Apr 7, 2013

Bertenang dan kenal diri

Assalamualaikum

Hari ini ahad, aku duduk seorang diri di pejabat, berkemas kemas meja yang berselerak dengan puntung dan habuk rokok para perokok tegar malam tadi. Sambil itu memang rutin aku on9 FB & layan lagu kat you tube.. terasa pulak nak update blog ni. Hari ni rasa tenang sedikit, fikiran x berkecamuk dengan deal..skrip dan sebarang tugas yang kebiasaan aku buat. Krew pertama dah ke stadium bukit jalil shooting untuk Anugerah Sukan Negara.. Tugas aku esok buat confirmation dengan s/u bekas orang kuat dalam arena bola sepak negara, memandangkan beliau tak berapa sihat dan kemungkinan tak berpeluang bertentang mata dengan beliau..tak pelah..

Sambil membelek belek untuk persiapan schedule minggu depan.. aku terbaca artikel berkenaan isu semasa di FB yang agak memeranjatkan, menakutkan dan timbulnya tanda tanya mengapa perlu melakukan sedemikian rupa ?


PS: Manusia sering terlepas pandang perkara yang penting dalam hidup ini. Selalulah bermuhasabah diri..
       Jom Solat..

Mar 23, 2013

Kenangan semalam

Pada 2 Mac 2013 yang lalu aku berkesempatan menonton filem Rock Oo.. Dua hari sebelum itu aku dah usya tiket jam 9 namun dah sold out, mujur lah hari tu ada so aku pegi diteman kan rakan sekerja tobek n kazen nya bidi..


Cerita ni memang best, bagi sesiapa yang berjiwa rock macam aku.. aku boleh bagi 4 bintang untuk filem ni. Tambahan pula aku sudah pun menonton filem pertama tersebut.. Apa yang bestnye persekitaran pengambaran dilakukan dalam keadaan setup yang betul betul klasik era zaman 80-90 an

Tiada yang bohong melainkan benar benar belaka meskipun aku belum baligh lagi zaman tu tapi aura rock kangkang yang cuba disampaikan meresap ke dalam sanubari ku.. fuhhhh

Mungkin sesetengah penonton tertarik denag gaya kelakar yang disampaikan pelakon tetapi tidk pada aku..

Tetiba aku teringat kat " Virus Pumpkin " walaupun genre nya agak terkeluar dari pegangan rock sejati tapi aku takkan sesekali lupakan kenangan bersama. Bob Roti, Hery macha, Apek, dan Allahyarham Latip (ALFatihah)

Sayangnya kenangan itu cuma terselit dihati dan minda, terakam di bijik mata


P/S : Ia datang...dekat dan dekat..tapi masih jauh

Mar 18, 2013

Terlajak perahu boleh undur

Assalamualaikum. Ok hari tu aku tersilap kata, kata yang datang dari perasaan bercampur bisikan syaitan.. lemah sungguh aku. Kenapalah aku boleh melontarkan soalan yang tak sepatutnya itu... mana pergi pertimbangan minda ku.. apakah aku terdesak.. kurang sabar atau bagaimana..

Apa pun aku tidak pernah meletakkan isu itu sebagai punca..