Mar 3, 2012

Bola sepak Malaysia

Semenjak menjuarai Piala AFF Suzuki hujung tahun 2010, tidak banyak yang di capai oleh skuad bola sepak Malaysia, dilihat skuad harimau muda pula berjaya menarik perhatian apabila melangkah ke pusingan ketiga. Namun setelah beberpa perlawanan peringkat kumpulan pusingan ke3 yang turun melibatkan Jepun Syria dan Bahrain, Malaysia dilihat gagal mengutip sebarang mata sehingga kini.. terbaru tewas 4-0 kepada Jepun di SNBJ yang mahu memastikan kemenangan bagi mengelak dari play off. Mnakala baki 1 perlawanan lagi ialah menentang Syria pada 14 Mac ini.

Bagi skuad Rajagopal pula seolah olah masih tiada hala tuju kerana setelah beberapa perlawanan liga super dan perdana musim ini, dapat dilihat muka muka baru menyerlah namun rajagopal masih mengekalkan pemain lama biarpun tidak perform. Zairo Anuar Zailani dikatakan telah membuka mata peminat namun King Raja masih dengan prinsipnnya ''saya tahu pemain saya''. Selain itu Azamuddin Mohd Akil atau lebih kenal dengan gelaran Alex bagi penyokong Tok Gajah juga belum menerima isyarat bahawa bakal diserapkan ke skuad utama. Dengan prestasi yang memberangsangkan sejak musim lalu membantu pahang dan seterusnya Alex telah dikesan oleh pengurusan kejurulatihan Kelantan yang menggunakan khidmat beliau dalam kancah Piala Malaysia. Rata rata penyokong TRW juga turut mengagumi skil dan kepantasan beliau namun yang peliknya King Raja masih tidak menyenaraikan beliau, malah menurunkan pemain yang merosot dan baru pulih dari kecederaan dalam beberapa friendly match bebaru ni seperti Zaquan Adha. Malah Amar Rohidan juga disenaraikan. Wajarkah?
Bagaimana agaknya seorang pengurus menilai pemainnya?

No comments:

Post a Comment