Mar 13, 2011

Tsunami melanda lagi

11 Mac 2011 telah berlakunya gempa bumi di negara jepun pada 8.8 skala ritchter, lebih kurang pukul 3 petang waktu tempatan (Jepun) berapa kuat gegaran aku pun tak pasti, tapi berdasarkan klip amateur menara tertinggi di Jepun dilihat bergoyang cuma apa yang biasanya berlaku selepas pergerakan plat tektonik pastinya disusuli dengan gelombang ombak besar atau lebih dikenali sebagai Tsunami, masuk hari kedua, iaitu semalam berikutan terputusnya bekalan elektrik dan menyebabkan logi nuklear tidak dapat disejukkan lantas berlaku kebocoran gas nuklear Daichi di Fukushima. ( Aku pun xpasti sebelah mana dan setakat mana kesahihannya) Apa yang membimbangkan ialah effect radiasi nuklear ni tersebar di ruang udara, jangan  fikir Malaysia berada jauh bermakna selamat. Jangan fikir Jepun mempunyai teknologi canggih masalah ini boleh diselesaikan 100%. Nuklear boleh mengganggu sistem saraf otak manusia biarpun sedikit. Aku bukan pakar dalam hal ini tapi aku kecewa, masih ada segelintir manusia yang kurang peka dalam hal ini. Semalam aku terbaca di beberapa status facebook rakan rakan seolah tidak mempunyai naluri kemanusiaan, memang Jepun terkenal dengan watak watak hero seperti Ultraman dan sebagainya, mungkin kita disini ketawa bersukaria sebab perkara itu belum kena pada batang hidung kita, lebih malang di salah satu page yang merangkumkan info bolasepak mengupdatekan statusnya dengan mengatakan apa yang berlaku ini semuanya kerana hukum alam, dan cuba memperlekeh umat islam yang mengatakan ia berlaku dengan kuasa Allah. Aku tak pasti samada creator page tersebut islam atau tidak, ataupun islam hanya pada nama. Sebagai umat islam aku cuma mahu mengingatkan, bukan mahu menunjuk alim, mahu bercakap ada caranya, mahu bergurau ada batasnya selagi perkara itu tidak menyentuh sensitiviti orang lain, selalulah bermuhasabah diri. Ingatlah ! kita semua berdiri di atas muka bumi yang sama, sekali Allah turunkan bala' takkan mengira di mana kita berada.

Lihat sini untuk video bencana tsunami: http://www.youtube.com/watch?v=BsRd7WQuBHc

p/s: Berdoa demi kesejahteraan kita, bukan bersenda atas kesusahan mereka..

No comments:

Post a Comment