Jul 13, 2013

Ramadhan... dengarkan aku

Seperti yang umum tahu Ramadhan adalah bulan yang penuh barokah, kehadirannya cuma 30 hari dalam setahun dan hanya memiliki 1 malam yang cukup istimewa dikenali sebagai lailatul qadr. Sungguhpun begitu kita sebagai manusia sering terleka dalam memilih yang mana lebih penting diantara fadhilat Ramadhan mahupun nikmat dan kepuasan serta kesibukkan rutin seharian kita.

Sebelum umat islam menyambut kehadiran Ramadhan seluruh dunia islam dikejutkan dengan penyingkiran pemimpin negara Mesir, Dr Mohamed Mursi dari tampuk pimpinan beliau. Kesannya, pintu rafah yang menghubungkan mesir dan palestin sudah ditutup menyebabkan jutaan penduduk gaza tidak lagi bebas memasuki sempadan itu untuk mndapatkan bekalan makanan.

Rakyat mesir juga ditindas sedemikian rupa sehingga ada yang memberontak, walaupun jumlah penyokong morsi ramai namun campur tangan barat dan agen yahudi cukup untuk melemahkan psikologi rakyat jelata. Selepas penyingkiran itu, Abdul Fattah Al Sisi yang merupakan orang kuat Morsi rupanya menjadi dalang agenda itu mengambil alih tampuk pimpinan sementara. Dengan hal itu serta merta dunia barat mengumumkan dana untuk negara tersebut yang kononnya membantu rakyat mesir.

Lihat lah agenda politik kotor cap barat dan yahudi yang melaga lagakan ahli sunnah wal jamaah untuk memecah belahkan umat islam.

Di Malaysia pula lain ceritanya, seperti yang kita selalu lihat sedar atau tidak, kelemahan umat islam di Malaysia adalah pada hiburan dan keseronokan. Perasan atau tidak bola sepak ialah medium utama yang sedang menjadi kanser dalam masyarakat kita. Tak perlu berkedut muka, inilah realitinya. Sebagai peminat pasukan Chelsea FC pastinya aku kecewa apabila siri penjelajahan ke Kuala Lumpur kerap kali jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia. Maka beralih lah tumpuan anak anak muda dewasa atau sesiapa sahaja yang berasa teruja dengan kehadiran Jose Mourinho & c.o hingga terlupa fadhilat Ramadhan.

Kehadiran pasukan Chelsea FC 21 Julai 2013 ini juga boleh dilihat sebagai gangguan kepada kita dan taktik menjatuhkan ummat islam dengan cara halus. Sedarlah, kita kerap diperbodohkan sebab mental kita sudah diracuni hiburan yang seumpama itu.

Cukup lah dengan hiburan sepanjang tahun mu itu, berilah tumpuan dan tekad kan azam untuk mendapat hadiah istimewa daripada Si pencipta dunia. Bukan aku cuba berkhutbah apalagi menunjuk alim tetapi inginkan perubahan dalam diri dan mahu berkongsi nikmat dan rasa dalam hati supaya kita mampu menjadi umat yang cemerlang suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment