Mar 4, 2011
Aku dan padang bola
Ini ialah gambar Kompleks Sukan keningau Sabah, ia di rasmikan oleh Dato seri Anuar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai menteri belia dan sukan Malaysia pada tahun 1981. 3 tahun selepas itu aku dilahirkan ( bukan kat padang ni, di hospital lah ) Aku mula menjejakkan kaki di kompleks sukan ini ketika berusia 7 tahun di mana sukan tahunan sekolah ku di adakan disini. Aku tak pasti tahun bila gambar diatas tapi tak banyak beza ketika aku di Keningau dulu. Petang petang selalu lah jugak abah aku bawak jogging kat sini, cuma malangnya selama aku bersekolah disini aku belom pernah terpilih menjadi atlet, apatah lagi beraksi sebagai pemain bolasepak, cuma sekadar menyeratai perbarisaan je..
Yang keduanye staduim Temerloh, macam macam dah acara aku tonton kat stadium ni selain bolasepak, yang melibatkan Kelab Shahzan Muda, aku pernah menjadi urusetia sempena majlis sambutan hari kebangsaan peringkat negeri pada tahun 2004 kat sini maaf gambar tak dapat nak upload ( akan diusahakan )
Ini atas ni pulak Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang. first time aku menjejakkan kaki disini ialah pada tahun 2005 ketika itu aku sebagai urusetia Sukan Remaja Pahang. Aku berjaya menjejakkan kaki disini pun pada hari terakhir ketika berlangsungnya acara final bolasepak antara Kuantan menentang Pekan. Sebab aku urusetia acara silat yang berlangsung di dewan TUDM batu 10. Asrama pulak ditempatkan di Sekolah Panglima Perang kat Indera Mahkota..sikit punye jauh. Lepas acara ni selesai dan bila aku pun dah habis kontrak dengan Kementerian belia dan sukan so aku tak pernah masuk dah stadium ni walaupun aku study kat kuantan mula tahun 2006 sehinggalah aku dah mula bekerja semula dan duduk di kuantan pada tahun 2008. Masa tu aku datang dengan pakcik aku menonton perlawanan Liga M dimana Pahang selaku tuan rumah di sini, tapi agak jarang jarang la sebab kadang kadang balik kerja match dah habis..
Dok pikir pikir..
Sebelum ni aku letak tajuk blog jersi no 7 sebab lebih berkisar tentang bola.. kemudian aku bertukar keada teropong ajaib dan samai hari ini tajuk blog ini aku rasa kurang sesuai dan kurang so aku pakai nama aku Muzri sebagai tajuk blog buat sementara waktu, sehimggalah aku mendapat satu nama yang lebih sempoi dan kira ok lah...
Mar 2, 2011
Resam si Setan Merah
Pertemuan seteru utama BPL awal pagi tadi memang sangat memberi makna, kemenangan CHELSEA 2-1 keatas Man U memang merobek segala keegoan dan boleh diibaratkan meludah kelangit bagi Sir Alex Ferguson.. Ini semua gara gara kes Wayne Rooney iaItu pemain kebanggaan Red Devil dan Three Lions menyiku pemain Wigan dalam pertemuan sabtu lepas. Rooney masih bernasib baik kerana tidak digantung perlawanan menentang Chelsea gara gara tindakannya itu. Paling membuatkan tekak ku loya apabila Ferguson memberi komen tentang tindakan Rooney yang berbunyi " ITU ADALAH CABARAN BIASA DALAM BOLASEPAK DAN BOLASEPAK ITU MERUPAKAN SUKAN FIZIKAL" namun berlainan pula dengan ulasan si tua tu pagi tadi apabila mengatakan " IA MUSTAHIL APABILA PENGADIL IDAK MELAYANGKAN KAD KUNING KEDUA KEPADA DAVI LUIZ ATAS CABARAN KEPADA ROONEY" - LOL
p/s: Heran dengan sikap segelintir penyokong tegar SETAN MERAH yang turut mengikut perangai SI TUA
p/s: Heran dengan sikap segelintir penyokong tegar SETAN MERAH yang turut mengikut perangai SI TUA
Subscribe to:
Posts (Atom)
