Mar 17, 2011

SINGKAP TABIR KENANGAN: Sukan menjalin persahabatan

10:30 PM
Tiba tiba telefon berbunyi.. nama seseorang berkelip kelip pada skrin fon aku, bila aku menjawab terus putus pulak, nak call balik tapi kredit ade 4 sen je nih, malas la nak kuar pegi 7 E memalam buta ni. 5 minit kemudian dapat sms " Lu kat mana Bai? " sms aku tak dapat balas. Selama ni aku call engange, hantar mesej pun tak berbalas.. hidup lagi mamat sekor ni, rindu kat aku lah tu, lama tak jumpa. Baru sebentar tadi jam 4:30 PM, orang yang sama call aku dapat la bersembang kejap. Dia lah seorang kawan, ketika aku menghabiskan sisa sisa hidup aku di bandar Kuantan dulu, kenal tak lama cuma 5 bulan je tapi berkat aku bawak dia tinggal sebilik dengan ku berkongsi susah senang, sampai hari ni dia ingat kat aku.. tetiap hujung minggu lepak kedai mamak tak pun layan skrin besar kat tanjung api, tengok bola sama sama, aku rasa itu lah yang membuatkan kami serasi. Sampai jam tiga pagi boleh lepak sembang pasal bola, kenangan yang aku tak dapat lupakan, mamat kedah ni memang otai, pernah 1 hari kat kedai mamak yang merupakan pot fan M.U kebetulan xde game team setan merah tu so kitorang layan Aston Villa vs Spurs. Game memang rancak, tetiba mapley tu pegi alih channel drama apelagi member aku sorang ni psssstt! panggil mapley tu.. " bai lu alih balik tu bola tadi '' mapley tu cakap, '' MU tak main tu game tak best ooo.'' member aku pangkah balik, '' Lu tak tau pasal bola lu jangan cakap banyak, ade 3,4 orang brader dan pakcik pakcik otai kat situ pon beckup kita orang.. start hari tu, mapley tu respek kat kita orang.. Jam 3 pagi nak layan Bundesliga pon takde hal.. time tu korang cari la memane pot bola yang ade tayang selain BPL melain kan Zam zam corner jalan Teluk Cempedak je hahaha.. It's a life about football.. Hari ini aku dapat contact FB brader ni tak sangka plak dia adalah freind ke 500 aku.. Tabik spring untuk hang!! walaupon hang tak nampak.. keh3



p/s: Dah lama tak ber live screening..

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete