Jul 7, 2013

Sejauh mana artis berkarya.. sebenarnya...

Jika zaman dahulu pengubah lirik dan lagu mencipta lagu berdasarkan pengamatan terhadap sesuatu dan dikaitkan dengan sesuatu lebih lebih lagi jika puisi berunsurkan cinta. Selalunya ia ditujukan kepada dua perkara yang berbeza membuatkan lirik dan bait bait itu menjadi evergreen sehingga sekarang. Pernah terdengar satu ceramah tapi dah lupa siapa penyampainya, dimana beliau mengatakan bahawa Allahyarham P Ramlee menyanyikan lagu bukan dengan gaya tersendiri akan tetapi ianya merupakan daripada lagu lagu Al Quran yang mempunyai pelbagai bentuk. Sebab itu lagu beliau sehingga sekarang tetap malar segar, akan tetapi penyanyi zaman sekarang yang cuba membawa dengan cara sendiri tanpa sedar telah merosakkan irama itu sendiri. Pada hakikatnya juga mereka tidak mampu mendendangkan sebaik P Ramlee apatah lagi dengan penciptaan lirik yang langsung tidak mengangkat bahasa ibunda kita.

Di sini adalah sebuah lirik lagu kekasih yang dicipta oleh kopratasa


Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidur mu
Akan ku tenun awan-gemawan
Menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malam mu
Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluhi rindu
Akan ku rebahkan matahari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madu mu
Kekasih Hitunglah mimpi Yang membunuh realiti
Dari syurga ilusi. - kekasih

Jul 3, 2013

Kiyoshi kembali

Bidang kewartawanan memang cukup membuatkan rutin harian aku sedikit terganggu, lebih lebih lagi melibatkan bidang penyiaran. Ia cukup berbeza dengan wartawan penulisan akhbar dan majalah. Selepas setahun sebulan 10 hari aku di Silversports ini, maka bersawanglah blog kiyoshi, sepi tanpa intipati terkini untuk dikongsi. Bukan tiada tetapi aku lebih berasa senang untuk hanya menulis di laman sosial Facebook dengan gaya ringkas dan padat. In sha Allah pada bulan Ramadhan yang mulia ini syarikat memberikan cuti selama sebulan memandangkan tiada liputan berkaian sukan yang menjadi komitmen pasukan kami. Jika ada kelapangan yang diberikan mungin aku akan kembali berkarya disini. Penulisan sukan dan sastera sangat jauh berbeza kerana sukan bermain dengan fakta manakala idea kiyoshi ini sebenarnya lebih kepada pengolahan ayat yang lebih puitis dan kreatif. Walaupun beberapa entri sebelum ini turut menjurus kepada fakta sukan akan tetapi aku berharap dapat menyusun idea untuk menulis sebuah cerita pendek atau cerpen mengenai sesuatu yang menarik tentang kehidupan.

Apr 29, 2013

Prooootttttt!!!!!!!! nah amik nak..

Menarik minggu lalu ketika membuat liputan Liga bola sepak IPT di Unisel..

Bertolak dari opis sekitar jam 3 petang bersama camera man dan seorang budak praktikal, menghala ke bistari jaya atau dahulunya dikenali sebagai batang berjuntai tapi mungkin mahu nama tu lebih enak dia orang tukar.. Ok straight ke ceritanya sebaik je sampai hujan agak lebat kami pun berlari memikul tripod dan barang barang kamera yang lain mencari tempat.Nampaknya penyokung tak berapa ramai sebelah kanan Pasukan Kolej Komuniti Pahang sebelah kiri tuan rumah Unisel.

Sebaik sahaja wisel ditiupkan aksi pun bermula, Unisel mengatur gerak menyerang kubu KK Pahang begitu lah sebaliknya dengan beberapa percubaan tersasar dan ditepis penjaga gol masing masing. Namun sebaik sahaja memasuki minit ke 35 penyerang KKP berjaya menjaringkan gol hasil rembatan betul betul didepan kotak penalti lalu menerjah gawang Unisel. Nabil Khan berjersi no 7 meraikan jaringan dengan agak kontrovesi dihadapan kem Unisel sambil diperhatikan penyokong tuan rumah dengan perasaan geram.

Keadaan agak panas kerana penyokong kedua dua pasukan melontarkan kata kata sindiran yang agak pedih namun diselangi unsur jenaka yang membuatkan penonton yang hadir disitu tergelak...5 minit lagi Unisel masih mencuba untuk membolosi gawang lawan tiba tiba kedengaran bunyi kentut dari sebelah penyokong KKP prOOooootttt nah amik nok !!!! ( semua yang ada berhampiran penyokong KKP tergelak besar) dan tak semena mena Unisel dapat menyamakan kedudukan, ketawa belum habis sorakan pulak potong line. tumpuan terus beralih semula ke padang. Aku pun terus mencatit nama pemain yang menjaringkan gol tersebut sambil masih tergelak dengan kejadian sebertar tadi. Sempat aku jeling kat awek baju hitam yang berdekatan aku yang mukanya merah padam cuba menahan ketawa...

Keputusan perlawanan itu berkesudahan KKP menang 3-1 hasil dua lagi jaringan Nabil Khan dibabak kedua untuk melengkapkan hatrik..


p/S:  "Hahahaha ni awok punya pasal la sape suruh kentot, dah kene !!!"