Feb 28, 2011

Cahaya disebalik kabus

Aku membilang hari hari yang suram, masih ketandusan, masih kegersangan, buntu, adakala aku merenung akan punca dan sebab segalanya berlaku namun yang nyata semuanya terjadi tanpa dirancang. Aku menghitung sisa sisa yang tinggal dalam hidup apakah aku masih mampu untuk melakukan anjakan paradikma disaat aku bagaikan terlempar di tengah tengah keadaan yang cukup menyesakkan dan adakala aku terasa bagaikan tersungkur rebah. Namun ku tetap kuatkan semangat. tekad ku genggam erat, keyakinanku cukup bulat untuk dilontar dan melantun kembali pada pelontar. Aku pasti akan terbuka jalan jalan kejayaan buat ku. Apa yang penting aku mesti tabahkan hati dan kosongkan fikiran ku, agar tidak berlaku pemberontakkan dan reformasi perasaan keatas dugaan yang Maha Esa, sesungguhnya aku hanya khalifah Nya di bumi ini, paling penting setiap nafas ini menandakan bahawasanya Allah masih sayang pada hambanya. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan tidak sesekali akan aku pertikaikan malah aku lebih bersyukur atas segalanya..

Feb 27, 2011

Semalam bersama ULTRAS

ULTRAS, dipendekkan cerita merupakan sebuah pertubuhan yang terdiri dari penyokong penyokong tegar bola sepak. mengikut sesetengah fakta mengatakan ULTRAS ini bermula di negara seperti Greece, Turki dan Italy kemudian berkembang ke negara negara lain dan pada tahun 2010 barulah ia menapak di bumi Malaysia. ULTRAS merupakan satu fenomena baru di negara kita semenjak kemenangan Malaysia di Kejohanan
AFF Cup 2010, kini terdapat ULTRAS bagi penyokong penyokong kelab bola sepak dan negeri bagi memeriahkan suasana Liga Malaysia. Apa yang diperlu dilakukan  oleh ULTRAS ialah menyanyikan lagu mengikut bait bait atau "Chant" yang telah di ubah suai dari lagu lagu rakyat atau apa saja lagu yang boleh dikatakan popular dalam sesuatu masyarakat. Kemudian mereka akan membuat forrmasi seperti ombak dan membakar flare iaitu sejenis bahan seperti bunga api serta mengibarkan bendera dan menggantung banner dan melaungkan kata kata semangat kepada pemain. Malam tadi aku dapat merasakan keseronokkan ULTRAS dengan secara tidak langsung terlibat ketika menyaksikan pasukan Pahang menentang Perak di Stadium Darul makmur. Sebelum ini aku sudah melihatnya namun sekadar berada sebagai penonton biasa, tetapi pengalaman malam tadi sedikit sebanyak ada pro dan kontranya, paling menyeronokkan ULTRAS Pahang atau lebih dikenali Elephant Army Ultras (EAU) yang kebanyakkannya terdiri dari golongan student di ibu kota sanggup melakukan semua ini demi sokongan mereka, apa lagi ketika pemain pemain kedua dua pasukan mahu berangkat pulang kami EAU menyerbu ke kawasan Ultras Perak yang menggelarkan diri mereka Silver Ultras Curve dan melaungkkan ucapan terima kasih dan selamat jalan sambil bersorak dan berpelukan tanpa mengira status negeri kerana bagi mana mana ULTRAS mereka tetap berpijak pada tanah Tumpahnya Darahku iaitu Malaysia dan mereka juga terdiri dari pecahan ULTRAS MALAYA yang menyokong aksi Harimau Malaya di pentas antarabangsa.Biarpun kalah 2-0 aku sentiasa sedar semangat perpaduan itu sebenarnya lebih penting namun masih ramai yang mengabaikannya.


p/s: Tak perlu nak bakar bakar flare.. cukup ade gaint flag dan banner..sangat meriah..

Feb 26, 2011

Impian ku genggam

Semua orang ada cita cita dan impian, aku pun macam tu jugak.. Hari ni aku nak kongsi dan luahkan impian yang pernah aku cipta suatu ketika dulu. Tak lari dari topik yang selalu aku post kat blog ni ia berkisarkan tentang bola sepak. Bola sepak banyak mengajar membuatkan aku tentang kepuassan, semua bermula ketika aku menonton aku World Cup 1994 USA. Final menemukan Italy dan Brazil ketika itu cukup membuatkan semangat aku untuk bermain bola masih kuat sehingga hari ini. Dari situlah tertanamnya cita cita untuk menjadi pemain bola sepak, tapi bila cikgu tanya "awak besar nanti nak jadi ape?" aku jawab juruterbang, Askar dan paling tak boleh aku lupa aku pernah kata nak jadi pemandu keretapi. Hahaha biasalah zaman kanak kanak.. Aku ingat lagi semasa liga bolasepak di anjurkan di sekolah, ketika itu aku berumur 13 tahun, nak kata pandai main tu tak lah tapi semangat aku tetap ada, masa aku umur 15 tahun teringin aku nak join kelab bolasepak sekolah tapi mesti mak aku tak bagi. sape nak hantar aku trainning tiap tiap hari sabtu? dah la rumah aku jauh, takde transport, jadi aku main jelah kt padang awam dengan kengkawan, kalau tak pon aku timbang bola kat rumah sambil membuli adik adik aku.. Hahaha.. tamat sekolah aku masuk tingkatan 6 dan aku ditempatkan di asrama, fuh benda pertama aku tengok kat asrama aku ialah padang bola.. Apa lagi sessi orentasi kami pelajar baru diadakan perlawanan bola sepak, kaki yang dah lama keras terpaksalah di lembut lembutkan untuk mendapatkan lebih kawalan dalam permainan. Macam biasa posisi kegemaran aku pertahanan kiri atau kanan atau posisi tepi menyerang, mana mana pon boleh asalkan tepi. Memang aku tak berapa reti untuk posisi tengah, kerana agak kaget, setiap kali berjaya mengekang asakan lawan di bahagian kiri aku terus melulu seperti Roberto Carlos untuk membuat over lapping.. huh! sangat puas bila brjaya melakukan hantaran silang kearah pintu gol lawan dan kalau aku malas aku buat hantaran jauh je..( Ini kalau main kerbau diamana sebelah team sampai 20 orang, biasa main petang petang ) Tamat sekolah bola sepak aku tinggalkan. Aku bertumpu pada pekerjaan, hampir 3 tahun aku tak beraksi di padang walaupun dah masuk kolej tapi sebab xde "Gu" aku jadi malas nak bersukan. Tamat belajar dalam jurusan masak masak aku kembali ke alam pekerjaan dan di sana lah aku kembali menyarung kasut sukan unuk berjogging dan bermain bola sepak cuma vanue nya bukan lagi di padang tetapi sudah beralih ke gelanggang futsal. tidak kita samada hari bekerja apatah lagi hari bercuti aku tetap akan mengerah kudrat ku untuk bermain futsal. Kadang kadang imaginasi ku sampai ke tahap yang agak tidak logik untuk aku impikan bergelar pemain bola sepak, namun semua kerana semangat aku tetap fikir aku masih ada peluang, mungkin menyertai mana mana kelab bola sepak atau futsal sekalipun aku terima. Namun apakan daya semua itu nyata impian yang takkan mungkin menjadi realiti, tapi aku tetap gembira dengan impian yang pernah ku bawa hingga ke saat ini masih belum padam.


p/s: Teringin nak manage sebuah kelab. pernah berkira kira untuk mengambil kursus kejurulatihan.. :)