Feb 13, 2011

Minggu lepas adalah minggu yang suram buat seorang peminat " The Blues ", semuanya gara-gara kekalahan tipis 1-0 kepada Liverpool. Walau apa corak yang diterapkan oleh King Kenny aku tetap tidak dapat menerima aksi buruk yang dipamerkan malah kekecewaan melihat John Obi Mikel diletakkan sebagai first line-up bergandingan dengan Essien dan Lampard di bahagian tengah. Ramai yang mengatakan punca kekalahan adaah di sebabkan sedikit salah fahan antara Cech dan Ivan, begitu juga faktor kurang keserasian antara Drogba dan Torres yang mendapatkan debut pertamanya bersama Chelsea. Bengap!! ZERO Idea!! & ZERO Tactical!! itu je aku nak kata kepada penngendali Chelsea Carlo Anceloti. Kenapa mesti menurunkan pemain yang under perform sedangkan Chelsea amat memerlukan 3 mata di Stamford Bridge?? Mikel & Drogba sepatutnya direhatkan je dalam match tu.. sebaliknya Malouda & McEachran atau Ramires sepatutnya beraksi.. Awal pagi selasa ni pertemuan setempat dengan Fulham bakal menetukan kedudukan Blues dalam kelayakan UCL tahun depan..Harap format yang lebih baik digunakan Don Carlo

p/s: Kalau aku jadi manager.. 50 Juta tu aku rebuild balik kelab kesayangan aku.. KTBFFH!

Feb 5, 2011

31 Januari 2011.. Transfer window dah nak tutup dalam beberapa jam lagi, tapi Chelsea masih belum mendapatkan seorang pun pemain. Aku masih menunggu, berita terhangat ialah Fernando Torres. Namun tetapan harga 50 juta pound itu mcm tak masuk akal. Seharian bersembang dengan rakan rakan Fan Chelsea di laman sosial Facebook dan macam macam rumours yang keluar.. sehinggalah jam 2 pagi aku dah tak larat nak tunggu. Penantian suatu penyiksaan! ahh.. tidur lah. Esok pagi selepas subuh terus aku menghadap laptop cari berita Official site Chelsea tapi tiada pengeshan tentang jual beli pemian, Kemudian aku buka facebook pulak.. 10 minit kemudian "Fernando Torresld confirm transfer to Chelsea with 50millions pound"  Huh! memang giler gembira sangat tapi agak tak berapa setuju dengan harga yang diletakkan Liverpool itu. Seterusnya, "David Luiz confirm transfer to chelsea" satu lagi status salah seorang rakan fan Chelsea. Sungguh tak ku sangka Chelsea berjaya mendapatkan David Luiz. Hmm mungkin ramai yang tak kenal, pemain pertahanan Benfica berusia 23 tahun ini telah memperolehi caps seterusnya bersama skuad senior Brasil dan bakal menentang Perancis 9 Februari ini setelah beraksi cemerlang ketika menentang Argentina sebelum ini. Cuma apa yang mencacatkan ialah fan The Reds yang tak pus hati dengan penghijrahan Torres ke Stamford Bridge sehingga membakar repilka jersi no 9 yang tertera nama Torres, tak kurang kata kata kesat yang dilemparkan seolah olah lupa jasa bakti Torres di Anfield sejak 2003 apabila dibeli dari Atletico Madrid ketik berusia 19 tahun..

P/s : Menantikan gandingan mantap Tito+El nino+Anelka

Feb 3, 2011

Hidup umpama bola.. bola itu sfera

Bulan Januari sudah berlalu.. lama tak up-date blog ni atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan. Apa lagi idea dan mood untuk mengarang pun takde.. Percutian ke Langkawi 13 hb Disember 2010 menjadi ingatan untuk kami sekeluarga apabila abah tiba tiba jatuh sakit. Sehari sebelum aku dan 2 adik lelaki telah sampai ke Jeti Kuala Perlis, kami disambut adik perempuanku yang memang berkerja di Perlis bersama adik angkatku. jam menunjukkan pukul 8 pagi Ahad bersamaan 12hb Disember 2010. Feri bertolak menuju ke jeti Langkawi perjalanan memakan masa lebih kurang 1 1/2 Jam, inilah kali pertama aku menaiki feri cuaca yang agak mendung ditambah pula penghawadingin yang kuat memang menggigil aku dibuatnya. Sampai sahaja di Jeti Langkawi kami terus mencari ''pot'' untuk meletakkan beg dan mengisi perut yang lapar "giler".. KFC la apa lagi hahaha... kemudian kami berjalan menuju ke dataran helang. di situ semua pakat pakat jadi model, dah macam sakai pun ade..ekeke.. tak pe lah, bukn selalu lagi pun aku jarang dapt jumpa dengan adik perempuan ku. ebih kurang jam 12 kmi balik mengambil bag dan menyewa teksi (van) untuk ke hotel yng telah di tempah. ( Hotel bajet je.. sebab bajet dah lari untuk aktiviti lain :p ) Malam tu kami ronda pekan Kuah, kedai coklat jadi sasaran. Peh, memang murah habis la RM30 untuk coklat je. Pagi esoknya, selepas subuh adik cuba menghubungi mak tapi tiada jawapan. Sejam kemudian mak menghantar sms mengatakan mereka berda di hospital Alor Setar, aku yang masih mamai lantas bangun, terkejut tak kira lah. Bila dapat tahu abah kena tahan di wad kecemasan sebab darah tinggi dan disahkan strok sebelah badan (kanan). Kami cancel semua aktiviti yang telah pun di rencanakan pada hari itu. kereta sewa yang bakal digunakan untuk traveling kami hari itu menjadi kenderaan untuk menghantar kami ke jeti segera mungkin. Resah, gelisah semuanya hanya mampu berdiam diri. Lebih kurang jam 2 Petang barulah kami sampai ke Hospital Sultanh Bahiyah Alor Setar. Seminggu disana, masing masing bergilir menjaga abah. Tiada lagi bola.. Piala AFF suzuki yang sudah sampai kemuncaknya hanya mampu ditonton dengan hati yang resah. Kemenangan keatas Vietnam 3-0 bagi pusingan pertama tidak begitu terasa. Abah lebih penting dlm situasi sekarang. sebaik dibenarkan pulng, kami dibawa oleh Cikgu Hamzan Chin bekas rakan sejawatan abah semasa di SMK SFX. Beliau yang kini menetap di Pendang sudi menghantar kami pulng ke kmpung mak di Pengkalan Hulu Perak. Selama seminggu pula kami di sana, mujurlh sepupu ada kenalan yang pandai mengurut penyakit strok. Alhamdulillah abah sedikit pulih. Sekembali ke kmi ke rumah aku mengambil tugas menjaga abah dan kerja kerja rumah memandangkan adik2 terpaksa kembali ke universiti, mak pula bekerja sebagai guru sekolah rendah, dan kini hampir 2 bulan abah sudah boleh berjalan, dan sudah pun masuk bekerja walaupun belum cukup kuat dan perlu dibantu untuk memakai pakaian dan beberapa perkara lagi. Mujurlah abah hanya berdepan dengn kertas dan fail2 sahaja dan tugas penyeliaan juga boleh dibantu oleh rakan rakan pejabatnya. Aku kini boleh berkira-kira untnk mencari kerja part-time

- setiap yang berlaku itu ada hikmah nya -  =)