Aug 5, 2013

Prosa air mata

Bahawasanya air mata
Tiadalah ia memilih temat untuk jatuh
Tidaklah pula memilih tempat untuk menitis
Air mata adalah kepunyaan bersyarikat
Dipunyai oleh insan yang tinggal melarat
Di dangau dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
Ke padang yang luas dan ke tebing yang curam
Dan juga oleh penghuni penghuni gedung yang permai
Serta istana yang indah
Bah kan disitu lebih banyak orang menelan ratapdan memulas tangis
Luka dijiwa yang mereka hidupkan
Dilingkung oleh tembok dinding
Yang tebal dan tinggi sehingga tiada yang kelihatan oleh orang luar
Atau mereka ketahui hanya senyuman sahaja
Padahal senyum itu penuh kepahitan.

No comments:

Post a Comment