Dec 6, 2010

Harimau Oh Harimau..

Melihat aksi longlai skuad negara, mula timbullah cadangan untuk menambah baik dan memantapkan pasukan melalui pendekatan yang dilakukan seperti skuad Singapura dan Filipina. Pelbagai reaksi dari peminat bola sepak tempatan tidak kurang ada yang mendesak supaya mengambil pemain import untuk menyertai skuad negara. Namun lebih baik rasanya jika kita berfikir dengan lebih rasional, akan peluang anak anak tempatan mungkin tertutup disebabkan pengambilan tenaga asing di bidang sukan. Jika di teliti di peringkat liga sewaktu penggunaan tenaga import ramai bakat bakat muda diketepikan kerana gagal mendapat tempat dalam skuad utama. Ini jelas sekali mencantas program pembangunan yang dalam masa yang sama sedang kita bangunkan. Apalah salahnya jika pihak FAM mencari bakat baru yang benar benar berkebolehan bermain bola sepak, dengan cara yang lebih telus tanpa ada pengaruh dari mana mana unsur politik. Kita sedia maklum ada beberapa pelatih pelatih negara sedang berkhidmat dengan kelab kelab divisyen di eropah contohnya Titus james Palani yang bermain di liga divisyen 3 Perancis. Persoalannya mengapakah FAM menutup mata dan bersikap lepas tangan dalam usaha menarik pemain ini beraksi untuk negara. Dari sudut pembangunan bola sepak kita pernah membuat program pencarian bakat seperti Soccer Star dan My Team. Apakah ini belum cukup membukikan bahawa kita masih belum ketandusan bakat? Apa sebenarnya yang bermain difikiran orang orang besar FAM sehingga kebanyakkan bakat bakat tadi hilang begitu sahaja? seperti tiada tindakan susulan, dan akhirnya mengharapkan pemain pemain yang popular sahaja membarisi kesebelasan utama dan apabila berlakunya kecederaan, barulah melatah menggelabah mencari pengganti dan sudahnya kita boleh lihat pada aksi di piala AFF 2010. Walaupun masih ada satu perlawanan menentang Laos tetapi dari persembahan nyata mengecewakan. Tiada lagi kata kata pujian yang menjulang maruah seperti mana yang berkumandang di sukan Asia Ghuangzhou China sebelum itu.

p/s: Kalau nak seribu daya.. :)

No comments:

Post a Comment