Jul 4, 2011

Desa Bina Diri 1

1 Haribulan Julai yang lalu genap sebulan aku bertugas di Desa Bina Diri Jerantut. Mungkin ramai antara korang yang masih tertanya tanya apa itu Desa Bina Diri kan? Sebenarnya disini ialah tempat dimana para pengemis dan kutu kutu rayau yang dicekup pihak berkuasa ditempatkan setelah dijatuhkan hukuman mahkamah serta merta selama sekurang kurangnya 3 tahun. Keadaan disini memang agak jijik, mana tidaknya ada antara mereka ini kurang siuman, kurang upaya dan jika sihat pun mungkin mereka pernah terlibat dalam aktiviti sebagai pengemis dan kutu rayau ni.. ada yang ditinggalkan keluarga, ada yang lari dari keluarga semuanya ada cerita tersendiri namun jika kita dengar hanya 50% sahaja yang boleh dipercayai. Disini kami ditugaskan untuk menyediakan hidangan bagi 400 orang 6 kali makan dalam sehari, yang selebihnya ada juga dibantu oleh pekerja atendan membasuh pinggan mangkuk dan mengemas dewan makan .. Seawal 6 pagi kami mesti sudah berada dalam dapur untuk siapkan breakfast, cuma 2 orang dalam satu satu shift mujur ada juga sorang dua penghuni yang sudi membantu (yang sihat sahaja). Macam macam perangai boleh dilihat kepada penghuni disini, ada yang kurang upaya akibat kemalangan, bisu, buta, cacat sejak lahir dan mungkin ini juga faktor faktor mereka menjadi pengemis dan kutu rayau. Mula mula dahulu memang kurang selesa untuk bekerja sampai seminggu aku tak makan, lagi lagi kat dewan makan tu sampai demam 3hari, pemandangan kat situ hanyalah  para lelaki berusia diantara 18-55 tahun berbaju kuning, merah, oren biru dan tertera Desa Bina Diri, walaupun ramai aweks aweks atenden kat sini tak dpt nak menjernihkan mata aku, tapi 2 minggu lepas tu aku dah boleh sesuaikan keadaan cuma disini kebersihan diri memang perlu dijaga rapi maklumlah penghuni disini 90% berpenyakit, 2 hari lepas pun dah start balik selesema dengan batuk aku... adehhh... cobaaaann... walaupun keadaan disini macam ni tapi ada banyak perkara yang kelakar tentang penghuni penghuni kat sini.. Nanti aku cerita lagi..



Ps: Hari tu time nak balik kerja, jam 2 petang 2 orang penghuni tengah main takraw atas tar berkaki ayam.. aku join sesepak dua hahahaha.. O.o!

No comments:

Post a Comment