Jul 28, 2013

Seminggu di bumi kenyalang

20 Julai Sabtu 4.50pm

Sebaik sahaja keluar dari pesawat aku terus melangkah pantas dengan perasaan teruja menuju ke balai ketibaan.  Hijau yang kulihat sebelum pesawat mendarat tadi membuatkan aku cukup untuk berasa syukur atas perjalanan selamat ke bumi kenyalang ini, sekali gus lengkap 14 buah negeri telah aku jejaki. Selepas mengambil bagasi aku terus mengheret ke pintu depan menunggu cik tunang Zue dan kakaknya Manjawati bersama heronya Ikhwan yang hensem datang menjemput.

Jam sudah menunjukkan 5.10 pm, agak sunyi juga airport Kuching ni, orang pun dah tak ramai dan berhampiranku seorang wanita lingkungan 50an bersama seorang ibu asyik memegang anaknya yang kelihatan nakal sedang berbual dalam dialek melayu Sarawak berhampiran tempat aku duduk, sambil itu pemandu pemandu teksi menanyakan destinasi. "Ohh tak apa, terima kasih" aku menjawab dengan slanga yang agak baku.

Petang itu kami berbuka di rumah kak Nor - "sungkei" dalam istilah Sarawak. Segan juga sebab kali pertama berjumpa dengan bakal kakak ipar dan abang ipar serta anak anak buah, semua nya mesra dan bertambah segan apabila mereka menggelarkan aku paksu hehe..

21 Julai Ahad

Seperti yang telah dirancangkan hari ini kami akan pergi ke Serikin, sebuah desa Indonesia yang bersempadan dengan daerah Bau Sarawak boleh dikatakan Serikin seperti di Wang Klian atau Padang Besar di semenanjung cuma disini tidak memerlukan pasport atau sebarang pemeriksaan. Teruja sungguh sebab aku dilantik sebagai pemandu, untuk membawa avanza sejauh 60KM ke sana dengan terdapat beberapa lokasi dimana struktur jalan agak kurang baik, hampr 2 jam juga baru tiba.. - Thrill ~

Hari hari lain berlalu seperti biasa, sebaik azan maghrib berkumandang jam 6.54 petang kami berbuka, suasana bandaraya Kuching tidak banyak bezanya seperti di bandar bandar utama semenanjung cuma mungkin pertengahan bulan jadi tak ramai yang keluar bersiar siar. Cuma sesekali terasa macam berada di negara indochina bila melaui tempat tempat tertentu, mungkin kerana cara pemakaian dan budaya disana. Melayu Sarawak pun tak kurang manis dan comelnya, mujur diri sudah berpunya hehehe.. Hmmm memandangkan perut lapar badan pun cepat letih dengan jarak yang agak jauh serta cuaca yang panas jadi banyak tempat yang tak sempat aku lawati seperti muzium dan taman budaya dan lain lain. Walaubagaimanapun aku sempat ke waterfront, iaitu suatu taman di tebing sungai yang merupakan salah satu tarikan pelancong disini. Sebelum balik aku sempat membeli kain pua kumbu yang dipesan oleh mak dan batik sarawak...

Tak mengapa ada rezeki boleh datang lagi. Apa apa pun benarlah orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Pasti ada sesuatu yang baru kita belajar dari setiap langkah kita. ^^


PS: Gunakan hati untuk melihat, ia lebih jelas dari pandangan mata.

Jul 19, 2013

Kembali sebentar ke kota batu

Hari ni awal awal pagi lagi dah bersiap ke Temerloh, Terima kasih mak kerana hantarkan. Tak payah naik bas henti henti dengan beg besar kemudian heret pula ke terminal untuk naik bas KL. Mula mula ingat nak bawak si gagak hitam je kemudian tu parking je kat stesen LRT tapi bila difikirkan balik, seminggu tu agak lama.

Sebenarnya aku nak bermusafir ke Kuching, Sarawak. Melengkapkan penjejakkan kaki negeri ke 14 pada usia ini. Esok fligt akan berlepas jam 3.35 petang dan selewat lewatnya jam 2 aku mesti berada di LCCT airport. Sampai KL lebih kurang jam 11 tadi, Bob pulak dah 2 hari demam. Perkara paling excited nak tahu pasal kejadian pecah masuk rumah bidi beberapa hari lepas. Siapa lagi kalau bukan karlos punya angkara..hmm ntah lah apa nak jadi. Moga moga dibuka pintu hidayah untuk dia..

Jul 13, 2013

Epilog persaraan seorang guru

Hari ini 12 Julai dengan rasminya mak bersara sebagai seorang  pendidik di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tajau. Semalamnya aku membantu memerah idea untuk mengarang teks ucapan untuk majlis itu. Sayang tak dapat hadir majlis tu sebab terpaksa bersiap di rumah menunggu kehadiran rombongan dari sekolah itu yang dikhabarkan mahu berarak ke rumah selepas waktu sekolah.

Lebih kurang jam 12 tengahari mak pun pulang sendirian dengan kereta myvi putihnya dan dihiasi riben dan ropol ropol..

Aku " Aik mak balik sorang je? "
Mak " Diorang tak jadi datang.."
Aku " Owh mungkin sebab hari ni Jumaat kot.."
Mak " Hehe.. "

Selepas aku mengangkat segala hadiah dan sempat mengambil gambar mak disisi kereta berhiasnya, aku pun sibuk membelek hadiah dan kad kad ucapan budak budak sekolah ini, kelihatan agak lucu dan selekeh sebab ada yang balut sendiri namun disebalik hal itu tersirat 1001 tanggapan dan perasaan dihati seorang pendidik melihat betapa anak anak kecil itu begitu mahu menilai jasa seorang guru. Dengam kertas yang lusuh.. tali ikatan yang entah di ambil dari mana...jenis hadiah yang boleh dikata sekadar ada namun semua itu memiliki nilai yang cukup sentimental.

Mak " Kat mana lah bdk2 ni ambik hadiah ni ? "

Dia tahu kebiasaan pelajar tidak mampu untuk membeli hadiah akan tetapi inisiatif mereka untuk mengadakan pemberian itu cukup untuk membuat air matanya mengalir..berbeza dengan segelintir pelajar yang mungkin mendapat sokongan baik dari penjaga untuk membeli hadiah dan balutan yang baik

Murid 1 " Ustazah.. saya xde hadiah.. bagi kad je boleh ? "
Murid 2 " Ustazah.. saya bagi tasbih boleh ke? "
Murid 3 " Ustazah.. jangan la pindah

Mak berkata kepada aku, " budak budak ni dia tengok kawan bagi hadiah dia pun nak bagi jugak last last minit pun jadi. Tu yang tak prepair ape ape tu.. kesian tengok  "


Jawapan mak " Ustazah bukan nak hadiah awak tu cukuplah dengan ucapan dan janji untuk belajar sungguh sungguh "  - sambil memeluk erat dan mengucup dahi mereka ( adegan yang aku terlepas )

Abah balik beberapa minit selepas itu dan beberapa gambar sempat aku upload sebelum ke masjid, abah menyampuk ketika kami bersembang, " Abah dulu sebelum pindah ke PPD Maran ni dapat surat petisyen dari budak budak siap dengan tanda tangan satu kelas darjah 3 tak bagi abah pindah. "

seraya kami tergelak..

#Alhamdulillah, aku melihat sesuatu yang positif berbanding apa yang aku lihat di suatu pihak itu pula. Kehidupan yang mewah tidak bermakna apa apa jika tiada keberkatan. Semoga Allah terus memberkati kami sekeluarga.