Mar 25, 2011

FOOTBALL MANIA : Kelayakan EURO 2012 - The Oranje

Dah lama tak layan match team Oranje.. awal pagi esok Nederland bakal bertemu Hungary di Budapest Hungary untuk aksi kelayakan Piala Eropah (EURO 2012)  tapi malangnya hero pujaan aku Arjen Robben tak dapat diturunkan akibat kecedaeraan begitu juga Huntelaar, Jansen dan Bommel. Namun tempat mereka bakal di ambil alih oleh pemain muda Jeremain Lens, Luuk de Jong dan juga senior The Oranje yang masih gagah dan berbisa iaitu Ruud van Nistelrooy..





Ruud Van Nistelrooy


Rudd Van Nistelrooy bakal merebut peluang aksi ke 69 bersama Oranje sejak 1998 dan disishkan ketika skuad di bawah bimbingan Marco Van Basten sekitar tahun 2004-2008

Mar 24, 2011

SANTAI: Kartun Dulu - Dulu

Tengah lepak lepak sambil tunggu lunch hari ni, sempat lagi aku mengimbas kenangan lama iaitu tatkala aku kecik kecik dulu suka sangat tengok kartun, sampai tika dan saat ini pun aku masih layan kartun terutamanya kartun animasi jepun. Dulu dulu punye kartun selalu main petang petang start pukul 5 petang, tapi selalu jugak aku tak dapat tengok sebab aku sekolah sessi petang dari darjah 1 sampai darjah 3 so kalau aku demam boleh la aku layan kartun kartun ni kurang kurang seminggu..memang aku kalau demam lama jugak hehe :p


GANBARE KICKERS

Ganbare kickers, kartun ni mengisahkan pasukan bola sepak yang sentiasa berusaha untuk memenangi saingan musuh tradisi mereka iaitu kelab Nan-yo. Kartun ni penuh aksi membuatkan aku selalu rasa nak ponteng sekolah, malang nya tak berjaya so aku layan time time cuti jelah..

THUNDERCATS

Ni kartun omputih, selalu tayang waktu malam so aku boleh layan arr.. kisah nye ketua dia ni nama lion-o ad sebilah pisau yang boleh bertukar jadi pedang bile dia sebut Thunder!! Thunder!! thundercats Hooo!!! geng geng dia sume sebangsa dengan kucing seperti, cheetara(Cheetah), Tigera (rimau belang), pastu ade sekor rimau kumbang aku tak ingat plak nama nye hehe..



DORAEMON

Yang ni sape tak tau.. kartun alih bahasa jepun yang sangat popular dikalangan kanak kanak..antara kartun yang paling lama bertapak di Malaysia sejak kemasukannya sekitar hujung tahun 80an, mengisahkan robot dari masa akan datang yang pintar dan mempuyai poket ajaib selalu membantu Nobita seorang budak yang lemah dan malas. Sampai sekarang pon aku masih layan jugak kartun ni sekadar suka suka..



ROBOTECH

Kartun ni ialah antara kartun aksi perang yang popular dimana manusia boleh bergabung dengan mesin dan menjadi robot, ni cite ala ala iron man la cuma kartun ni dalam suasana peperangan. Watak watak kartun ni aku dah tak ingat


JUDO BOY

Ni kartun yang mengisahkan pengembaraan seorang budak bernama San Shiro, beliau ni memang handal bertarung apa lagi kalau dapat pakai baju Judo kaler merah tu otomatik jadi kuat, memang tiada sapa mampu melawan keperkasaan beliau sampai aku pun pernah terikut ikut aksi beliau yang ala ala ninja..



NINJA TURTLES
Ni lagi satu pengaruh yang kuat terhadap industri hiburan kanak kanak, sampai aku pernah nangis nangi nak beli mainan 4 ekor kura kura mutasi yang asalnya remaja yang terkena sumpahan kalau tak silap aku, kartun ni memang punyai pengaruh kuat sampaikan aku sering menyuruh ibuku membeli susu nespray padahal aku tak penah minum pun melainkan milo. Semua tu semata mata nak kumpul koleksi komik yang ditulis dalam bahasa inggeris dan sah sah aku pun tak paham sepatah haram juz tengok gambar je.. 


p/s: Banyak lagi kartun yang pastinya tak muat nak disenaraikan antaranya seperti Moespeda, G.I Joe, Transformers, Rambo, Blue Blink, My daddy long legs, Tomatoman, etc..

Mar 23, 2011

SANTAI: Rock kan diri anda

Anda nak ROCK??????
Yeah!!!!


Itulah pembuka bicara ketika konsert rock yang pernah aku dengar dalam sebuah tape, tapi aku tak ingat pulak apa tajuk konsert tersebut.. Kedengaran ribuan peminat bersorak, biasanya konsert zaman tu berlangsung seperti di stadium dan ada juga di tempat tempat terbuka atau pun fun fair.. Apa yang aku nak cite hari ni ialah lagu lagu rock dulu dulu iaitu sekitar zaman 80-90an. iaitu pada zaman tu band band rock kapak berseluar ketat dan berambut panjang macam puntianak memang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Biarpun nampak tak senonoh tapi banyak lagu lagu mereka lebih kepada memperjuangkan bangsa dan ada juga yang bersifat ketuhanan. Biarpun zaman itu aku masih kanak kanak tetapi mengikut cerita otai otai yang kini ramai yang beranak cucu so aku juz mampu mengimaginasikan dan berkongsi, kerana banyak band band yang kurang dikenali pada masa sekarang.


Berikut adalah band band yang pernah mengganas di pentas ROCK! tanah air



SYUHADA



MAY



SEARCH




BUMIPUTRA ROCKERS



SYJ / SOFEA



MELISSA


HIDAYU


Lain lain Band seperti Desire, CRK, Krabat, Rockers, Helter Skelter, Get, Rusty Blade, Handy Black, Massa, korang boleh cari untuk dengar lagu lagu dan band band yang korang tak pernah tau..




p/s: Mungkin ada yang pelik akan sebahagian nama mereka silap haribulan ada seperti nama adik,kakak,mak,nenek atau awek awek anda.. yang tu aku tak tahu kenapa juz kongsi terang sama korang, tapi itu lah rock zaman dulu dulu.. seacrh la kat You Tube dengar la lagu lagu they all.. 
Not bad.. enjoi it!!