May 26, 2011

Sebenarnye masalah tak pernah selesai..

Semalam, pepagi dah kuar ke jerantut, aku bercadang nak pegi usya usya rumah sewa dan nk kompom kan surat tawaran aku. lebih kurang jam 11 pagi aku sampai kat DBD jumpa dengan kak Ti (C.C kat situ) kemudian Encik Li sebagai penolong pegawai untuk bincang pasal persediaan yang aku kena buat. Sedikit penerangan pasal kerja. so aku pon amik kesempatan bertanya tentang rumah sewa atau kuarters jika boleh disediakan, dengan pantas beliau menelefon seorang anak buahnya yang dipanggil bob.. bob pun masuk (mmg bob sungguh dengan badan yang 2,3 kali ganda aku kaki pulak berbalut terhincut hincut..encik li perkenalkan aku kepada bob dan meminta bantuan bob untuk benarkan aku duduk kat kuarters dia.

Selesai urusan surat tawaran aku dan bob keluar menuju ke dewan makan tempat yang aku akan bertugas, ada sedikit perkara yang kurang menyenangkan. Katanya ketua tukang masak disini agak laser.. erm mak cik yang dah separuh abad mungkin sebaya dengan mak aku.. gasak lah macam aku tak biasa dengan orang macam tu. Kemudian aku dia bawa oleh bob pusing pusing sekitar kawasan then kami menuju ke kuarters.. Agak bersepah. maklulmlah bujang kata bob. takde hal pun bagi aku, teringat pulak aku kat Zali budak yang aku jumpa masa interview dulu, pun perlukan housemate tapi aku lupa lak nak amik contact dia. Takpe lah buat sementara ni baik aku bersama bob yang comel ni je..

Tiba dirumah lebih kurang jam 5 petang. Uhhh penat gile! kemudian telefon berbunyi "DBD jerantut" Tak sangka zali yang telefon aku, katanya dia dah kemas kemas rumah tapi dia dapat tau aku akan duduk dengan bob, nada macam kecewa. '' alamak  camne ni aku takde nombor ko nak contact, malas lak nak berharap tak sangka boleh duduk kuarters.. oklah takpe nanti aku bincang dengan bob..'' sampai saat ini aku tak call bob lagi sebab tak tau nak explain cmne (_._!)

May 24, 2011

Helaian baru..

Melihat pada raut wajahnya memang meletakkan harapan tinggi, daripada kata katanya membuatkan aku lebih bersemangat namun situasi itu masih belum dapat menutup dilema dan konflik yang aku hadapi. Masih terbayang dalam jangka waktu lebih kurang 6 bulan yang lalu, tatkala menggalas takdir dan dugaan ilahi, seolah tiada harapan lagi bagi hamba yang kerdil ini hanya sabar yang mampu ku ucapkan. Hari ini wajah itu sudah jauh berbeza walaupun masih belum sembuh sepenuhnya tapi kekerasan dan ketabahan hatinya itu yang membuatkan dia kuat untuk sembuh sambil diiringi doa dan ikhtiar.

8 hari lagi, berat rasanya untuk meninggalkan rumah ni bersendirian untuk dihuni oleh dua orang tua yang sudah separuh abad ni, tapi panggilan telefon semalam membuka pintu untuk aku membuka langkah baru. Dalam perancangan aku hanya bercadang untuk memulakan langkah dalam sebulan dua lagi tapi nampaknya takdir menyatakan aku harus mulakan sedikit awal. Destinasi kali ini ialah Jerantut, tak banyak yang aku tahu tentang bandar ini kerana cuma sekali saja aku pernah berkunjung ke sini itu pun kira kira 10 tahun yang lalu. bandar yang letaknya kira kira 58KM dari temerloh dan 80KM dari Maran ini bagi ku tidaklah jauh sangat tetapi disini tiada sesiapa yang mengenali aku. Selepas ini aku akan kembali bercinta dengan kuali dan pinggan mangkuk, lembaran baru hidup aku bermula 1 haribulan Jun 2011 ialah berbakti kepada golongan yang kurang bernasib baik & terbiar yang terdiri dari bekas2 pengemis dan kutu rayau, sebagai tukang masak di Desa Bina Diri Jerantut dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semoga dipermudahkan.. ameeeeen  =)

May 23, 2011

Bukan cobaan ini betul-betul

Hari ini isnin, mcm biasa bangun tapi pagi ni target nak siapkan resume sebelum emel kan kepada company resort yang aku cakap bebaru ni. Rileks dulu lah, awal lagi.. duduk mengadap laptop teringat plak nak tengok result match BPL terakhir semalam dah la tak dapat tengok game Chelsea, klik je livescore.com keluar lah result2 terkini. "Damn!!! aduiiii.." tu jelah boleh aku cakap. (Kalah dengan Everton 1-0) Dalam hati plak '' Mesti senyap sunyi group pagi ni ".. Sebaik aku buka je muka buku, aku terbaca satu statement '' Official news confirm, Carlo ancheloti removed from Chelsea '' aiseymen nampaknya Roman Abramovic memang kurang sabar untuk kali ke 7 dalam masa 2 tahun.

Hilang mood.. aku pon pergi ke dapur, untuk breakfast.. tetiba henfon berbunyi.... (erm tak tau nak wat bunyi henpon cmne kih3 ) aku pon berlari menuju ke bilik sepantas Watson Nyambek untuk mendapatkan henfon ku yang terselit dicelah celah bantal, selesai berbual aku terkedu seketika dan hinggalah saat ini aku masih tak percaya, bagaikan mimpi......



...to be continue