Mar 15, 2011

KELAB PILIHAN (Serie A) : Udinese Calcio


logo
Logo Udinese

Udinese Calcio ialah antara sebuah kelab yang menggalas cabaran di Serie A. kelab ini bertapak di Udine, Friuli- Venezia Giulia dan merupakan kelab kedua tertua di dalam kancah Serie A selepas Genoa C.F.C.semenjak ditubuhkn pada 1896. Jersi tradisi pasukan ini ialah belang hitam putih, maka mereka lebih dikenali sebagai zebrette iaitu little zebras, dalam bahasa Itali hitam putih di sebut Bianconerri begitu juga dengan pasukan Juventus. Udinese menjadi tuan rumah di Stadio Friuli, Udine yang berkapasiti 41,652 biarpun kapasiti tertinggi semasa cuma 30, 667. Biarpun kapasiti tidak seluas mana namun seperti yang umum sedia maklum fans di kancah Serie A lebih fanatik dan mampu menenggelamkan sorakan penuh bagi sesetengah fan di liga yang lebih popular seperti BPL. Secara personaly aku meminati Udinese bermula akhir season  2010, apa yang menariknya kelab ini memiliki pemain pemain yang bukan berprofil tinggi namun kemudian dibentuk dalam membariskan sebuah pasukan yang mampu memberi challenge kepada pasukan yang berprofil tinggi seperti AC Milan, Internazionale, Juventus, AS Roma dan beberapa kelab yang kini mula mengukir nama dalam saingan Kejuaraan Eropah. Maka pastinya kini ramai mula tertarik dengan penampilan Alexis Sanchez dan rakan senegaranya Mauricio Isla, begitu jugak dengan kuda tua yang kini menjangkau usia bertengahan 30an iaitu Antonio de Natale, pasti membuka ruang bagi pngendali skuad kebangsaan Itali apabila kini mendahului carta Serie A dengan 24 gol. Dengan berbekalkan 53 points kini setelah 29 perlawanan, Udinese menduduki carta ke-4 ia merupakan satu pencapaian terbaik setakat ini dan masih segar dengan rekod membenam Palermo 7-0 minggu lalu dan dalam perlawanan ke 29 udinese telah melakar kemenangan bergaya keatas Cagliari. Setakat ini antara pemain yang pernah mengukir nama di Udinese ialah Vincenzo laquinta (Juventus), Asamoah gyan (Sunderland),Dino Zoff (Retired), Oliver Bierhoff (Retired), Zico (Retired) Skuad bimbingan Francisco Guidolin ini pernah dilatih oleh nama nama besar seperti, Luciano Spalletti, Alberto Zacherroni, Bora Multinovic, Luigi Di Canio dan Roy Hodgson.
File:Udinese2008.jpg
Isla & Sanchez


Sejarah pencapaian:

UEFA intertoto Cup 2000
Mitropa Cup 1980
Copa Italia primavera 1993
Campionato Nazionale Primavera 1981
Angilo-Italian cup 1978


p/s: Udinese juga mempunyai rekod beraksi di UCL sekitar tahun 2004/05  dan 2008/09.

No comments:

Post a Comment