Feb 3, 2011

Hidup umpama bola.. bola itu sfera

Bulan Januari sudah berlalu.. lama tak up-date blog ni atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan. Apa lagi idea dan mood untuk mengarang pun takde.. Percutian ke Langkawi 13 hb Disember 2010 menjadi ingatan untuk kami sekeluarga apabila abah tiba tiba jatuh sakit. Sehari sebelum aku dan 2 adik lelaki telah sampai ke Jeti Kuala Perlis, kami disambut adik perempuanku yang memang berkerja di Perlis bersama adik angkatku. jam menunjukkan pukul 8 pagi Ahad bersamaan 12hb Disember 2010. Feri bertolak menuju ke jeti Langkawi perjalanan memakan masa lebih kurang 1 1/2 Jam, inilah kali pertama aku menaiki feri cuaca yang agak mendung ditambah pula penghawadingin yang kuat memang menggigil aku dibuatnya. Sampai sahaja di Jeti Langkawi kami terus mencari ''pot'' untuk meletakkan beg dan mengisi perut yang lapar "giler".. KFC la apa lagi hahaha... kemudian kami berjalan menuju ke dataran helang. di situ semua pakat pakat jadi model, dah macam sakai pun ade..ekeke.. tak pe lah, bukn selalu lagi pun aku jarang dapt jumpa dengan adik perempuan ku. ebih kurang jam 12 kmi balik mengambil bag dan menyewa teksi (van) untuk ke hotel yng telah di tempah. ( Hotel bajet je.. sebab bajet dah lari untuk aktiviti lain :p ) Malam tu kami ronda pekan Kuah, kedai coklat jadi sasaran. Peh, memang murah habis la RM30 untuk coklat je. Pagi esoknya, selepas subuh adik cuba menghubungi mak tapi tiada jawapan. Sejam kemudian mak menghantar sms mengatakan mereka berda di hospital Alor Setar, aku yang masih mamai lantas bangun, terkejut tak kira lah. Bila dapat tahu abah kena tahan di wad kecemasan sebab darah tinggi dan disahkan strok sebelah badan (kanan). Kami cancel semua aktiviti yang telah pun di rencanakan pada hari itu. kereta sewa yang bakal digunakan untuk traveling kami hari itu menjadi kenderaan untuk menghantar kami ke jeti segera mungkin. Resah, gelisah semuanya hanya mampu berdiam diri. Lebih kurang jam 2 Petang barulah kami sampai ke Hospital Sultanh Bahiyah Alor Setar. Seminggu disana, masing masing bergilir menjaga abah. Tiada lagi bola.. Piala AFF suzuki yang sudah sampai kemuncaknya hanya mampu ditonton dengan hati yang resah. Kemenangan keatas Vietnam 3-0 bagi pusingan pertama tidak begitu terasa. Abah lebih penting dlm situasi sekarang. sebaik dibenarkan pulng, kami dibawa oleh Cikgu Hamzan Chin bekas rakan sejawatan abah semasa di SMK SFX. Beliau yang kini menetap di Pendang sudi menghantar kami pulng ke kmpung mak di Pengkalan Hulu Perak. Selama seminggu pula kami di sana, mujurlh sepupu ada kenalan yang pandai mengurut penyakit strok. Alhamdulillah abah sedikit pulih. Sekembali ke kmi ke rumah aku mengambil tugas menjaga abah dan kerja kerja rumah memandangkan adik2 terpaksa kembali ke universiti, mak pula bekerja sebagai guru sekolah rendah, dan kini hampir 2 bulan abah sudah boleh berjalan, dan sudah pun masuk bekerja walaupun belum cukup kuat dan perlu dibantu untuk memakai pakaian dan beberapa perkara lagi. Mujurlah abah hanya berdepan dengn kertas dan fail2 sahaja dan tugas penyeliaan juga boleh dibantu oleh rakan rakan pejabatnya. Aku kini boleh berkira-kira untnk mencari kerja part-time

- setiap yang berlaku itu ada hikmah nya -  =)

3 comments: