Sep 11, 2011
Desa Bina Diri in memories
Desa Bina Diri.. segalanya bakal berakhir. kenangan terindah disini takkan ku lupakan :)
Jul 4, 2011
Desa Bina Diri 1
1 Haribulan Julai yang lalu genap sebulan aku bertugas di Desa Bina Diri Jerantut. Mungkin ramai antara korang yang masih tertanya tanya apa itu Desa Bina Diri kan? Sebenarnya disini ialah tempat dimana para pengemis dan kutu kutu rayau yang dicekup pihak berkuasa ditempatkan setelah dijatuhkan hukuman mahkamah serta merta selama sekurang kurangnya 3 tahun. Keadaan disini memang agak jijik, mana tidaknya ada antara mereka ini kurang siuman, kurang upaya dan jika sihat pun mungkin mereka pernah terlibat dalam aktiviti sebagai pengemis dan kutu rayau ni.. ada yang ditinggalkan keluarga, ada yang lari dari keluarga semuanya ada cerita tersendiri namun jika kita dengar hanya 50% sahaja yang boleh dipercayai. Disini kami ditugaskan untuk menyediakan hidangan bagi 400 orang 6 kali makan dalam sehari, yang selebihnya ada juga dibantu oleh pekerja atendan membasuh pinggan mangkuk dan mengemas dewan makan .. Seawal 6 pagi kami mesti sudah berada dalam dapur untuk siapkan breakfast, cuma 2 orang dalam satu satu shift mujur ada juga sorang dua penghuni yang sudi membantu (yang sihat sahaja). Macam macam perangai boleh dilihat kepada penghuni disini, ada yang kurang upaya akibat kemalangan, bisu, buta, cacat sejak lahir dan mungkin ini juga faktor faktor mereka menjadi pengemis dan kutu rayau. Mula mula dahulu memang kurang selesa untuk bekerja sampai seminggu aku tak makan, lagi lagi kat dewan makan tu sampai demam 3hari, pemandangan kat situ hanyalah para lelaki berusia diantara 18-55 tahun berbaju kuning, merah, oren biru dan tertera Desa Bina Diri, walaupun ramai aweks aweks atenden kat sini tak dpt nak menjernihkan mata aku, tapi 2 minggu lepas tu aku dah boleh sesuaikan keadaan cuma disini kebersihan diri memang perlu dijaga rapi maklumlah penghuni disini 90% berpenyakit, 2 hari lepas pun dah start balik selesema dengan batuk aku... adehhh... cobaaaann... walaupun keadaan disini macam ni tapi ada banyak perkara yang kelakar tentang penghuni penghuni kat sini.. Nanti aku cerita lagi..
Ps: Hari tu time nak balik kerja, jam 2 petang 2 orang penghuni tengah main takraw atas tar berkaki ayam.. aku join sesepak dua hahahaha.. O.o!
Ps: Hari tu time nak balik kerja, jam 2 petang 2 orang penghuni tengah main takraw atas tar berkaki ayam.. aku join sesepak dua hahahaha.. O.o!
May 26, 2011
Sebenarnye masalah tak pernah selesai..
Semalam, pepagi dah kuar ke jerantut, aku bercadang nak pegi usya usya rumah sewa dan nk kompom kan surat tawaran aku. lebih kurang jam 11 pagi aku sampai kat DBD jumpa dengan kak Ti (C.C kat situ) kemudian Encik Li sebagai penolong pegawai untuk bincang pasal persediaan yang aku kena buat. Sedikit penerangan pasal kerja. so aku pon amik kesempatan bertanya tentang rumah sewa atau kuarters jika boleh disediakan, dengan pantas beliau menelefon seorang anak buahnya yang dipanggil bob.. bob pun masuk (mmg bob sungguh dengan badan yang 2,3 kali ganda aku kaki pulak berbalut terhincut hincut..encik li perkenalkan aku kepada bob dan meminta bantuan bob untuk benarkan aku duduk kat kuarters dia.
Selesai urusan surat tawaran aku dan bob keluar menuju ke dewan makan tempat yang aku akan bertugas, ada sedikit perkara yang kurang menyenangkan. Katanya ketua tukang masak disini agak laser.. erm mak cik yang dah separuh abad mungkin sebaya dengan mak aku.. gasak lah macam aku tak biasa dengan orang macam tu. Kemudian aku dia bawa oleh bob pusing pusing sekitar kawasan then kami menuju ke kuarters.. Agak bersepah. maklulmlah bujang kata bob. takde hal pun bagi aku, teringat pulak aku kat Zali budak yang aku jumpa masa interview dulu, pun perlukan housemate tapi aku lupa lak nak amik contact dia. Takpe lah buat sementara ni baik aku bersama bob yang comel ni je..
Tiba dirumah lebih kurang jam 5 petang. Uhhh penat gile! kemudian telefon berbunyi "DBD jerantut" Tak sangka zali yang telefon aku, katanya dia dah kemas kemas rumah tapi dia dapat tau aku akan duduk dengan bob, nada macam kecewa. '' alamak camne ni aku takde nombor ko nak contact, malas lak nak berharap tak sangka boleh duduk kuarters.. oklah takpe nanti aku bincang dengan bob..'' sampai saat ini aku tak call bob lagi sebab tak tau nak explain cmne (_._!)

Subscribe to:
Posts (Atom)