May 21, 2011

SANTAI: Blues untuk aku (edisi terhad)

Dalam kegelapan malam yang sunyi, tanpa bulan dan bintang yang kelihatan cuma warna biru gelap kehitaman namun suasana ini cukup tenang, ku buka pintu berandar dan membenarkan cahaya lampu neon menerjah bersama angin malam yang ada kalan dinginnya mencuit tulangku. Begitulah gambaran suasana disudut aku berpijak ini setelah sedikit rahmat bercucuran di sebelah petang tadi. Kemudian aku termenung sejenak, telingaku melayan lagu lagu yang dinyanyikan dalam erti yang susah untuk difahami oleh manusia, lagu yang tiada bait, tiada lirik namun tidak pernah terhenti. "apakah yang dikatakan oleh cengkerik2 itu?'' tiada siapa yang memahami melainkan Dia.

Aku melangkah menuju berandar sempit itu, ku hirup udara nyaman sambil memegang secawan kopi yang masih lagi hangat sambil memejamkan mata ku bayangkan suatu tempat yang indah bakal menjadi destinasi ku, bakal menjadi tempat aku berbakti sebagai sumber pendapatan ku, sebagai ibadah ku, sebagai jihad ku dan sebagai penentu masa depan ku. Dua kekosongan di dua resort dan daerah yang berbeza bakal membuka peluang untuk aku kembali ke bidang yang selayaknya aku terajui, mula bermain main di benak ku. " aku akan cuba, ada rezeki takkan kemana.." dari panorama dan pemandangan yang kulihat melalui carian google lokasi resort tersebut memang menjadi idaman semenjak berada di kolej lagi, jauh dari hiruk pikuk kota namun memiliki kemudahan talian infastruktur yang moden termasuklah akses internet, ini bermakna tidak ada masalah perhubungan yang mana ada kala boleh mengganggu prestasi kerja. Cukup! itu sahaja yang   harus aku fikirkan yang lainnya berserah sahaja pada yang maha Esa ~ ameeeen..

2 comments:

  1. waaaa.. muz.. tulis cerpen plz.. i loike ur gaya bhasa tuk describe s'suatu tu... jeles2... ^__^

    ReplyDelete
  2. Tq2 heehe..hantilah suatu hari... sbb kdg2 out jgk kna ikut mood..

    ReplyDelete