Dec 5, 2010

Bila buku bertemu ruas

El classico sekali lagi mencipta sejarah dan kejutan apabila kelab pimmpinan Josep Guardiola iaitu Barcelona menumpaskan musuh tradisi mereka Real Madrid di Nou Camp. Anak anak buah pimpinan Jose Mourinho berputih mata apabila dibelasah 5-0. Real nyata longlai apabila gagal disemua posisi yang turut mencabar kewibawaan Cristiano Ronaldo selaku pemain termahal dunia, sebaliknya nyata berbeza bagi Lionel Messi, penyerang sayap lincah Argentina yang banyak mencorakkan serangan Barca yang membuahkan hasil dengan lima kali Casilas dibolosi. Dalam perlawanan yang agak tegang apabila
insiden Ronaldo gagal mengawal emosi menolak Josep Guardiola di tepi padang kerana mengacah bola lontaran kedalam yang mahu diambil oleh Ronaldo. Jelas sekali pasukan yang rata rata dibarisi pemain termahal untuk edisi Galaticos kali ini seolah olah ketandusan idea untuk membalas serangan ataupun mengekang pihak lawan. Apa lagi yang mampu dikatakan oleh Jose Mourinho selain mengakui sahaja kehebatan Barca yang sebilangannya dibentuk dari Akademi La Masia menguasai permainan dengan corak total football yang diasaskan oleh lagenda bolasepak Belanda yang pernah bermain untuk Barca dan juga sebagai jurulatih. Bagi aku kekecewaan adalah kerana kegagalan Real menyaingi kemantapan barca dan pertarungan sengit yang diharapkan lebih malang perlawanan itu turut dihiasi dengan 12 kad kuning beserta 1 kad merah yang diterima Sergio Ramos pada minit akhir masa tambahan. Ini juga merupakan kekalahan pertama dan aksi terburuk bagi skuad galaticos sehinggakan ramai pemerhati melabelkan Jose Mourinho bukan lagi The Special One sebagai mana gelaran yang diketahui umum sebelum ini. Apa tindakan seterusnya harus bertongkat kepada Jose yang mahu menggilap kembali rekod yang calar pada pertemuan dengan Valencia akan datang dan CR7 pula seharusnya belajar cara merendah diri.



p/s : Pemain termahal dunia perangai macam budak sekolah

1 comment:

  1. ~baca post ni, terbayang kembali game tu depan mata...hihihihihi.....the special one....n the mahal one...hihihihihi.....

    ReplyDelete