May 18, 2011
SANTAI: Blues untuk aku
Kenapa lah aku malas sangat nak update blog ni??? even seminggu sekali pun susah, aku dah malas nak menaip agaknye sebab sekarang aku rasa aku banyak membaca. Macam macam la aku baca asalkan boleh tambah ilmu di dada, kepada yang membelek blog aku hari ni atau terbuka blog ni, hari ni xde ape la sangat entri nye juz sembang2 kosong jelah.. (Dah macam talk show plak) hahaha =P .. Acttually mood aku sejak kebelakangan ni agak sentimental sikit, ntah la mungkin sebab sejak akhir akhir ini aku banyak melayan lagu lagu Brorey Marantika dan Francisca Peter kat You Tube. Hari ni pon mood aku masih sentimental lagi, aku memfillingkan diri aku kadang kadang aku rasa rindu kat seseorang, tapi aku pun tak tahu siapa kah yang aku rindu ni atau mungkin sudah tiba masanya hati ku berpenghuni? Arggh! sapa lah yang sudi ni hmm lagipun banyak perkara yang aku mesti dahulukan malas nak serabutkan kepala, tapi... nak tak nak kena fikir jugak la.. Untuk mendapatkan pasangan idaman bukannya senang, terlalu banyak ciri cirinya, bukannya cerewet tapi ni soal hati dan perasaan, kalau silap beli kereta boleh jual balik, tapi kalau silap pilih pasangan kita yang merana.. btw nak tanya la jugak korang pernah tak rasa rasa sesuatu perasaan yang lain yang sukar ditafsir pada member2 atau sesiapa yang korang kenal? Dalam banyak banyak kawan yang kita ada mungkin ada sorang dua yang buat kita happy sangat, ataupun dia ni banyak mengambil berat kat kita, takpun kita rasa senang dan selesa bila bercakap atau kuar lepak lepak dengan dia. Kadang tu ada timbul satu perasaan yang pelik? Anyway bagi aku itu semua anugerah, sebab ternyata perkara macam tu sangat membahagiakan sesiapa saahaja walaupun ada sedikit konflik dalaman, itulah perasaan kasih, dan kadang menjelma rindu.. pergh! ayat aku hari ni memang takleh blah.. hehe, rindu jugak kat insan insan yang pernah membahagiakan aku satu ketika dulu..semoga mereka semua bahagia.. amin =)
May 11, 2011
Memandu amalan yang ekstrem
12.30 am Aku baru je sampai dari Temerloh, minggu ni 2 kali aku balik lewat, Ahad lalu aku memandu ke kuantan, pertama kali join group Chelsea supporters (Pahang) di Tanjung Lumpur,...dah lama tak kuar lepak memalam tengok bola ramai ramai, walaupun tak lah ramai mana tapi enjoi.
Hari ni aku memandu ke Temerloh sebab urusan bisnes, hahaha bisnes apa la tu.. aku baru nak berjinak jinak dalam perniagaan so aku pergi ke pejabat Majlis daerah untuk bertanya tentang lesen dan sebagainya, kemudian memandu ke pejabat tekun nasional. Sekarang aku tahu apa yang kurang dan apa yang perlu sebelum memulakan perniagaan ni, bukan senang walaupun kita ada asas dan tahu untuk menguruskan produk kita tapi masalah tapak memang satu perkara yang besar, lagipun kita tak boleh suka suka nak berniaga tanpa permit atau berniaga di kawasan mengikut suka hati kita sahaja, silap silap kena angkut dengan majlis, melainkan korang ni gamble macam sesetengah orang buat. Selesai bab ni aku pergi melepak kat rumah fahmie, lepas asar kitaorang gerak kuar minum kat bandar lama Temerloh. Dah lama sebenarnya tak memandu ronda ronda bandar Temerloh, sebelah malamnya dapat jugak aku jumpa dengan iela, secara kebetulan dia berkursus untuk seminggu..lebih kurang jam 10 iela bertolak balik ke hostel, aku dan fahmie lepak kat warung berhampiran rumah fahmie sambil borak borak kosong sambil pekena kupi, sebelum memandu pulang..

May 6, 2011
Aiman banyak kisah episod 2
Ada sebuah kampung orang melayu yang jauh terpencil, kisahnya bermula dalam tahun 1970an juga. seorang lelaki yang sudah mencecah usia 50an baru pulang menoreh getah, dalam perjalanan dia terserempak dengan dua anak muda yang merupakan kutu dikampung itu. Seorang daripada mereka menegur orang tua itu '' Pak cik baru balik noreh keee? " dia menjawab dengan nada yang agak keras, iyelah bukan macam awak orang kehulu kehilir tak buat apa apa.. '' sekarang ni susah nak cari keje pakcik hehehe kata yang seorang lagi ''
" Eh pakcik kami ni baru lepas minum kat kedai kat tepi jalan nak ke bandar tadi, makan mee dengan garfu.. sedap pakcik.. anak muda itu cuba mengubah tajuk (Kebetulan ada sebuah gerai baru di buka berhampiran dengan kampung tersebut oleh seorang peniaga dari bandar)
'' Makan dengan garfu?? kebetulan aku penat dan lapar ni teringain jugak nak cuba makan kat sana lah.'' kata pakcik tu, dia pun mengayuh basikal menuju ke gerai meninggalkan dua anak muda itu..
Sesampai aje kat gerai itu pakcik tu pun berkata...
Teh tarik satu!!! Mee goreng satu!!! letak garfu banyak banyak...

Subscribe to:
Posts (Atom)