Apr 2, 2011

HERO : Kamen Rider

Kamen rider atau Masked Rider secara keseluruhannya adalah rancangan siri Jepun wira hebat Tokusatsu bermula dengan tahun 1971 siri TV Kamen Rider (仮面ライダー?) karya asal Shotaro Ishinomori. Disebabkan oleh kemahsyuran rancangan tersebut,siri asal telah menghasilkan banyak sri-siri yang seterusnya dan sejak itu manjadi sebahagian legasi siri tersebut.




Zaman Showa
Siri Masked Rider asalnya dimulakan dengan bernama "Masked Hero Project". Siri terbitan Toru Hirayama (平山 亨 Hirayama Tōru?) ini tertunggak hampir lima tahun kerana Hirayama tengah mengusahakan rancangan lain dan mencari pereka watak yang sesuai. Pada tahun 1969, Shotaro Ishinomori yang merupakan seorang tokoh tokusatsu terkenal pada masa itu, dihubungi oleh Hirayama agar manga Skull Man beliau diadaptasi untuk Masked Hero Project. Mula-mulanya projek itu ditolak gara-gara rejected kritikan bahawa kandungannya terlalu ganas bagi slot waktu yang diberi. Setelah kedua-dua mereka mereka semula cerita dan reka bentuk watak, maka terhasilnya rekaan Kamen Rider muktamad yang berbentuk belalang yang dipilih oleh anak lelaki Ishinomori. Maka lukisan itu menjadi Kamen Rider 1, setelah melalui sedikit pengubahsuaian.
Kamen Rider ditayangkan buat julung kali pada April 1971, namun ratingsnya tidak sebagus yang diharapkan dan nyaris ditarik balik daripada penyiaran. Ketika merakam episod 10, Hiroshi Fujioka yang memegang watak Kamen Rider 1, terjatuh dari motosikalnya ketika merakam satu lagak ngeri, terhantuk pada tiang telefon lalu patah kedua-dua kakinya. Oleh itu, Toei melalui banyak cara untuk mengurangkan kehadiran Hongo beransur-ansur sehingga episod 13, apabila Hayato Ichimonji diperkenalkan. Ichimoji menjadi Kamen Rider 2 dan bintang utama rancangan sehingga episod 52. Sekembali beliau pada episod 53, watak Fujioka kembali menjadi watak utama. Sejak itu, kedua-dua Kamen Rider 1 dan 2 muncul dalam setiap sekuel pada separuh awal siri-siri zaman Shōwa. Siri-siri dari April 1971 hingga Januari 1976 juga menyaksikan watak mentor sampingan bernama Tobei Tachibana (立花 藤兵衛Tachibana Tōbei?).
Setelah hilang selama empat tahun, siri ini kembali ke siaran televisyen pada Oktober 1979 selama dua tahun. dalam rancangan baru ini, peranan Tachibana diganti oleh seorang watak yang serupa peranannya bernama Genjiro Tani (谷 源次郎 Tani Genjirō?). Pada tahun 1984, rancangan khas Kamen Rider ZXBirth of the 10th! Kamen Riders All Together!!, menjadi terbitan Hirayama terakhir bagi francais ini.
Kamen Rider Black merupakan siri pertama yang tidak menunjukkan atau membayangkan apa-apa hubungan dengan siri-siri sebelumnya, dan juga siri pertama yang mempunyai sekuel terus, iaitu Kamen Rider Black RX, iaitu asas kepada Masked Rider versi Amerika terbitan Saban. Episod akhir RX menyaksikan kesemua sepuluh Rider sebelumnya kembali untuk membantu Black RX menewaskan musuh, inilah kari terakhir mana-mana Rider dari rancangan sebelumnya muncul dalam siri lain. Kamen Rider Black RX adalah siri terakhir yang diterbitkan pada zaman Shōwa.






Zaman Heisei
Meskipun lenyap dari TV sepanjang 1990-an, francais ini dihidupkan oleh teater pentas, CD muzikal, dan filem-filem ShinZO, dan J. Toei mengumumkan projek terbarunya, Kamen Rider Kuuga, pada Mei 1999. Kuuga merupakan sebahagian kemunculan semula Kamen Rider yang diusahakan Ishinomori pada tahun 1997, sebagai sebahagian rancangan untuk menuju ke ulang tahun ke-30. Bagaimanapun, Ishinomori meninggal dunia sebelum sempat menyaksikan projek-projek ini menjadi kenyataan. Pada musim panas tahun 1999, Kuuga keluar dalam iklan di majalah dan iklan komersial. Pada 30 Januari, Kamen Rider Kuuga mencapai ratings tinggi, disusuli Kamen Rider Agito.
Siri ketiga dalam zaman Heisei ialah Kamen Rider Ryuki. Dengan menampilkan konsep 13 orang Rider, Ryuki menyimpang sedikit daripada siri-siri sebelumnya, dan ratingsnya tidak setinggi yang diharapkan.Templat:Or Siri ini dan seluruh francais ini dibantu oleh jualan mainan Kamen Rider Ryuki. Siri seterusnya, Kamen Rider 555 (disebut Faiz), menikmati jualan mainan yangh tinggi meskipun ratingsnya kurang sedikit berbanding Ryuki.
Siri kelima dan keenam dibelenggui masalah di sebalik tabir. Kamen Rider Blade menjadi siri Kamen Rider yang kedua terendah ratingsnya dan juga mengalami jualan mainan yang mengecewakan. Dalam siri ini, para Rider bertukar menggunakan Kad Undead untuk menangkap lebih lagi kuasa Undead dan meningkatkan kuasa mereka kepada pelbagai bentuk. Sepanjang pembikinan siri ini, penulis utama dan pengarah dipecat untuk membolehkan orang-orang lama francais ini untuk kembali sebagai penulis utama. Templat:Or Siri keenamKamen Rider Hibiki menjafi salah sebuah siri yang paling kontroversi dalam sejarah francais. Hibiki memperkenalkan tema-tema baru dan wajah berlainan, dan berjaya menamatkan kemarau ratings sejak Agito, namun jualan mainannya agak sedikit. Seperti yang dialami Blade, pasukan pengarah dan penulis baru dibawa masuk pada pertengahan siri.
Pada tahun 2005, Kamen Rider The First diterbit selaku pembikinan semula kedua-dua manga dan siri TV asal. Pelbagai watak dari siri asal diubah suai cerita mereka agar sesuai dengan panjang filem. Masaya Kikawada melakonkan watak Takeshi Hongo/Kamen Rider 1 manakala Hassei Takano (dahulunya Miyuki Tezuka/Kamen Rider Raia dalam Ryuki) menjadiHayato Ichimonji/Kamen Rider 2.
Pada tahun 2006, Kamen Rider Kabuto, siri ketujuh, menyambut ulang tahun ke-35 francais dan merupakan rancangan pertama dalam zaman Heisei yang menggunakan serangan "Rider Kick". Siri ini mengembalikan kebanyakan kelaziman estetik legasi Kamen Rider dengan reka bentuk berteraskan serangga. Kamen Rider Kabuto merupakan antara siri Masked Rider zaman Heisei yang paling berjaya.
Tahun 2007 membawa Kamen Rider Den-O menjadi siri kelapan francais era heisei, buat pertama kalinya mengisahkan kamen rider yang mempunyai perwatakan lucu, pelik dan tidak pasti dengan dirinya sendiri. Siri ini mennyaksikan Kamen rider Den-O menggunakan kenderaan yang besar, Den-Liner sejenis keretapi peluru yang boleh merentas masa. Siri ini hanya mempunyai 2 rider; Den-O dan Zeronos, tetapi boleh berubah rupa seperti RX, Kuuga, Agito dan Rider-rider lain sebelumnya yang menggunakan trend yang sama.
Siri 2009 Kamen Rider Decade diwujudkan sebagai siri ulang tahun kesepuluh Kamen Rider Heisei. Untuk meraikan penanda aras ini, penyanyi Jepun Gackt terlibat dalam menyanyikan lagu pembukaannya iaitu "Journey through the Decade", dan lagu tema filemnya iaitu "The Next Decade". Siri Decade hanya disiarkan sebanyak 31 episod.
Iklan sepanjang bulan Mei, Jun, dan Julai 2009 membawa kepada pengenalan Kamen Rider Double, yang mula muncul semasa acara Projek Ulang Tahun ke-10 MASKED RIDER LIVE & SHOW, serta turut ditampilkan dalam Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker. Double merupakan Kamen Rider pertama yang memerlukan dua orang untuk bertukar. Siri tersebut mula disiarkan pada 6 September 2009. Diteruskan pada tahun 2010 dengan Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie War 2010Double disiarkan selama setahun bermula September sehingga September tahun berikutnya, dan bulan lagi dari Januari hingga Januari tahun berikutnya.






P/s : Aku paling suka Kamen Rider Black lakonan Tetsuo Kurata sbg Kotarou Minami a.k.a Kamen Rider Black

No comments:

Post a Comment