Jul 3, 2013

Kiyoshi kembali

Bidang kewartawanan memang cukup membuatkan rutin harian aku sedikit terganggu, lebih lebih lagi melibatkan bidang penyiaran. Ia cukup berbeza dengan wartawan penulisan akhbar dan majalah. Selepas setahun sebulan 10 hari aku di Silversports ini, maka bersawanglah blog kiyoshi, sepi tanpa intipati terkini untuk dikongsi. Bukan tiada tetapi aku lebih berasa senang untuk hanya menulis di laman sosial Facebook dengan gaya ringkas dan padat. In sha Allah pada bulan Ramadhan yang mulia ini syarikat memberikan cuti selama sebulan memandangkan tiada liputan berkaian sukan yang menjadi komitmen pasukan kami. Jika ada kelapangan yang diberikan mungin aku akan kembali berkarya disini. Penulisan sukan dan sastera sangat jauh berbeza kerana sukan bermain dengan fakta manakala idea kiyoshi ini sebenarnya lebih kepada pengolahan ayat yang lebih puitis dan kreatif. Walaupun beberapa entri sebelum ini turut menjurus kepada fakta sukan akan tetapi aku berharap dapat menyusun idea untuk menulis sebuah cerita pendek atau cerpen mengenai sesuatu yang menarik tentang kehidupan.

1 comment:

  1. cerita pendek tentang sebuah kehidupan.. meranik bunyi nya.. ^_^ will wait..:)

    ReplyDelete