Mar 4, 2012

Gempak tapi jahil..

Sokerleaks.. rata rata pengguna facebook mesti tahu page ni. hari ini admin page ni dah menunjukkan kejahilannya dalam ilmu agama. Ya mmg ramai lagi manusia yang jahil tapi adalah lebih jahil jika membuat sesuatu yang secara jelas menghina Al-Quran kemudian menafikan kononnya kerana tiada niat..
Apa yang aku faham rata rata orang sekarang ni selalunya nak pakai ayat gempak gempak sampai hilang pedoman, guna ayat biasa sudah la asalkan tak rosak iman dan akidah..

Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka"
(Surah Al-Araf:40)

Menurut ustaz Azhar Idrus pula boleh jatuh murtad jika berniat untuk mempersenda,
So bagaimana jika seorang Islam itu sendiri tidak peka dengan sensitiviti agamanya, bagaimana dia mahu berjihad menentang kafir yang saban hari menentang dan menindas umat islam dalam pelbagai cara

No comments:

Post a Comment