Mar 24, 2011

SANTAI: Kartun Dulu - Dulu

Tengah lepak lepak sambil tunggu lunch hari ni, sempat lagi aku mengimbas kenangan lama iaitu tatkala aku kecik kecik dulu suka sangat tengok kartun, sampai tika dan saat ini pun aku masih layan kartun terutamanya kartun animasi jepun. Dulu dulu punye kartun selalu main petang petang start pukul 5 petang, tapi selalu jugak aku tak dapat tengok sebab aku sekolah sessi petang dari darjah 1 sampai darjah 3 so kalau aku demam boleh la aku layan kartun kartun ni kurang kurang seminggu..memang aku kalau demam lama jugak hehe :p


GANBARE KICKERS

Ganbare kickers, kartun ni mengisahkan pasukan bola sepak yang sentiasa berusaha untuk memenangi saingan musuh tradisi mereka iaitu kelab Nan-yo. Kartun ni penuh aksi membuatkan aku selalu rasa nak ponteng sekolah, malang nya tak berjaya so aku layan time time cuti jelah..

THUNDERCATS

Ni kartun omputih, selalu tayang waktu malam so aku boleh layan arr.. kisah nye ketua dia ni nama lion-o ad sebilah pisau yang boleh bertukar jadi pedang bile dia sebut Thunder!! Thunder!! thundercats Hooo!!! geng geng dia sume sebangsa dengan kucing seperti, cheetara(Cheetah), Tigera (rimau belang), pastu ade sekor rimau kumbang aku tak ingat plak nama nye hehe..



DORAEMON

Yang ni sape tak tau.. kartun alih bahasa jepun yang sangat popular dikalangan kanak kanak..antara kartun yang paling lama bertapak di Malaysia sejak kemasukannya sekitar hujung tahun 80an, mengisahkan robot dari masa akan datang yang pintar dan mempuyai poket ajaib selalu membantu Nobita seorang budak yang lemah dan malas. Sampai sekarang pon aku masih layan jugak kartun ni sekadar suka suka..



ROBOTECH

Kartun ni ialah antara kartun aksi perang yang popular dimana manusia boleh bergabung dengan mesin dan menjadi robot, ni cite ala ala iron man la cuma kartun ni dalam suasana peperangan. Watak watak kartun ni aku dah tak ingat


JUDO BOY

Ni kartun yang mengisahkan pengembaraan seorang budak bernama San Shiro, beliau ni memang handal bertarung apa lagi kalau dapat pakai baju Judo kaler merah tu otomatik jadi kuat, memang tiada sapa mampu melawan keperkasaan beliau sampai aku pun pernah terikut ikut aksi beliau yang ala ala ninja..



NINJA TURTLES
Ni lagi satu pengaruh yang kuat terhadap industri hiburan kanak kanak, sampai aku pernah nangis nangi nak beli mainan 4 ekor kura kura mutasi yang asalnya remaja yang terkena sumpahan kalau tak silap aku, kartun ni memang punyai pengaruh kuat sampaikan aku sering menyuruh ibuku membeli susu nespray padahal aku tak penah minum pun melainkan milo. Semua tu semata mata nak kumpul koleksi komik yang ditulis dalam bahasa inggeris dan sah sah aku pun tak paham sepatah haram juz tengok gambar je.. 


p/s: Banyak lagi kartun yang pastinya tak muat nak disenaraikan antaranya seperti Moespeda, G.I Joe, Transformers, Rambo, Blue Blink, My daddy long legs, Tomatoman, etc..

No comments:

Post a Comment