May 24, 2011

Helaian baru..

Melihat pada raut wajahnya memang meletakkan harapan tinggi, daripada kata katanya membuatkan aku lebih bersemangat namun situasi itu masih belum dapat menutup dilema dan konflik yang aku hadapi. Masih terbayang dalam jangka waktu lebih kurang 6 bulan yang lalu, tatkala menggalas takdir dan dugaan ilahi, seolah tiada harapan lagi bagi hamba yang kerdil ini hanya sabar yang mampu ku ucapkan. Hari ini wajah itu sudah jauh berbeza walaupun masih belum sembuh sepenuhnya tapi kekerasan dan ketabahan hatinya itu yang membuatkan dia kuat untuk sembuh sambil diiringi doa dan ikhtiar.

8 hari lagi, berat rasanya untuk meninggalkan rumah ni bersendirian untuk dihuni oleh dua orang tua yang sudah separuh abad ni, tapi panggilan telefon semalam membuka pintu untuk aku membuka langkah baru. Dalam perancangan aku hanya bercadang untuk memulakan langkah dalam sebulan dua lagi tapi nampaknya takdir menyatakan aku harus mulakan sedikit awal. Destinasi kali ini ialah Jerantut, tak banyak yang aku tahu tentang bandar ini kerana cuma sekali saja aku pernah berkunjung ke sini itu pun kira kira 10 tahun yang lalu. bandar yang letaknya kira kira 58KM dari temerloh dan 80KM dari Maran ini bagi ku tidaklah jauh sangat tetapi disini tiada sesiapa yang mengenali aku. Selepas ini aku akan kembali bercinta dengan kuali dan pinggan mangkuk, lembaran baru hidup aku bermula 1 haribulan Jun 2011 ialah berbakti kepada golongan yang kurang bernasib baik & terbiar yang terdiri dari bekas2 pengemis dan kutu rayau, sebagai tukang masak di Desa Bina Diri Jerantut dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semoga dipermudahkan.. ameeeeen  =)

2 comments:

  1. Alhamdulillah... terjawab udah persoalan.. lembaran baru yang best2!... ^_^

    ReplyDelete
  2. Tapi jawatan sambilan je tu, bkn tetap

    ReplyDelete