Aug 2, 2013

Aduhai bola sepak Malaysia

Sudah lama Kiyoshi tak menyentuh isu sukan tanah air, sejak akhir akhir ini isu yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai prestasi skuad Harimau Malaya - HM yang diterajui oleh Dato K Rajagobal. Seperti mana yang kita tahu hanya 2 kemenangan daripada 12 perlawanan termasuk perlawanan berstatus A dan mahupun perlawanan sarkas itu cukup memalukan, jika seorang pekerja biasa hanya lulus 2 daripada 12 tugas yang diberikan pun sudah pasti diberikan notis berhenti mahupun atau setidak tidaknya warning letter . Di sebabkan hal itu ramai yang mendesak sesuatu untuk dilakukan untuk menghentikan eksperimen profesor tersebut sehingga mendesak untuk memecat beliau. Kemudian isu ini mendapat kata putus apabila pengurusan FAM memberikan peluang terakhir buat Dato KRG. Oleh yang demikian ramai yang terus mempertikai kredibiliti FAM dalam menilai prestasi pengendali tersebut. Pada pendapat aku, buat masa ini itu adalah perkara yang wajar ini kerana skuad negara bakal menempuhi cabaran di sukan Sea Myanmar dan jika Datuk KRG digugurkan maka HM terpaksa menghadapi kesukaran bersama pengendali baru. Secara khususnya tampuk kepimpinan FAM lah yang sepatutnya dirombak semua jawatankuasa dan tidak keterlaluan jika mengatakan sepatutnya Presiden FAM yang meletakkan jawatan dan mencari muka baru yang betul betul berkredibiliti memegang tampuk kepimpinan tertenggi badan induk itu. Jika diperhalusi memang bukan mudah tetapi jika tidak dilakuan sekarang bila agaknya ? dan tatkala proses revolusi itu berlaku diharap badan induk itu mestilah membuat kenyataan rasmi untuk tidak sekali kali meletakkan sasaran dalam apa apa kejohanan sekalipun supaya peminat tidak lagi berasa tertipu dengan alasan dan tindakan yang jelas ibarat meludah kelangit sebaliknya fokus untuk membangunkan kembali bola sepak negara. jika ia tidak berlaku seperti itu maka ertinya kepimpinan FAM mahu menarik nyawa sukan no 1 negara itu.



ps: Cemuih membincangkan sesuatu yang tiada jalan penyelesaian

No comments:

Post a Comment