Mar 4, 2012

Tadi ada amoi call saya tau..

Jeng jeng jeng.. (bunyi henpon)

Amoi: Helo..boleh saya bercakap dengan mohd muzri?

Aku: Ye saya.

Amoi: I calling from _______boleh you datang ke ______ hari ini

Aku: Maaf saya bercuti, mohon datang hari esok boleh? (alasan je padahal malas nak rushing sbb jauh la jugak tmpt tu)

Amoi: Oh..esok i takde, so u datang hari selasa lebih kurang jam 3 petang ya.

Aku: Ok thank you.. (senyum sampai telinga)


**Fhm ke dialog diatas? kalau x fhm xpe ler..hehehe

Gempak tapi jahil..

Sokerleaks.. rata rata pengguna facebook mesti tahu page ni. hari ini admin page ni dah menunjukkan kejahilannya dalam ilmu agama. Ya mmg ramai lagi manusia yang jahil tapi adalah lebih jahil jika membuat sesuatu yang secara jelas menghina Al-Quran kemudian menafikan kononnya kerana tiada niat..
Apa yang aku faham rata rata orang sekarang ni selalunya nak pakai ayat gempak gempak sampai hilang pedoman, guna ayat biasa sudah la asalkan tak rosak iman dan akidah..

Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka"
(Surah Al-Araf:40)

Menurut ustaz Azhar Idrus pula boleh jatuh murtad jika berniat untuk mempersenda,
So bagaimana jika seorang Islam itu sendiri tidak peka dengan sensitiviti agamanya, bagaimana dia mahu berjihad menentang kafir yang saban hari menentang dan menindas umat islam dalam pelbagai cara

Hempok je

Kedinginan malam dengan cuaca yang agak lembab ditambah dengan air cond kereta memang membuatkan badan aku menggigil. Lebih kurang jam 8.30 malam sampai di bandar kuantan, kemudian singgah di pasaraya gaint. Lebih kurang sejam jugak mak aku shooping kat situ, bagi aku perkara yang paling bosan untuk dibuat ialah shooping kat kedai kedai yang seangkatan dengan gaint, tesco, Mydin etc, dukaengan keadaan crowdy memang memeningkan otak aku. Kemudian terus menuju ke Terminal makmur, selama menunggu kat situ macam lah gelagat yang aku tengok. Berlapis lapis kereta parking di bahu jalan berhampiran laluan bas untuk masuk ke platform. Dalam hati kalau aku jadi driver bas tu mau aku langgar je sekor sekor sebab dah tak reti bahasa dan mementingkan diri je. Bukan nye xde parking tapi tulah nak cakap bodoh tapi bila melihat jenis kenderaan yang parking kat situ secara rawaknya majoriti milik orang yang tentu berkerjaya dan tahu membaca..sudah lah halang laluan orang bila di hon oleh pemandu bas dia tekan pedal minyak tanda protes..serius bangang