Mar 11, 2011

3 malam tanpa entri

3 Hari tanpa entri selepas pertembungan berat sebelah antara Barcelona dengan Arsenal di Nou Camp dan kemudian AC Milan disingkirkan Tottennham Hotspurs selaku pendatang baru Liga Juara Juara Eropah. Bagi kelayakaan Olimpik skuad Malaysia bawah 23 melepasi pusingan pertama dengan mengekalkan agregat 2-0 selepas seri 0-0 dengan Pakistan di Lahore biarpun dibayangi kekalutan apabila berlakunya serangan bom 200KM dari kem Malaysia. Hal itu amat mengecewakan jutaan peminat sukan bola sepak negara apabila tiada siaran langsung berikutan masalah teknikal satelit. So aku nak cerita ativiti aku semalam lah..
Semalam bersamaan 10 hb Mac bertempat di Masjid As-Syakirin Maran Pahang berlangsung sambutan Maulidurrasul peringkat daerah dan aku di lantik menjadi urusetia bagi pertandingan pidato, ni kes tolong ayah aku ler sebab penganjur sibuk dan malas nak cari orang so ustaz Yusof cadangkan kat ayah aku supaya ambik aku je untuk memudahkan kerja. Bermula jam 8 pagi aku dan ayah ku bertolak ke masjid sementara sebahagian mereka yang terlibat dalam acara perarakkan dan sepanduk berada di lokasi yang ditetapkan 1km dari masjid. Acara pertama selepas perasmian dari Dato' Seri Orang Kaya Pahlawan Pahang ( lupa plak nama) ialah bacaan Al quran oleh jemputan Imam Besar Masjid Kuantan, penyampaian hadiah perarakan dan sepanduk, kemudian ceramah, nasyid dan qasidah, marhaban dan berzanji. lebih kurang jam 1130 barulah acara pidato bermula aku yang dilantik sebagai jurukira memang merupakan satu tanggungajawab dan tugas besar, tapi apa yang lebih aku teruja dapat melihat bakat bakat adik adik yang berada di sekolah menengah berpidato. Macam macam gaya ditonjolkan tak kurang jugak yang lupa isi atau perkataan yang harus di ucapkan lebih lebih lagi kalau ada yang mencelahkan  pantun dan lagu. Kalau suruh aku berpidato mau tergagap gagap haha.. teringat pulak ketika zaman sekolah dulu aku bersajak sempena minggu Bahasa Melayu melucukan so aku xnak la cerita biarlah aku gelak sorang2 hahaha.. Samung balik cerita, selesai sahaja acara, selepas solat zohor aku menyertai kursus jenazah yang bermula 2 sessi. Sessi kedua pulak bermula selepas asar, sebelah malam ada bacaan yassin dan bacaan kitab tapi aku pulang awal kerana penat dan mengantuk maklumlah kurang tidur malam sebelum  tu pulak layan bola. Tapi alhamdulillah sedikit sebanyak bertambah juga ilmu aku dapat dan aku pun memang suka aktiviti seperti ini..


p/s: Pentingnya kamera walaupun "cap pinjam". Meminjam perkataan seorang sahabat tanpa kebenaran. :D

No comments:

Post a Comment