Mar 4, 2011

Aku dan padang bola


Ini ialah gambar Kompleks Sukan keningau Sabah, ia di rasmikan oleh Dato seri Anuar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai menteri belia dan sukan Malaysia pada tahun 1981. 3 tahun selepas itu aku dilahirkan ( bukan kat padang ni, di hospital lah ) Aku mula menjejakkan kaki di kompleks sukan ini ketika berusia 7 tahun di mana sukan tahunan sekolah ku di adakan disini. Aku tak pasti tahun bila gambar diatas tapi tak banyak beza ketika aku di Keningau dulu. Petang petang selalu lah jugak abah aku bawak jogging kat sini, cuma malangnya selama aku bersekolah disini aku belom pernah terpilih menjadi atlet, apatah lagi beraksi sebagai pemain bolasepak, cuma sekadar menyeratai perbarisaan je..


Yang keduanye staduim Temerloh, macam macam dah acara aku tonton kat stadium ni selain bolasepak, yang melibatkan Kelab Shahzan Muda, aku pernah menjadi urusetia sempena majlis sambutan hari kebangsaan peringkat negeri pada tahun 2004 kat sini maaf gambar tak dapat nak upload ( akan diusahakan )





Ini atas ni pulak Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang. first time aku menjejakkan kaki disini ialah pada tahun 2005 ketika itu aku sebagai urusetia Sukan Remaja Pahang. Aku berjaya menjejakkan kaki disini pun pada hari terakhir ketika berlangsungnya acara final bolasepak antara Kuantan menentang Pekan. Sebab aku urusetia acara silat yang berlangsung di dewan TUDM batu 10. Asrama pulak ditempatkan di Sekolah Panglima Perang kat Indera Mahkota..sikit punye jauh. Lepas acara ni selesai dan bila aku pun dah habis kontrak dengan Kementerian belia dan sukan so aku tak pernah masuk dah stadium ni walaupun aku study kat kuantan mula tahun 2006 sehinggalah aku dah mula bekerja semula dan duduk di kuantan pada tahun 2008. Masa tu aku datang dengan pakcik aku menonton perlawanan Liga M dimana Pahang selaku tuan rumah di sini, tapi agak jarang jarang la sebab kadang kadang balik kerja match dah habis..

3 comments:

  1. yeaahhh.. kompleks sukan keninngau ada tersenarai.. hek3 ^_^... errkk.. xtau pulak Dr. Seri Anwar Ibrahim yang rasmikan kompleks nih.. heheh

    ReplyDelete
  2. Aku minat bola sejak sebelum lahir lagi tau hehe.. xdela ni info dari bapak aku. Klu nk cite panjang tapi x cukup info lagi nih..

    ReplyDelete
  3. oOoo..aku ingat ko search kat google..hek3.. kiranya ko wat intebiu la ni...hehehe

    ko pasti kah minat bola sejak sebelum lahir..?? hak3... mungkin ko minat guli jak kali.. hahahha

    ReplyDelete