, jawapan panjang Kalau sudah jodoh. Sedikit nak berpesan disini, Rezeki, Jodoh dan Ajal itu semua dah ditentukan oleh Allah. Jika rezeki itu meliputi pelbagai aspek begitu juga jodoh boleh ditentukan Allah dengan pelbagai cara. Ajal juga tiada bezanya. Tiga perkara yang tak dpat lari dalam hidup kita. Kerja keras tak semestinya kaya raya, bercinta tak semestinya memiliki dan hidup beriman tak bermakna mati juga dalam iman tapi kita diberi peluang untuk mencari apa yang kita mahu. Qada' Qadar tetap ditangan Allah SWT dan wajib kita mensyukuri.






PS:- Nukilan terkilan

Nov 13, 2013

Sabar & Solat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi.. " Ya Allah berilah aku kekuatan.." itulah yang doa selalu meniti dibibirku dan dalam hati ku. Ketika ini hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan dan apa yang sedang bermonolog dalam diri ini. Aku sudah tiada daya untuk memikirkan apa cara untuk aku hadapi esok hari. Tapi alhamdulillah " sabar dan solat " Allah tidak pernah menyuruh kita berfikir mencari jalan untuk keluar dari kesukaran tetapi teruskan sabar dan solat.

Inn sha Allah ada jalan nya ~ :,)