Mar 14, 2011

MOOD: Saja saja nak hepi

Hari ni aku nak share kegemaran lain aku selain bola sepak, hehe.. sebenarnye aku ade beberapa minat lain yang ramai orang tak tau sebab aku xsuka orang tau, malu la nak cerita beria ia sangat kan sebab aku ni low profile heheh.. Sebernarnye aku minat bermain muzik bagi jelah ape ape jenis alat muzik macam gitar, keyboard, drum, hatta trumpet sekalipun mesti jadi punye.. nak kata expert tu tak lah tapi setakat nak main lagu lagu biasa tu boleh la.. Ini semua adalah bakat semula jadi yang dianugerahkan tuhan kepada aku dari kecik dan sejak di bangku sekolah pulak kan, ada pendidikan muzik so aku belajar not la pulak, tapi sekarang dah lupe la nak camne  nak baca not, huhu.. Alat muzik pertama yang pernah aku ade ialah keyboard pasar malam.. haha mesti ade yang tergelak ni, tapi itu la mulanye bapak aku beli untuk suka suka je aku main, tapi entah macam mana lagu lagu rakyat seperti lenggang kangkung ape sume tu aku boleh main waktu aku tadika lagi.. then bila dah masuk sekolah kena beli rekoder la pulak, erm macam macam lagu la jadi, yang takde dalam silibus pun aku main. Kat sekolah plak kalau ade pertunjukan main rekoder mesti aku nak join. Bila kat rumah tin biskut dan tin Milo aku jadikan drum, susun baik punye... ala ala konsert Double Trouble tu.. penutup tin tu plak aku lapis dua buat simbal. Haha tu sume time aku kecik kecik tu, kekadang mak aku naik angin marah marah, sebab bising tapi aku insaf kejap je, esoknye aku buat lagi hahaha.. Gendang tarian singa pun aku boleh main tau siap ajar adik aku lagi, kat sekolah selalu kena rotan sebab bergendang atas meja.. erm, bila dah besar besar ni aku tak buat dah benda benda ni, tapi aku tetap minat muzik, habis sekolah aku dapatkan sebijik gitar tong brand Rose kaler biru huhu.. bising jugak parents aku ingat aku nak jadi artis kot.. xdelah saje suka suka je. sebelum ni aku tengok je orang main, aku belajar sikit sikit je, bila dah ade gitar sendiri apa lagi aku tibai la puas puas sampai pecah dan bengkak jari aku, huh! susah jugak nak tekan kod ni, lupa kod satu hal, jari pun dah liat macam macam.. kod pacak la ape la antara istilah yang aku belajar dengan kawan kawan aku dulu.. 2,3 bulan selepas tu dah boleh main sendiri. Bila dah bekerja makin luas la pergaulan macam kawan jumpa so tak mustahil jumpe yang mempunyai sama minat dengan aku, aku dah mula masuk studio berjinak jinak dengan gitar elektrik atau bahasa pasarnye gitar karan, Drum dan Bass.. mula mula kekok jugak dah lama oklah susah jugak sebab gitar karan ni kena setting dengan tepat kalau tak dia punye sumbang sangatlah ketara, tu belum masuk cara cara guna gadget, ade macam macam bunyi sound efect.. aku pun tak habis study pasal benda alah ni huh! Selain alat muzik moden aku boleh main alat tradisional sperti kompang dan gendang silat. gendang silat ni mulanya adalah pusaka nenek moyang keluarga aku, so sebagai pewaris dan pelapis aku rasa aku mesti tau main gendang ni sekurang kurangnya 1 lagu. Tapi ade jugak sepupu aku yang tak reti reti, adik adik aku dan sepupu yang lahir tahun 90an ni pun ramai yang tak amik tau hal ni setengah tu bukan takde bakat tapi tak minat. Biasanye gendang silat ni kami main dalam majlis kenduri kawin, kalau sebelah keluarga ni mesti kena bergendang sambil diiringi pencak silat. Apa  yang seronoknye main muzik ni ialah dia akan bagi kite sedikit kepuasan, bagi yang kurang berbakat aku rasa minat tu lebih penting sebab benda ni boleh belajar..


p/s: 5 tahun dah berlalu rindu plak nak jamming dengan budak budak Virus Pumpkin  ^^

4 comments:

  1. uittt.. pandai maen alat muzik rupanya member aku nih.. heheheh.. aku pon pandai bah.. maen recoderrr...heheh.. lagu seberang perai... hak3

    ReplyDelete
  2. Lagu seberang perai camne ek? lupa sudaa..

    ReplyDelete
  3. yg aku ingat...

    Seberang perai.. bandar yg indah..
    menuju pulau pinang..
    melintas selat..
    yang tenang permai..
    jambatan pulau pinang..

    Kini.. kau menjadi.
    lambang malaysia..
    hasrat kemegahan tercipta..

    Kini.. kau menjadi..
    Titian yang muhibbah..
    negara Malaysia tercinta..

    p/s : kalau aku x silap lah..heheh.. skang kalo aku pegang recoder.. still leh ingat code awal2 lagu nih..automatik.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. hahahahh...bestnye main alat muzik.....nk belajar jugak ni.....keh3.....main keyboard pn x lepas....satu dau lagu boleh la tp lupa sudah...hahahah

    ReplyDelete