Jul 13, 2013

Epilog persaraan seorang guru

Hari ini 12 Julai dengan rasminya mak bersara sebagai seorang  pendidik di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tajau. Semalamnya aku membantu memerah idea untuk mengarang teks ucapan untuk majlis itu. Sayang tak dapat hadir majlis tu sebab terpaksa bersiap di rumah menunggu kehadiran rombongan dari sekolah itu yang dikhabarkan mahu berarak ke rumah selepas waktu sekolah.

Lebih kurang jam 12 tengahari mak pun pulang sendirian dengan kereta myvi putihnya dan dihiasi riben dan ropol ropol..

Aku " Aik mak balik sorang je? "
Mak " Diorang tak jadi datang.."
Aku " Owh mungkin sebab hari ni Jumaat kot.."
Mak " Hehe.. "

Selepas aku mengangkat segala hadiah dan sempat mengambil gambar mak disisi kereta berhiasnya, aku pun sibuk membelek hadiah dan kad kad ucapan budak budak sekolah ini, kelihatan agak lucu dan selekeh sebab ada yang balut sendiri namun disebalik hal itu tersirat 1001 tanggapan dan perasaan dihati seorang pendidik melihat betapa anak anak kecil itu begitu mahu menilai jasa seorang guru. Dengam kertas yang lusuh.. tali ikatan yang entah di ambil dari mana...jenis hadiah yang boleh dikata sekadar ada namun semua itu memiliki nilai yang cukup sentimental.

Mak " Kat mana lah bdk2 ni ambik hadiah ni ? "

Dia tahu kebiasaan pelajar tidak mampu untuk membeli hadiah akan tetapi inisiatif mereka untuk mengadakan pemberian itu cukup untuk membuat air matanya mengalir..berbeza dengan segelintir pelajar yang mungkin mendapat sokongan baik dari penjaga untuk membeli hadiah dan balutan yang baik

Murid 1 " Ustazah.. saya xde hadiah.. bagi kad je boleh ? "
Murid 2 " Ustazah.. saya bagi tasbih boleh ke? "
Murid 3 " Ustazah.. jangan la pindah

Mak berkata kepada aku, " budak budak ni dia tengok kawan bagi hadiah dia pun nak bagi jugak last last minit pun jadi. Tu yang tak prepair ape ape tu.. kesian tengok  "


Jawapan mak " Ustazah bukan nak hadiah awak tu cukuplah dengan ucapan dan janji untuk belajar sungguh sungguh "  - sambil memeluk erat dan mengucup dahi mereka ( adegan yang aku terlepas )

Abah balik beberapa minit selepas itu dan beberapa gambar sempat aku upload sebelum ke masjid, abah menyampuk ketika kami bersembang, " Abah dulu sebelum pindah ke PPD Maran ni dapat surat petisyen dari budak budak siap dengan tanda tangan satu kelas darjah 3 tak bagi abah pindah. "

seraya kami tergelak..

#Alhamdulillah, aku melihat sesuatu yang positif berbanding apa yang aku lihat di suatu pihak itu pula. Kehidupan yang mewah tidak bermakna apa apa jika tiada keberkatan. Semoga Allah terus memberkati kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment