Mar 5, 2012

Sayonara: Kegelojohan dan keegoan

Rasanya dah cukup lama aku bersabar dengan karenah bola sepak BPL lebih lebih lagi virus yang merebak ke dalam pasukan kesayangan aku Chelsea. Bukan sebab Chelsea tak kuat, tapi nilai intergriti setiap individu yang bernaung di bawah nama Chelsea Football Club itu semakin rendah. Aku bukan seorang pakar analisis bola sepak tapi untuk tempoh 14 tahun itu sudah cukup lama aku mengenali pasukan ini. Hari ini Chelsea tidak lagi dihormati seperti era Gianluca Vialli dan Zola, Poyet, Dennis Wise, Ed de Goej, Tore A Flo, Petrescu, Roberto Matteo, Deschamps, Desailly, Lebeouf, Chris Sutton, Babayaro, Le saux, Melchiot seperti sekitar 1997 - 2003. Semua nya gara gara Si taikun minyak yang gelojoh. Sungguhpun berkembang dibawah kendalian Jose Mourinho dan berjaya mendapatkan pemain pemain yang hebat seperti Drogba, Lampard, Ballack, Deco dan lain lain Chelsea mula mencuri tumpuan peminat peminat baru sekitar 2004. Namun tiada siapa menyangka inilah detik yang sangat menyakitkan hari ini biarpun The Special One membuktikan beliau berjaya memenangi perlawanan bersama musuh ketat seperti Man.Utd dan Liverpool serta Derby bersama Arsenal dan Spurs dan menakluki Liga Inggeris namun sikap Si Gelojoh ini akhirnya menyebabkan Mourinho terpaksa mengangkat kaki. Seorang demi seorang individu baik pemain mahupun pengurus terpaksa akur akan kuasa manusia yang gelojoh ini. Akhirnya pada 4 hb Mac 2012 genaplah pengurus kelapan dalam tempoh lapan tahun dipecat oleh Si Gelojoh. Sesuatu yang agak mengejutkan cuma bertahan 8 bulan.. sedangkan Bruce Buck pernah mengeluarkan kenyataan bahawa AVB bakal berada sekurang kurangnya 15 tahun di Stamford Bridge hasil pelaburan yang tinggi dan sekaligus memecah rekod pembelian termahal sama seperti Torres. Dalam pada itu ramai juga dikalangan supporter yang menyokong pemecatan AVB kerana mereka tidak sanggup melihat kekalahan demi kekalahan yang di hadapi, bagi mereka AVB tidak bagus namun mereka lupa bahawa apa yang lebih penting ialah persepakatan dalam sesebuah pertubuhan untuk jangkamasa panjang. Chelsea menjadi celaru, ini semua berlaku di tambah rasa tidak puas hati dikalangan pemain pemain senior yang bakal dianggap lagenda kelab suatu hari nanti. Mereka tiada rasa hormat terhadap AVB mungkin kerana faktor umur, namun apa yang dibangkitkan ialah kelemahan taktikal AVB. Bagaimana seorang pengurus mahu berjaya jika pemain gagal mengadaptasi taktik, aku selalu tertanya tanya taktikal kurang berkesan atau sebenarnya pemain yang gagal berfungsi seperti yang diharapkan.? Pada pemerhatian aku, kebanyakkan pemain tidak mempunyai sikap yang positif dalam permainan dan tidak mempunyai skil yang boleh menjadi kekuatan individu. Beberapa pemain mudah di ayam ayamkan oleh pihak lawan, mentaliti yang rendah, berlagak, ego, sombong, tamak antara punca utama, Apabila AVB tidak menyenaraikan mereka dalam kesebelasan utama mereka memberontak dan mengeluarkan statement yang menjatuhkan AVB dan mempengaruhi pihak pengurusan dan menyebabkan Si Gelojoh mula menggaru garu kepala memikirkan wang nya untuk membeli kejayaan dengan mudah. Mengapa begini sekali yang berlaku di kem Chelsea? Aku rasa cukuplah sampai disini luahan seorang peminat, mungkin aku sudah boleh berkira kira untuk tidak lagi menyokong kelab ini sebagai yang utama, biarpun sayang tetapi rasanya terlalu banyak yang masih belum terjawab dalam pentadbiran Si Gelojoh dan krisis pemecatan setiap manager sebelum ini dan penjualan pemain berpotensi seperti Robben, Diarra, Parker dan Mancienne turut menjadi tanda tanya ialah isu pembelian yang tak berbaloi seperti Sheva dan Torres dan yang paling tak masuk akal ialah penyingkiran lagenda Stamford Bridge era 70an Ray Wilkins. Itu belum bercakap mengenai bintang bintang remaja yang tidak diberi peluang beraksi dalam skuad utama gara gara tiada sokongan pemain senior akhirnya membawa diri dan menjadi nadi kekuatan pasukan baru mereka seperti Fabio Borini di AS Roma.




** Menggamit memori kehebatan Gianluca Vialli, kelincahan Zola dan Arjen Robben

No comments:

Post a Comment