Bulan Januari sudah berlalu.. lama tak up-date blog ni atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan. Apa lagi idea dan mood untuk mengarang pun takde.. Percutian ke Langkawi 13 hb Disember 2010 menjadi ingatan untuk kami sekeluarga apabila abah tiba tiba jatuh sakit. Sehari sebelum aku dan 2 adik lelaki telah sampai ke Jeti Kuala Perlis, kami disambut adik perempuanku yang memang berkerja di Perlis bersama adik angkatku. jam menunjukkan pukul 8 pagi Ahad bersamaan 12hb Disember 2010. Feri bertolak menuju ke jeti Langkawi perjalanan memakan masa lebih kurang 1 1/2 Jam, inilah kali pertama aku menaiki feri cuaca yang agak mendung ditambah pula penghawadingin yang kuat memang menggigil aku dibuatnya. Sampai sahaja di Jeti Langkawi kami terus mencari ''pot'' untuk meletakkan beg dan mengisi perut yang lapar "giler".. KFC la apa lagi hahaha... kemudian kami berjalan menuju ke dataran helang. di situ semua pakat pakat jadi model, dah macam sakai pun ade..ekeke.. tak pe lah, bukn selalu lagi pun aku jarang dapt jumpa dengan adik perempuan ku. ebih kurang jam 12 kmi balik mengambil bag dan menyewa teksi (van) untuk ke hotel yng telah di tempah. ( Hotel bajet je.. sebab bajet dah lari untuk aktiviti lain :p ) Malam tu kami ronda pekan Kuah, kedai coklat jadi sasaran. Peh, memang murah habis la RM30 untuk coklat je. Pagi esoknya, selepas subuh adik cuba menghubungi mak tapi tiada jawapan. Sejam kemudian mak menghantar sms mengatakan mereka berda di hospital Alor Setar, aku yang masih mamai lantas bangun, terkejut tak kira lah. Bila dapat tahu abah kena tahan di wad kecemasan sebab darah tinggi dan disahkan strok sebelah badan (kanan). Kami cancel semua aktiviti yang telah pun di rencanakan pada hari itu. kereta sewa yang bakal digunakan untuk traveling kami hari itu menjadi kenderaan untuk menghantar kami ke jeti segera mungkin. Resah, gelisah semuanya hanya mampu berdiam diri. Lebih kurang jam 2 Petang barulah kami sampai ke Hospital Sultanh Bahiyah Alor Setar. Seminggu disana, masing masing bergilir menjaga abah. Tiada lagi bola.. Piala AFF suzuki yang sudah sampai kemuncaknya hanya mampu ditonton dengan hati yang resah. Kemenangan keatas Vietnam 3-0 bagi pusingan pertama tidak begitu terasa. Abah lebih penting dlm situasi sekarang. sebaik dibenarkan pulng, kami dibawa oleh Cikgu Hamzan Chin bekas rakan sejawatan abah semasa di SMK SFX. Beliau yang kini menetap di Pendang sudi menghantar kami pulng ke kmpung mak di Pengkalan Hulu Perak. Selama seminggu pula kami di sana, mujurlh sepupu ada kenalan yang pandai mengurut penyakit strok. Alhamdulillah abah sedikit pulih. Sekembali ke kmi ke rumah aku mengambil tugas menjaga abah dan kerja kerja rumah memandangkan adik2 terpaksa kembali ke universiti, mak pula bekerja sebagai guru sekolah rendah, dan kini hampir 2 bulan abah sudah boleh berjalan, dan sudah pun masuk bekerja walaupun belum cukup kuat dan perlu dibantu untuk memakai pakaian dan beberapa perkara lagi. Mujurlah abah hanya berdepan dengn kertas dan fail2 sahaja dan tugas penyeliaan juga boleh dibantu oleh rakan rakan pejabatnya. Aku kini boleh berkira-kira untnk mencari kerja part-time
- setiap yang berlaku itu ada hikmah nya - =)
Feb 3, 2011
Dec 6, 2010
Harimau Oh Harimau..
Melihat aksi longlai skuad negara, mula timbullah cadangan untuk menambah baik dan memantapkan pasukan melalui pendekatan yang dilakukan seperti skuad Singapura dan Filipina. Pelbagai reaksi dari peminat bola sepak tempatan tidak kurang ada yang mendesak supaya mengambil pemain import untuk menyertai skuad negara. Namun lebih baik rasanya jika kita berfikir dengan lebih rasional, akan peluang anak anak tempatan mungkin tertutup disebabkan pengambilan tenaga asing di bidang sukan. Jika di teliti di peringkat liga sewaktu penggunaan tenaga import ramai bakat bakat muda diketepikan kerana gagal mendapat tempat dalam skuad utama. Ini jelas sekali mencantas program pembangunan yang dalam masa yang sama sedang kita bangunkan. Apalah salahnya jika pihak FAM mencari bakat baru yang benar benar berkebolehan bermain bola sepak, dengan cara yang lebih telus tanpa ada pengaruh dari mana mana unsur politik. Kita sedia maklum ada beberapa pelatih pelatih negara sedang berkhidmat dengan kelab kelab divisyen di eropah contohnya Titus james Palani yang bermain di liga divisyen 3 Perancis. Persoalannya mengapakah FAM menutup mata dan bersikap lepas tangan dalam usaha menarik pemain ini beraksi untuk negara. Dari sudut pembangunan bola sepak kita pernah membuat program pencarian bakat seperti Soccer Star dan My Team. Apakah ini belum cukup membukikan bahawa kita masih belum ketandusan bakat? Apa sebenarnya yang bermain difikiran orang orang besar FAM sehingga kebanyakkan bakat bakat tadi hilang begitu sahaja? seperti tiada tindakan susulan, dan akhirnya mengharapkan pemain pemain yang popular sahaja membarisi kesebelasan utama dan apabila berlakunya kecederaan, barulah melatah menggelabah mencari pengganti dan sudahnya kita boleh lihat pada aksi di piala AFF 2010. Walaupun masih ada satu perlawanan menentang Laos tetapi dari persembahan nyata mengecewakan. Tiada lagi kata kata pujian yang menjulang maruah seperti mana yang berkumandang di sukan Asia Ghuangzhou China sebelum itu.
p/s: Kalau nak seribu daya.. :)
p/s: Kalau nak seribu daya.. :)
Dec 5, 2010
Taring tak cukup tajam, gading tak cukup panjang
malaysia sekadar seri tanpa jaringan menetang thailand dalam Piala AFF baru baru ini. Biarpuon rombakan dibuat besar besaran melibatkan bahagian benteng namun masih jelas Harimau Malaya kekurangan idea untuk mengasak pertahanan Gajah Putih. Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia lebih banyak bertahan menyerap asakan penyerang Thailand yang diketuai Sorayot Sutee. Thailand yang dibimbing bekas midfilder England Bryan Robson meletakkan sasaran 3 mata dalam pertemuan itu. Secara peribadi pada mengamatan aku melihat Malaysia memberikan sedikit peningkatan dengan memperkemaskan hantaran dan kawalan bola namun dari sudut jentera serangan masih tumpul kerana banyak mensia siakan beberapa peluang lebih lebih lagi pada 20 minit terakhir masa kedua. Kelihatan jentera serangan kurang bersedia menerima hantaran dari sebelah kanan yang direncanakan oleh Shahrul Idlan Talaha setelah beberapa kali berjaya memperdaya pertahanan Thailand.
p/s: Tak garang macam Harimau pun
p/s: Tak garang macam Harimau pun
Subscribe to:
Posts (Atom)