Aug 5, 2013

Siapa Anjing ?

Anjing itu kurus kelabu
Lidah terjelir nafas termengah mengah

Menjaga istana tuannya yang gemuk
Patuh setia, menerima dan menyerah
Anjung itu sering menyalak,
selalunya mendayu dayu
Bukan kerana ada musuh
Tetapi minta makanan, perutnya lapar
Tuannya hanya mencampakkan cebis cebis roti kering
Lehernya dirantai, punca digenggam tuannya
Anjing itu bia perlu ia diperah
Bagi menjaga keselamatan tuannya
Menjadi binatang lindungan desakan luar
Dan himpitan dalam
Begitu rupa nasib najing itu
Kurus kering dalam semua tak cukupan
Hanya menanti rahum tuannya

Siapa Anjing ???
Hanya binatang setia.


UA

No comments:

Post a Comment